Friday, 19 July 2013

Bumi CFS IIUM







بسم الله الرحمن الرحيم
 
Salam sakinah mawaddah warahmah.
At-10-tion.
At-10-tion to all new students.
Bla..bla..bla..

MZJ (mahallah zainab jahsy) punya announcement acap kali kedengaran sejak pertama kali kaki aku melangkah ke mahallah tersebut. Mengumumkan pengumuman demi pengumuman tanpa jemu. Lebih-lebih lagi ketika minggu orentasi dijalankan. Dan aku difahamkan UIA satu satunya university yang menjalankan minggu orentasi lain dari yang lain. Bukan dipanggil minggu orentasi,minggu suai kenal atau ice breaking.

Tapi, TAARUF WEEK!

Sedikit sebanyak meringankan telinga aku untuk mendengar kalimah tersebut. Sebab apa?
Sebab aku adalah orang yang paling tak suka dengan perkataan ICE BREAKING. Lagi lagi kalau buat dalam satu skola. Haihh. Memang la kadang kadang kita duduk dlm satu bilik pun kita still tak kenal dia secara total. Tapi, entah! Aku mmg tak suka ICE BREAKING. SANGAT!!!

Tapi Alhamdulillah. Taaruf Week sdikit sbanyak memberi kelainan. Sebab kitaorang bukan taaruf sngat pun. Tahu dah kalau kitaorang tak kenal pun kitaorang boleh bercinta laa. Oihhh. Bercinta antara saudara seislam dan yang pastinya sama jantina. Bercinta kerana Allah. Bercinta dalam skop persahabatan. Insya-Allah.
Dan kitaorang yang jalankan minggu orentasi paling lama! Seminggu!

Sebab dalam minggu ni lah kitaorang kena settle segala borang. Amek exam EPT ngan APT.
Haaaa.. ni lagilah U len tadak. Sebab bila aku kata esok aku nak amek exam ja member2 aku smua tanya. Exam menda??
Ini English placement test and Arab  placement test daa. Nak tengok kitaorang ni layak amek stahun or dua tahun kat CFS ni. dan kitaorang ni dalam level mana.
Aku? Sangat sangat mengharapkan DUA TAHUN aku duduk dalam CFS ni. sebab nak memantapkan diri dulu before pegi kampus kat Gombak yang lebih mencabar uhh. Dan,aku ni bukan suka stadi gila gila. Relaks2 dah r. kalau dapat yg sthun,konpem teruk tahap kena stadi -_-
Dan Alhamdulillah, aku dapat dua tahun. HAHA. Ehh,tapi aku still do d best exam hari tu eh? Dah tahu dah kemampuan diri ni takat tu jaa. 

Syoknyaa tuleh dalam BM!!!!!
Rindu taap nak blajo BM, nak buat karangan dalam BM! Aku penchenta BM kott. Darah seorang guru BM mengalir dalam badan membuatkan rindu aku makin meluap nak mengarang dalam BM! Warghhhhhh~
Sini tada malay malay language ni. English+Arab jaa. Ko tayah mimpi la nak anto mesej kat lecturer dalam BM sbb dorang takan layan. Huhh. Cekiangg kott
Tayah pegi overseas dah,Wa.
Lagi lagi aku dapat sir dari Sudan bagi subjek arab. Memang perghhhhhhhh aku cakap
Bukan perlu cakap banyak dalam kelas. Dia je cakap. Kitaorang tak na’am , kholas. HAHA. Brothers laa tu.
Kadang2 aku rasa tak lama lagi aku speaking English ngan arab pun akan ikut makhraj sudan. HAHA.
Len tahap bunyinyaa. Haihh. *garu kepala*

Tapa la,Wa. Naseb2.

Wahai adek2 sekalian, kat IPTA ni tayah lagi la nak brangan cegu yang bagi korang semua . even jadual kelas pun korang kena usaha dapatkan sendiri. Tada dah nak bagi kat ketua kelas macam sekolah dulu.
Solat jemaah pun tada dah pengawas ke hape ke yang nak check ko solat ke tak. Mathurat terus tinggal atau masih amalkan tiap pagi petang? Tadarrus pun dah tak buat halaqah macam dulu dik. Nafsi nafsi dah kat sini. Blaja pun kena usaha sendiri.  Duet  tu tayah kata laa. Kalau tak pandai arrange dari skola menengah,tada maknanya. Pada yang pernah menetap di asrama,kat sinilah medan untuk anda praktik segala benda. Sangat sangat berguna. Apa yang warden tegur dulu. Pengawas control dulu,korang akan ingat dengan seingat2nya. Kadang2 korang nak dorang ada untuk marah dorang kat bumi university ni. percayalah. Saya sendiri sampai macam tu. 

Rindu sekolah. Rindu sahabat. Rindu segalanya tentang dulu yang jauh beza dari sekarang. Sebab kita masuk U, kita baru nak mengenal. Bukan macam dduk skolah dulu,kawan2 dah kenal. Dan jarang sekali dapat bersama sahabat sahabat yang kita akrab dulu untuk melangkah ke medan baru. Persiapkan diri dari awal whai adik2 yang dikasihi. Perjalanan anda sebenarnya dah lama bermula.
Tetapkan jati diri. Kuatkan semangat. Sebab kita bakal pembimbing ummah.
Kita nak ke university bukan pusat serenti.
Hidup dan mati kerana Allah.
Medan ilmu ni jihad kita.
Wallahua’lam.
Moga Allah bantu :)


No comments:

Post a Comment