Friday, 19 July 2013

Aku Terima Lamarannya.




Khamis.

18072013

Senyum.

Tak henti henti aku senyum lepas keluar dari kelas 2006.
Sir2. Seriously saya sendiri pun tak tahu kenapa yang keluar dari mulut tu nama Hilal Asyraf.
Tokoh? Memang tak la nak ada tokoh2 kat Malaysia ni yang saya minat,Sir. HAHA. Nasib baik tak kata tokwan saya. Ayah ta bole, tokwan bole lah kan? :P Sebelum tu sir asyik bercerita tokoh2 yang dorg sebut kan.Mai tang nama Hilal, terkejut Sir. Sampai aku pun garu kepala. Niat di hati,Sir mesti kena baca jugak buku HA. Heh

Cepat kaki aku melangkah ke mahallah(asrama)Pintu bilik dibuka. Kedua2 roommates tada. Buku hilal dicapai.Sir ta layan cintan cintun. Simfoni cinta ni sesuai ke?Macam TAK!

Asma Allah by sami Yusuf kedengaran. No. IPG (nama yang aku save lepas dapat dri seorg sahabat)
Makk! Dia dah kol daaaa!
 Alhamdulillah aku dapat. Kampus IPG Batu Lintang Sarawak. Gulp! Jauhnyaa. Tapi,Wa. Bukan senang nak dapat. Mcm ibu kata,nnt posting kalo dapat belah2 sarawak tada la tekejut sgt. At least dh ada pengalaman. Aku terima. Aiseh. Macam aku terima nikahnya. Tapi betullah. Satu lamaran yang ditunggu2.
Aku pandang katil. Aku pandang siling. Aku pandang sekitar bilik. Dahhh! Berjurai air mata. Aku kena tinggalkan semua ni. keadaan ni. situasi ni. persekitaran ni. kawan2 aku? Lecturers? Senior? Ya Allah! Sebaknya hati. 

Ona,roommate masuk.

“Ona,Wa dapat IPG” tupp! Air mata jatuh lagi.

“tipu! Wa tipu ni!”

“bukak fon , tgok mcg ibu”aku tersenyum hambar.

“waa! Pegi la pegi! Pegi2! HAHA. Gud luck tau ,wa. Dh dapat , blaja rajen2”

“sedeynyaa nak tinggal Ona.” 
Sumpah air mata taley di tahan. Ona balik sejam kemudian. Bakal menduduki MUET 20July ni di temerloh. ,Pahang. Aku dapat IPG. Dia balik. Hanya sejam dpt jumpa. Allah. Kuatkan hati ni. kerana aku telah serah padamu. Andai jodoh aku dengan UIA,jangan pernah bg aku IPG. Moga apa yang Kau beri ni terbaik buat aku kerana Kau beri jugak IPG.

Usai solat Zohor,aku curi2 menangis lagi. Alang2 tada manusia selain yang lemah ni dlm bilik. Sah! Hati ni berat, dah digam kuat pd bumi UIA. Tapi pengorbanan. Itu penting. Demi masa depan aku. Demi keluarga. Demi cita-cita. Aku sapu air mata. Kuat, Wa. Kuat!

Terbayang wajah setiap ahli kelas. Lagi2 sahabat2 kelas BI
Ain. Izzatti. Ina. Shakirah. Arfa. Syaima. Yana. Aqma. Izni. Nazifa. Tikah. Dayu.
Korang sahabat baru, dan sahabat yang akan jadi lama dalam ingatan! Terima kasih atas segala kenangan yang terukir. Ucapan yang pelbagai jenis ucapan yang korg coretkan. Manis. Sangat.

Ta lupa pada brothers penceria kelas ,
Soleh. Amin. Fahmi. Syahmi. Afiq. Hanif. Hazmi. Zaidi. Masuk pi laa Anas. Alang2 :p
Insya-allah korang smua bakal2 imam terbaik pada masa akan datang. Atau mgkin juga pada masa ini. Jadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik!

Pada group members kelas madam Linda+Safida,
Ina,ain,izzati,arfa,sha… maaf kalau diri ni terkurang kat mana2 dalam masa kita sama2 menjalankan tugas. Hamba Allah ni hanya insan biasa. Hanya buat apa yang mampu.

Group for Sir daud’s class,
Soleh,hazmi,izni,aqma.. sori jugak ada salah apa2. Diri ni lemah dalam memberi ideas. BI lagi laaaaa lemah. Seyesly ta pandai. Blaja rajen2 ehh?

-Mun, aku sayang kau! kakak aku. Sahabat aku :’) Terima kasih atas segalanya weyhhh. Takan jumpa pengganti yang loghat perak mcm hang!

 -Sofia,Aisyah,Sham.. gud luck! Kuatkan hati+semangat. Insya-
Allah boleh!

Tak dinafikan. Hamba Allah ni jugak sentiasa ketawa dalam kelas arab. Tak ketawa secara zahir,ketawa dalam hati. Hai laaa ustad,going miss u. HEHE. Fes time kot blajo ngan foreigner. Para penceria kelas menjalankan tugas. HAHA. Mcm2 la korang. Tapi baguslah. Membuatkan diri ni tak lelap dalam kelas tuuu. Macam lawak ja kelas BA. Aku sampai tatau ustad tu tengah marah ke hape. Dah arab ja semua. Intonasi dia marah ke hape aku pun tak tahuu. Layan jaa~

Rindulah :’)
Sekarang. 0158 am.
Aku dah rasa rindu yang menggunung, pffttttttttt
Tanak ayat gula sangat.
Tapi setulus hati.
Aku tak tahu apa yang korg rasa.
Tapi apa yang aku rasa,aku yang kehilangan lebih kurg 30orang lebih sentap dari korg. Apa la sgt andai aku sorg ja tada? Heh.
Blaja rajen2 smua :’) kasi examted! Buktikan student IRK the best! HEHE. 

Ukhuwah.
Ini kemanisannya. Bila kita letakkan sesuatu itu kerana Dia,lagi betambah kemanisannya.
Jangan pernah sesekali lagi kata aku akan lupa korang semua. Jawapan aku. Semstinya TAKK! 
Dan takan pernah!

salam ukhuwah dengan lafaz assalamualaikum
#moga Allah redha.



No comments:

Post a Comment