Saturday, 18 August 2012

hari kemenangan 10 tahun yang lalu ;)

akhirnya , ramadan meninggalkan kta . so , check dri tgok . brubah kpd yg bek . atau , ta ubah apa2. atau .... betambah bruk ? heh , pndai2 laa tgk balek. bla da hbeh ramadan, syawallah pulak yg perlu dirai. kan3?
persoalan kpd 'BAGAIMANA PERASAAN AKU RAYA TAHUN NI?'

hummm , boring thap ap suda. ta bes2! kaum krabat ta rmai blek laaa. banyak baby sgt tahun ni yg nak kena jaga. HAHA , frst, my maksu . baby gurl. DAMIA BALQIS. then, my maktam . welcome to DANISH . hehe. and d last ... haaa.. yg ni telah menunjukkan yg dri aku agk tua. i da jadi maklong. aiyyaaaa.... nama ta dberi lagi . dilahirkan pada khamis yg lepas. so, ta byk yg balek . sbb , jga baby . humm,

oppss ! balek pada tajuk . HAHA,
rya 10 tahun lps. tme tu .. aku mseh berumur 7 tahun . bla bulan posa, duk mghitung bla nak rya. abah pulak dulu,rjen blikan aku kad rya. dia suruh aku tuleh buat orang2 utara kat sini. kat tok ngn tokwan. kat pacik macik. kat kzen trsayang. pnya syiookkkk laahhh . aku rsa skrg ada lagi tak org buat mcm tu? maklumm lahh . dah ada fesbuk. twitter. ta men r kad2 .

 tme nak balek rya. heh. tayah kata laa. smgt ya amat. abah akan bertolak dri KL dlm pkul 2 pagi. kra jalan ta ssk. aku tdo2. trus smpai umah tok. disambut dgn happynya.

then, turn aku pulak tggu pupu yg len balek. bla nak tggu tu mcm nak tggu raja mai jaa. excited. HAHA, bla dah kumpul rmai2. kteorg bt BBQ laahh . satay  laa. burger laa.. mcm2 ada. tme tu? aku ta laa busy tolong ibu . tapi busy ngn nari2 men bunga api. nyanyi lagu raya. lari sana lari sini ngn pupu aku . adoiii . tdo? lwat laaa. mlm raya tu laa nak smbg psal smua hal . tgok mak2 aku tu pulak duk test bju raya. duk iron2 . duk komen baju tu baju ni . duk promote butik tu butik ni . normallah kan ?

besok tu ? aku bg keutamaan kat kaum2 adam mandi dulu. sbb apa . korg byg laa.. cucu tokwan da 20 lbey. cmpo ngn pacik macik aku lagi . tak begenak waktu tu ? (umah aku pun tade lagi kat situ) so,, kami duk umaahh je r . heh . letak kuih raya dlm balang .

lepas hbeh dorg solat raya , kteorg slam berslaman . tie tu ... macik2 aku pun banjir . ta hbeh2 . HAHA . aku tada feel lahh . nak duet jaa. bla lepas beraya kat rumah . time nak beraya skeliling kmpung pulak . haaaa... time ni lagi pergghhhh . kalo lapar , kiteorg berenti mkan. kalo konyang , "MAK CIK , KAMI DATANG NAK RAYA . MAKAN TAMO . DUET NAK" hahahahahahahahahaha ...

bla hbeh raya , kiteorg bukak beg msing2 . kra laaaa...... ada jugak yg gado sbb duet raya kwn tu lbey banyak laa.. apalaa.. nanges2 sbb duet dy skett . lawak2.

sekarang ? aku anak dara terbaekk . tolong ibu jaa kat rumah . kah86!!!!
duet? tggu org bagi jaa.. ta round kampung daa....

yang penting , perkataan RAYA tu mmg mmberi seribu makna . i like ;)

Saturday, 4 August 2012

ramadan datang lagi

wahh . bila aku nak tengok2 blog ni. duk fikir jugak apa yg aku nak coret? syesly tada idea . aku pun cuma ambil peluang ni kejap je. biasalahh , anak ibu dengan abah dua2 trial bulan ni. but , yg membuatkan aku sedey ya amat . lepas raya ni still ada exam. mcm mana raya tahun ni ehh? nak jugak aku ikut ckap sorang hamba Allah ni

'alahhhh , raya ,, raya laah, apa kaitannya dengan exam?' (mkn ktupat byk , kang memadamkn memory aku)

'raya sekali setahun ohhhhhh' (trial ni pun sama jugak)







                           VS


           



adoyaiii , puasa tak hbeh lagi , da pkir raya ... aiyyaaa!
memang majoriti cakap puasa tahun ni kejap je rasa ,, yapp! itu pun aku rasa jugak . tapi tu lahh , kena terima . saat2 dunia ni dah saket . umatnya pun dah banyak yg rosak . kebaikan pun dah berkurangan , kita kena trima yg dunia ni dah nak sampai akhir zaman . tapi , antara berbillion penduduk bumi ni , sapa yg sedar . certain2 orang je kan ? bagi yg da sedar pula , apa yg dia buat ??

mcm aku lahh . dah tahu nak trial . asallahh yg duk mengadap lappy ni lagi . heheh . act , ibu bising jugak. tapi mana dia bolehh marah anak dia lama2 , bulan posa ,bu ...... <3

bila kat rumah ni ,teringat pulakk sambut posa kat asrama mcm mana. balik kolahh dengan letey2 . campak beg atas krusi , trus tidur (sbb kteorg da zuhur wktu skola) . bangun dalam pukul 5 mcm tu (ini aku laahh, kawan2 len awal je) ,, kena bising kejap dengan member2 . asallah aku asyik tidur memanjang. heheh . bak kata ustazah , aku cas energy lahh . bangun2 trus aku buat bising. betullah tu. cas energy ... haha. mandi2 bagi segar .. and dah tentulah aku paling wangi sebab ... paling lewat mandi . lepas mandi , siap2 untuk pegi dewan makan . seperti biasa . kteorg akan hbehkan surat kabar lama waktu bukan posa ni . habuan nak tutup nasi . kang angkatan lalat berleluasa. pukul 6.45 loceng akan buat bising . tanda pelajar2 puteri wajib ada kat dewan makan. mathurat time laahhh . untuk awal ramadan , lepas mathurat , ada qasidah then zikir ramai2. aku yang menjawat jawatan MKA (majlis kepimpinan asrama) / (manusia kekasih Allah-insyaAllah) ni lahh yang kena handle. not only me lahh , kami 30 orang . bila tahun ni pelajar asrama je da cecah 215 org , lagi meriah lahh dewan makan . and .. lagi payah untuk dijaga = =

ada macam2 fi'il orang yang nak bukak posa ni . ada yang mak ayah anto makanan . so , pnuh laa atas meja. ada yg suruh macik pengawal tu beli (ini ustazah dah larang ehh) . aku ?? makan je apa yg ada. perut aku pun mana boley trima banyak makanan . kang cik pah yg mkan . nasi stengah senduk . heh . cukup lah tu . kang sengkak pulak perut aku . traweh ? kadang2 pegi masjid . kadang2 kteorg  yg jadi imam

so,,, kenangan ni aku coretkan kat sini .. supaya tak hilang dari memory . sebab , apa yang aku dapat kat sini . takkan dapat kat tempat lain . KIGS ! sayang kamu .. ;)


Thursday, 7 June 2012

ku temui kamu ;)



SAU ! HAHA , sapa yg minat follow cita ni kat penulisan2u . maybe dia tahu ,,,SUAMI AKU USTAZ . ditulis oleh HANNAH DHANIYAH . dah sekian lama aku tunggu novel ni terbitkan , akhirnya aku dapat juga baca keseluruhan novel ni. adoii , hebat tak hebat penangan watak Lisa dengan Ustaz Hafiz kat aku. penulis ni membuatkan aku jatuh cinta pd sbuah novel . syesly first time rsa teruja mcm ni = ='
humm , crita dy ?? aku syiok sbb ..heheh , sweet . tu je. crita dy pun konflik ta truk2+over mcm novel lain. cuma kdg2 menggetarkan hati aku yang membaca , tertunggu2 apa yg bakal jadi. bes ooo ...
tabik spring r sapa yang dapat laki ustaz a.k.a abg pupu mcm ni . 

cerita mcm mana aku bole dpt novel ni?

satu hari , junior aku blek dari PWTC . humm , mulut aku ni pun ringan bertanyakan buku apa yg dia beli , sbb tada benda ap yg nak dibualkan. then , dia pun bagi tahu lahh . cinta high class , suami aku ustaz..tu je. 
aku pun duk gelak2 . tapi .. tba2 aku try egt satu persatu apa yang dia cakap . err .. SUAMI AKU USTAZ ??! bia betikk ???!!!!!aku menggoncang tubuh adik juniorku berkali2 , seriusly aku perlukan kepastian . rindu aku kat ustaz hafiz semakin menebal (cewwahhh !)

aku punya frust ta tempah sbelum dorg pegi rituh , sbb aku senirik tatau yg novel tu da slamat diterbitkan . saat tu , syesly sedey ya amat ..

aku menghitung hari jaa tunggu minggu balik then nak beli novel tu.
tapi , apa yang aku rancang tak menjadi , 
abah amek aku terlalu awal then , ta sempat nak kluar ... hukhuk ;(

kemudian , kejadian yg aku ta sgka2 . mggu berikutnya ..
hari jumaat , sebelum nak stat bca yaasin 
cik put panggil aku
dengan muka bengisnya ,aku punnn ... terjah dy .. apasal ko????pagi2 crik aku .. rndu laa tu
sekali dy tanya "beli da SAU?"
"BLOM!" dgn tegasnya aku menjawab.
"aku beli daa.." patah hati aku tgok muka dy happy go lucky. trus aku buat muka ta malu mrayu kat dy suruh dy beli ... THENNN!!!!!!!
"AKU MEMANG BELI UNTUK KAU PUN!"dengan wajah terharu + truja yang amat .. aku peluk tangan dia gila2 . put , nseb ko pompuan jaa.. kalau ta.. da lama aku jatuh hati kat kau . HAHA ,

stat je cuti panjang ,, trus aku khatam ... hummm , SAU ..
novel ni juga terselit ilmiah yg berguna untuk kita .. lagi2 untuk para remaja 
aku tak impikan sejibik cam ustaz ni ,, tapi... cukup laa yang boleh menyedapkan hati + ingatkan aku slalu padaNya . kalau dapat mcm ni pun bgus jugak . HAHA

Sunday, 3 June 2012

bilakah saat tu?



now, aku keseorangan kat rumah . family? ada hal kat luar . angkat sumpah untuk tukar nama kereta arwah mak sedara aku ke atas nama abang sepupu aku. humm , 

..KEMATIAN ..

 satu perkataan sudah mampu menggetarkan hati aku . jodoh , maut .. semua di tangan DIA .yap! itu dia . tapi .. mampu dah ke aku nak hadapi sakaratul maut? yang rasulullah sendiri sakit menghadapinya. sampaikan baginda rela untuk tanggung kesakitan maut ini daripada umatnya kepada dirinya. mampukah aku? 

aku dah berjaya menjalani kehidupan di alam roh , alam rahim , dan kini aku berada di pentas dunia untuk menjalankan tanggungjawab yang Allah berikan padaku . untuk menjadi khalifah di muka bumi ni , berjayakah aku menjalankan tanggungjawab tu? apa pula nasib aku di alam barzakh nanti? apaah balasan yang bakal aku terima ketika hari pembalasan itu tiba? 

sungguh , aku tak layak berada di syurgaMu
tapi , aku tak sanggup menanggung seksa nerakaMu

bantu aku untuk kuatkan keazaman bagi menjalankan amanah yang Kau berikan ,
tetapkan hati ini ,
jangan kau tutup pintu hidayah bagiku 

perjalananku masih panjang . entah apa yang akan terjadi pada seminit selepas ini , entah apa akan terjadi pada sejam selepas waktu ini , apa yang akan terjadi pada hari esok . semuanya menjadi satu tanya . kehidupan yang penuh misteri . tapi,bila ia dirungkai , insyaallah . hati akan mantap padaNya. wallahualam

Saturday, 12 May 2012

aku tetap aku


heh . sweet tak? aku agak kejelesan di sini. :P
 muahahahahah . mna tak nya , kau tengok . handsome an ? baru ada gaya lelaki melayu terakhir . tak ada mcm kebanyakan lelaki skrg . kan3?

aku menulis ni sbb tgh boring ya amat + ngan ketensyenan nak belek buku eko tuk exam besok . adoii ! bila time nak stadi je aku rsa mcm .... waaaaarghhhhhhh !! macam .. macam .. nak menyerahhhh !!!!!!! tidakk!!!

sampai terlintas kat fikiran aku ,

'baik kawen trus je kalau macam ni'

mcam nak bakar smua buku2 tu . apa yang sulit sangat ?!

dengan gred naik ..

angan2 nak masuk maktab tahun depan perlu dibtalkan , hukhuk ...
menjatuhkan semangat aku ,,

TAPI... TU DULU .. SEKARANG ??

aku mula sedar . kadang2 kita tak sedar Allah nak beri yang terbaik buat kita. *ayat yg slalu org kta

tapi..betul apa? ntah , aku tiba2 rasa ..mcam nak terbang g terengganu .. stadi kat unisza . jum !! heheh!

dalam semenanjung ni , terengganu lahh yg aku tak jejak g . apa salahnya aku smbung stadi kat sna kn?

ajak satu geng fly pergi sana . hahah!

menuntut ilmu tu pulak kan wajib !!! kawen tu?? heyy .... AWAK MASIH STUDY LAH!!

kena blaja pandai2. buat nanti kawen,laki tinggal kita macam mana ? tade keje .. hidup terbiar .. ish3..tamo2.

hidup biar susah dulu kan ? so,here i'm , biarlahh kat org . dorg nak buat apa .. aku tetap aku !!!

Saturday, 14 April 2012

bersua lagi kita ;)

salam rindu pada blog tercinta
dan..
pada yang jd follower den , 
salam mesra!
pada yang membaca..
salam satu dunia!

perjalanan hidup aku sepanjang dua minggu ni , byak benda yg berlaku . mcm orang lain mungkin . tak pernah lari dari masalah . kan3? benda yang sweet pun ada ja. haha *garu kepala yg tak gatal

apa dia eh ? 

perkara yang aku rasa mnyulitkan aku minggu lepas.. ermm , ta leyh nak kongc r . private2! tapi , hati aku bermain dengan satu perasaan yang aneh bila aku baca novel MATAHARI . smestinya karya HILAL ASYRAF. bekas student MATRI . 

segala cerpen yg tercoret dalam tu , sangat2 menyentuh hati. kepada yang tak baca lagi , srius aku kata .. try bca novel2 ataupun buku motivasi karya HILAL ASYRAF ni. seorang penulis yg bagi aku , menulis sesuatu yg dekat dengan jiwa remaja . mungkin ;)

gegaran di sekolah aku hari tu , membuatkan aku bertambah2 berfikir.

 DUNIA NAK KIAMAT . DUNIA DAH NAK SAMPAI PENGHUJUNGNYA. KITA BILA BETUL2 NAK KEMBALI PADA-NYA???!!

setiap kali aku nak tidur , aku sentiasa tertanya2 ,
 
adkah esok aku akan dapat lagi menggunakan mata pemberian Allah ni untuk melihat dunia?

adakah esok, boleh lagi aku menghubungi ibu di kampung?

adakah esok boleh lagi aku bersembang rancak dengan kawan2ku?

dan .. adakah esok, boleh lagi aku beribadat kepada-Nya?

hatiku masih tertanya2 .......

CUKUPKAH AMALAN INI UNTUK KU BAWA MENGHADAPNYA?

Saturday, 31 March 2012

seiring sehaluan ;)

aku memicit kepala yg makin berdenyut2 . Ya Allah ! besarnya dugaan hidup. perlahan aku melangkah menuju ke public ! didail berkali2 number ibu. arghh! mcm mana ni? hati maseh berdolak dalik . nak balik ... tak balik ? hush! pusing2! naseb anak perantau . seriusly aku nak rehat . harap maklum lahh . kalau nak menumpang rumah orang ,, mana boleh ak rehat macam dekat rumah kita . kan3 ?

betapa rsa lelah + penat nya dua minggu ni. aku pun ta tahu kenapa. hati ni rasa ta kuat semacam . kenapa eh ? aku maseh mencari2 jwpn . and syntax error yg aku dapat ! sob3

tba2 hati aku rasa berat nak memikul tanggungjawab sebagai candidate spm tahun ni. kenapa ? entah! nak ka aku ta bersedia ? seriously , rsa nak sgt jwb spm esok! secepat yg mungkin. takut2 mklumat dlm kepala ni.. terdelete dek virus yg ta bermanfaat.

satu yang den lomah saat ni ialah dengan jadual yang sgt padat ! otak ni mcm ta boleh nak sumbat dah . tiap2 hari pukul lima baru blek ostel . bayangkanlahh .asyik2 terperap dlam bilik stadi. mlm , pukul 11.30 , baru bole msuk dorm . then, tido. light off wjeb pukul 12.

keje skolah ?

ta yah tanyalahh . sah2 lah banyakk . hati ni insyaallah mseh kuat untuk bertahan . hanya kepada Dia je yg aku bole mohon untuk kuatkan diri ni. cuba untuk sentiasa think positif! bila cerita ni aku adukan pada ibu, a.k.a guru kaunseling aku di rumah.. beliau kata .. 'buatlahh waktu cegu lambat masuk' aku tarik nafas dalam2 . satu kenyataan aku keluar kan .

'IBU ,CEGU SIAP TUNGGU LAGI KAT LUAR KELAS . LEPAS HABEH SORANG , SORANG TERUS MASUK '

dan kes itu gantung tanpa tali ..

see! tanggungjawab lain pun banyak yang nak kena handle . itu pun ada jugak phak tertentu yg ta bole nak fhm . sbarlahh hati . percaya .. semua ni ada hikmahnya yang tersendiri. mana tahu gambo student2 cemerlang spm kat banner tu .. akn dganti muka hamba Allah ni . Aaminn  ;)

kita semua mungkin sama matlamat dalam hidup . untuk berjaya kecapi kejayaan duniawi mahupun ukhrawi .. tapi cara kita untuk menempuh pelbagai rintangan tu mungkin berbeza . kan3?

cuma kadang2 tuhh .. dri ni rsa mcm nak behenti ja dri smua ni . tapi, kita perlu jugak fkir an .. nak dpat kejayaan bukan senang . kena tempuh mcm2 dulu . segala ombak dan badai kena lawan . acewah! semangat tu penting !

bersedih2 dulu dan yakin .. kegembiraan akan follow dari blakang . sebab , banyak dah yang jadi kat aku ..

contohnya.. lepas aku bersedih2 nak balik .. tak balik...

huhuk !
mlam las kol abah ... beliau kata .. "jum lahh balik . hari sabtu abah hantar pegi kelas"saat itu aku dah mampu untuk mengukir senyuman secomel2  yg mungkin . HAHA .
apa2 yg berlaku ada hikmahnya ;)

kata2 ustazah aku nak coretkan kat sini ..

orang kaya .. orang miskin .. anak yatim .. SEMUA KENA BERJAYA

SEBAB?

orang kaya : dia dah kaya , dia mampu untuk buat apa shaja untuk dia berjaya .

orang miskin : dia kena berjaya untuk ubah nasib dia

anak yatim : kena berjaya kerana rasululah s.a.w ,juga anak yatim !!

ALLAH DAH JADIKAN KITA SEBAIK2 KEJADIAN .. CUBA RENUNG2KAN . CARA KITA BERJALAN , SEMUA BERJALAN KE HADAPAN . BUKAN KE BELAKANG. ITU BERMAKNA KITA PERLU MAJU KE HADAPAN !

SEMANGAT MCM NI YG KITA PERLU . YARHHH !

Saturday, 17 March 2012

bukak vs tutup

HAHA , habeh tadak tittle aku nak buat neyhh. adoi = =

tapi oke jugak ann .. kalau kita pergi 7e skali pun .. mesti kat pintu tu ada.. open ngan close . an3?
salah satu lagi perkara yang berkaitan dengan bukak&tutup ni .. aurat. kan3?


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

humm , dalil quran ni tauu!
perintah Allah itu wajib dilaksana ..


kita sebagai wanita ni kena jaga pandangan. contohnya,dari ajnabi(lelaki yang halal dikahwini) . ni.. dia usha kau,kau pun bertambah2 usha. astaga! stop2! then,jaga kehormatan diri. ingat! jangan sampai tercemar. ini isu penting ni, macam2 dah jadi sekrang . korang nak termasuk dalam paper bab2 buruk ni ke? nauzubillah . satu lagi kes.. pakai tudung . ini yang aku cukup lomah sekarang. adoi.. labuh dari dada cek kak oii , ada pulak tuhh . yang pakai tudung tapi baju tangan singkat . aneh2! sayang2 sekalian.... pakai tudung saja , ta lengkap tau pakej tutup aurat awak. jangan pakai tudung sebagai syarat je. and, jangan pakai tudung tuh sebab fashion. yang tu lagi ta tahan. NIAT KERANA ALLAH !

tudung...
-jangan singkat!
-jangan jarang
-jangan dihiasi dengan sanggul unta awak (tak kisah la buatan atau semula jadi)

baju pulak ?

-kena longgar
-tak jarang
-kena labuh

other than that ;P

sebagai seorang muslimah..

tak bolehh pakai barang kemas secara berlebihan dan dengan niat yang salah . dalam erti kata lain... nak menunjuk2 .
boleh nak pakai, pakai depan anak2 , suami , adek bradek . no prob!

cuba korang bayangkan .. semuanya korang jaga dengan rapi ,, dan yang boleh lihat keindahan tu, SUAMI SAHAJA! serius kalau aku lahh jadi lelaki tu. beruntung ooww.. rasa diri tu terlalu beruntung dapat wife mcm korang. kalau koranglah,mesti nak yang terbaik,kan? apa salahnya korang lakukan yang terbaik,untuk dapatkan yang terbaik jugak. 

'JANGAN KERANA KEGEMBIRAAN YANG SEMENTARA, KEBAHAGIAAN YANG KEKAL LAMA ITU TIADA'





Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".



still nak keraskan kepala dan kejar dunia ke ? sedar2 lahh!


Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang. 


Rasulullah sendiri yang bersabda,ya!? 


saya di sini , menyeru pada kaum2 hawa , sedarlah sebelum terlambat ! heh.


cuba korang tengok ehh ?




buka mata hati ..


korang rasa lahh kan , 


mana yang sedap mata memandang ?


INI KE ??



KE YANG NI ??




THEN,, INI ..


ATAU YANG NI?


MANA SEJUK MATA KORANG MEMANDANG?

TEPUK DADA , TANYA IMAN ..

WALLAHUALAM ;)

Friday, 16 March 2012

Menjaga Hati :)


merujuk kepada tittle di atas..

aku bukan nak nyanyi lagu menjaga hati tuu eh..
nak kongsi serba sikit apa yang aku rasa. kongsi? heheh! sharing is caring!

tahu tak?
menjaga hati tu penting.
dengan menjaga hati,insyaallah kita sentiasa ingat padaNya. betul tak?
kadang-kadang aku terfikir sendiri,berat jugak nak jaga hati ni.
even,ini hati kita. payah kan nak jaga? lagi-lagi nak jaga hati orang.
tersangatlah susah.
tapi!
jangan berhenti mencuba. itu penting.

humm,,,jaga hati dari pelbagai aspek

contohnya..??
jaga hati dari cinta yang berlumur hawa dan nafsu
yang kita tak pasti
kekal atau tak.
bahagia atau tak...

bukan senang nak jaga kan?

lagi-lagi kami yang yang terdiri dari kaum Hawa ni..whai kaum Adam..

lepas kahwin.. kami sgt2 lahh kena jaga hati. dua hati..
takut laki larilahh. apa lahh....kena jaga tu..
korangg boleh kahwin empat. kteorg tak bolehh..
kteorang kena taat pada suami. satu je suami!
sebab..
syurga kami di bawah tapak kaki seorang suami.

itu lepas kahwin..

sebelum kahwin?

laki ke..perempuan ke...kena jaga hati..agar hati tak kotor dek perkara yang tidak sepatutnya..
hati tak kotor dari maksiat.. hati  tak kotor dari niat yang jahat...

itulahh , aku lebih tekankan soal cinta sebelum kahwin sebenarnya.
jaga hati! itu yang aku lakukan sekarang. even , macam2 orang kata...

bagi aku ..

hanya satu.. cinta tu tak kekal.. dan kadang2 menyakitkan.. so, aku bertindak untuk menjauh ;)


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..





Thursday, 15 March 2012

teringattkan kamu ^ ^

yay ! blog ni dah bertukar wajah . HAHA , boring lahh . kena ada kelainan sket . biasa r . aku mana reti bab2 nak mengupdate blog ni. nak merapu bole lahh . hantam sajalahhh ;P heheh . lagu nyanyian ari lasso ni tetbe jadi pilihan aku sebab aku tetbe rindu kat sahabat handai yang nunnnnn jauh di sana . lagu kesukaan dib2 . HAHA . ko suka nyanyi lagu ni ann ??? hehe . dib2 ..dib , asal lah add math ko power sgt !? adoii ! jeles aku . tu lahh . mlas buat latihan. apalahh . spm makin dekat , bukan makin jauhh . tulah kau , pindah2 terus jadi pandai..dib oi , kalau ko skola ngan aku lagi ,, boleh lahh ko ajo aku . huhuk . tapi nak buat macam mana , setiap pertemuan pasti ada perpisahan . tapi, aku tetap sayang ko ! uhibbukifillah ;)

-soqe ko yg kecik buat aku sentiasa kucai kau .

-kerajinan kau buat aku jadikan kau contoh

-kenangan aku ngan ko kat umah Mid buatkan aku nak gelak sorang (baca nuvels sampai tilam basah lencun dek hujan yang lebat . wakakaka )

-sokongan kau bagi kat aku waktu PMR dulu , buatkan aku nak ucap time kasehh yg ta terhingga kat kau .

-yang terpenting bagi aku , terima kasih sebab jadi sahabat aku ,, ;)))

suasana diniah kat skola kita ,aku harap kau tak lupa . begitu jugak dengan kawan2 kita , jangan lupa kteorg. didikan yang ustaz,ustazah bagi pun aku harp kau sentiasa amalkan . jangan tensyen2 blaja . jaga kesihatan . ukhuwah dan mahabbah antara kita jangan sesekali dilupakan ! tanggungjawab sebagai khalifah pun aku harp kau jalankan dengan baik eh ,dib ? chaiyokk2!!

*terasa kehilangan :'(

bayangkan ni gambo kita di taman aspuri .. HAHA
jaga diri , jaga hati , jaga iman <3

Wednesday, 14 March 2012

segAK sampAI seSAK

heyp!
hurmm , skrg jam menunjukkan pkul 3 pg n aku still bersengkang mata. taley tido la. haishh . apa nak jadi ni?

hari ni baru ak bole balik kampong halaman . nk buat mcm mana? nseb ank prantauan,kn? hehe .
teringin rasa nak berleter la skrg . nak pot pet pot pet jap. aku jugak yg nak baca . if korg tak nak baca, out trus. ta payah bising2 . heh. (emo sket) ,,


wooo ! besarnya . HAHA ;D

ini yang buatkan aku geram skunk .
bukan apa, menyakitkan hati
bukan korang tatau keadaan org yg merokok kat kedai makan mcm mana.
HAMPEH !

tak dinafikan yang merokok lebey cenderung kepada boy eh ? 
even memang skunk girl pun sejibik je smoking nyer..
BOY BANYAK SMOKING LAGI.

kata2 doktor kesihatan/motivater, kebanyakan drpd glongan boy ni ,
menggunakan alasan;

'baru nampak macho sket pegang benda ni . ada style gitu'

'tensyen r. serabot kepala,pekena benda ni baru lega'

'smoking baru mencabar kelakian,bro'

ish3. hancur2 !

mai eden nak kupas sket isu ni,,

okeyhhhh ...

1- na nmpkk macho eh? bagi eden la kan,abg2 skalian.bagi eden , tatau lah kalau org len gena.....
    korg pakai elok2 .. kemas2 .. seluar baju pun cukup lengakap. tade koyak rabak kat mana2. plus pakai 
    baju melayu an ? nak nampak kemachoan lagi? pegang quran ..sejuk mata memandang. dapat jugak 
    pahala korg pegang quran drpd korg pegangnya rokok ta bermanfaat tuhh .

2-tensyen? better lah korg kembali pada Allah. tenangkan hati. bnyakkan zikrullah. dan ak juga rasa   
   better korg tidur g drpd duk menghisap rokok pembunuh tu. ataupun bagi student yg duk ostel cm aku. 
   if korg tak sedap hty, kol lah parent korg. insyaallah lepas tuh lega sket haty tuh  ;)

3-mencabar kelakian?ooo ,, nak jadi anak laki ya , bang? anak laki ni,,nak tgok sjauh mna klakian dy...sruh 
   azan tgok. anak lelaki kalau dy azan,, smpai boleh menegakkan bulu roma. tu baru anak laki! nak 
   benda mencabar? biasa lah an .. pantang di cabar. kan elok kalau ko dftar pegi palestin .then,klau ko mati 
   pun,mati syahid kan? balasannya syurga kan? drpd ko prabeh duet bli rokok tuh,,bek ko pegi perang ngn 
   zionis tuh terus. ni tak, korg lebeyh rela mati sebab barah segala tuh?eeee..ta phm ak!

HUKUM MEROKOK IALAH HARAM!

sebab?

para ulamak mengkiaskan rokok=arak

arak memudaratkan ,betul ?

rokok pun memudaratkan

BILA ARAK HARAM ,

ROKOK PUN HARAM !! 

*jgn mempertikaikan hkum yg tlh ditetapkn ,
bertindak sebelum terlambat

-hamba Allah yg prihatin-

Saturday, 25 February 2012

ciTa-ciTA ?



cinta manusia ta kemana
jangan bazirkan masamu dgn benda yang ta pasti .
kejar cita bukan cinta .
apa cita-cita kita ?
untuk menjadi penghuni syurga-Nya. insyaallah ;)


>menasihati diri sendiri<











p/s: click gombo if nak bca komik tu .

Membidik Rasa | iluvislam.com discover the beauty of islam

Membidik Rasa | iluvislam.com discover the beauty of islam

subhanallah . betul2 membidik hati aku . ukhuwah and mahabbah . Ya Allah ! ku pohon . tetapkan hati ini dan teman2 ku untuk terus mentaatimu . jangan kau tarik nikmat iman dan islam yang Kau berikan pada kami Ya Allah .Aaminn

Dia Jodohku | iluvislam.com discover the beauty of islam

Dia Jodohku | iluvislam.com discover the beauty of islam

cerpen yg maybe boleh jawab sgla persoalan korg slama ni tntg kapeL or dia?dia ke?ke dia? wallahualam .

Friday, 24 February 2012

perkonGsiAN iLMu

Aku kembali menerokai blog yg tah pape ni . Alhamdulillah. Allah permudahkan aku untuk balik minggu ni. Walaupun ada sedikit kesulitan yang berlaku.  HAHA. Terpaksa naik bas yg dua jam lamanya nak turun kat alor staq. Dugaan. Kan ALLAH takkan uji hambaNya yang tak mampu. An3?
Pegang selalu :
‘YAKIN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI KITA DENGAN PERKARA YANG KITA TAK MAMPU. ALLAH TAK ZALIM. MANUSIA YANG SERING MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI’
Even, bapa kali da aku bawak keluar statement ni. Ta slah,kan? Kitakan perlu sentiasa memberi peringatan. Manusia biasa. Bukan perfect.  Lagipun, statement ni sgtlah dekat dengan diri kita. Kadang2, saat ada dalam emosi yang mungkin tak terkawal. Macam kita nak salahkan Dia. Patut ke? So, kenyataan yang aku keluarkan ni. Sangat2lah perlu ada dalam diri korang yang membaca.
Aku hanya insan biasa. Yang berasa ,aku bertanggungjawab untuk menyampaikan. Mahabbah dan ukhuwah tu kan penting. Iblis itu tak pernah berhenti untuk menyesatkan anak-anak adam. Ukhuwah diganggu agar ianya goyah. Mahabbah dikacau agar bertukar menjadi benci. Dengan rasa kemanisan mahabbah dan ukhuwah tu kat korg,ak pun nak share sumting yg ta sberapa ni.
‘BILA KITA MERUJUK KEMBALI BERKENAN DENGAN UKHUWAH,
 KITA AKAN DAPAT MELIHAT BAHAWA,
UKHUWAH YANG BAIK ITU,
TIDAK DAPAT TIDAK ,ADALAH DIBINA DARIPADA KEIMANAN YANG BENAR KEPADA ALLAH’
                                                                                                - TERASING-
Aku bermain dengan perasaan sendiri bila baca buku tu. Banyak karya Hilal Asyraf yang menekankan pada konsep ukhuwah. Dan sejujurnya aku mengaku,aku masih lemah dalam menjaga ukhuwah serta masih perlu dibantu oleh sahabat2 seperjuangan.. Simpang malaikat 44!! Aku tak nak menjadi sebahagian  dari orang yang rugi. Ukhuwah tu hadiah daripada Allah. Sama-sama berpimpin tangan mencari mardhotillah. Yang salah,ditegur dengan berhemah. Yang baik,dijadikan contoh. Dan sama-sama bertmu di syurga Allah.
‘KEBIJAKSAAN MERAKA TIDAK MEMBUATKAN MEREKA MAMPU BERFIKIR AKAN KEBESARAN ALLAH DAN MENGAJAK HATI MEREKA UNTUK TUNDUK KEPADA-NYA. BUKANKAH ITU MEYEDIHKAN? AKHIRNYA DUNIA BERJAYA DITATANG,AKHIRAT BERCICIRAN HILANG’   -TERASING-                                                                                                     
Nauzubillah !
Sedih?  Hati terasa pedih? Kecewa?
‘AKU SEKADAR MEMBACA DOA RINGKAS. BUKAN TIDAK MAHU MEMOHON KESELAMATAN. TETAPI AKU SUDAH  TIDAK MAMPU SEBENARNYA MENAHAN SEDIH’    -TERASING-
Sedikit pengajaran yang aku boleh share ngan korg melalui buku Terasing :
1.       Janji perlu dikotai
2.       Andai sahabat anda tersalah atau terpesong ,tarik dia kembali! Jangan biarkan diri mereka berasa terasing daripada masyarakat lain.
3.       Tujuan kita kahwin bukanlah untuk memiliki orang yang kita sayang. Tetapi kerana ALLAH!! Perbaiki diri,mantapkan aqidah. Perbaiki akhlak! Dan, ikhlaskan hati. Betulkan niat. HANYA KERANA ALLAH! Kita nak memperkembangkan ummat nabi Muhammad s.a.w . yang bakal memimpin Islam. Yang bakal menjadi khalifah. Dan ,sudah terang lagi bersuluh. Ibu bapa sebagai uswatun hasanah(contoh yg baik) kpd ank2.  So, tanya hati, tanya diri.
4.       Jangan cepat menghukum! Soal-siasat ataupun perbincangan perlu dilakukan. Tak semestinya apa yang kita sangka tu betul. Kita bukan Tuhan yang boleh mengetahui isi hati orang.
5.       If korang yakin pada Allah dalam setiap perkara. segala urusan,Allah akan aturkan dengan mudah. Semudah-mudahnya. Bergantung hanya pada Dia!!!! Itu penting!
6.       Jaga ukhuwah tau!
‘SELEMAH-LEMAHNYA UKHUWAH ADALAH BERSANGKA BAIK’



Kepada sahabat2 aku ,
Aku masih memerlukan kawan seperti kamu.
Aku bercakap,bukan kerana hati ni dah full dengan ilmu. Seperti yg aku cakap . aku hanya insan biasa. Masih perlu dibentuk. Masih perlu dibimbing. Kalau aku jatuh,tariklah aku supaya aku mampu untuk berdiri tegak kembali. Andai diri ni salah,tegurlah aku. Jangan di sisihkan. Sebab aku takut,bila aku goyah,aku akan terjun ke lembah kebinasaan. Nauzubillah.
Kalau nak tunggu diri kita perfect then baru nak menyampaikan ilmu pada orang, mesti ta ada orang yang nak menyampaikan dan memberi peringatan. Kita menyampaikan sambil mengislah diri kita (memperbaiki diri). 
2 in 1.

# ak suggest kat korg untk bca buku2 karya hilal asyraf . VT (Valley ball team) , HERO, SINERGI, LANGIT ILAHI. heh .

ukhuwah fillah abadan abada ;)

Wallahualam. Harap,serba sedikit ilmu ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada yang membaca 


Thursday, 16 February 2012

keseDihAN meLanDA haTi

berminggu2 aku berkampung di bumi Kangar dan entah bila aku bole blek tempat asal aku . aduihh . HAHA . sja buat truk . pdahal baru dua minggu . tapi, maybe bakal jadi berminggu2 . going to UUM . kursus kepimpinan kat sana. jum?! berminggu2 aku menyibukkan dan disibukkan di sekolah. non stop !

-cc Kangar- 

BYE ! ;(

Saturday, 4 February 2012

kenYang ka laPAr neyh ?


korg nak tahu , inilah yang menjadi prob besar aku sekarang . malas nak makan ! sebab apa ? aku dah ta reti nak membezakan sama ada perut aku ni tengah mintak makanan ke tak . i mean , lapar ke tak . sebab apa? aku lapar , then, nasik dah duk depan mata . bubuh nasik pun stengah senduk . tapi ta hbeh . ap kes tah ? nasik tu branak ka?!! ada doktor mna2 tak yg boleh rwt penyakit ni ?

perut aku kecik sgt ke smpaikan nak isi mkanan pun dah ta muat ? haishh! bukan sebab apa , telinga ni dah ta tahan dah asyik kena marah ngn ibu, tok and kawan2 aku yang tercinta. huhu~

no doubt lah nasik tu makanan asasi rkyt malaysia an. tapi nak buat macam mana ? aku tak lalu. ditekankan kat sini. TAK LALU!
kenapa ? why ? qiu ? otokejo? HAHA ,

TAPI!!
KORANG BAGI NI , AKU TAKAN TOLAK ;)

 SEDAP KUT ! TENGOK COKLAT DIA PUN DAH BUAT
AKU TERLIUR .. FUUHH !

LAGI2 YANG NI..

ARGGHHH !!! NANAK ! HUK3 ! KEDAI JUM !?
YANG NI LAGI BEST ! FEVERET AKU . HAHA , 
TENSYEN2, MAKAN YG NI. KALAU MINGGU EXAM?
STOK ADA JA LAM LOKER . HAHA ;D

no wonderlah bila byk org kata aku kecik . huhu . masalah2 ! k r . sedeyh ni . nak pegi capai kapten munch ! bubye !



TERBAIKK ! HAHA ;))

DIA ? ATAU DIA ? KE DIA !?

mcm aneh ja tajuk ni. HAHA . bab2 na mreka tjuk aku noob sket. bio lahh.

perkara ni yg menghantui pemikiran anak2 muda zman skrg. byk r kes yg kita dengar,an.

'DIA CURANG DENGAN SAYA'

'3 PURNAMA SAYA MENANGIS SEBAB DIA'

'SEORANG PEREMPUAN MATI BUNUH DIRI AKIBAT DITINGGALKAN TEMAN LELAKINYA'

(kat sni aku tak kata lah yg kaum adam jht eh? jgn slh phm. just sbgai cntoh. and, ta deny jugak yg kaum prempuan ni terlbey pecaya sgt kat boy , and kadang2 akal itu diletakkan ditempat paling rendah. maybe.. dua2 sma.)

aku ta deny lahh yg fall in love tu lumrah manusia. normallah lelaki suka kat perempuan or perempuan suka kat laki. kalau lelaki suka kat laki or perempuan suka kat perempuan tu yg jadik masalah. jatuh cinta tak menjadi masalah. korg kapel itu yg jadi masalh. HARAM! takkan korg nak pertikai hukum yg da ditetapkan kut?jgnlah letakkan maruah tu ditempat pling rendah. entah2 korg da jadi 'sayang' dia 'b' dia yg ke brapa dah. 20 mungkin, 30 mybe . berapa nilai syg/cinta/kasih korg hah? tak nak ka hubby/wife korg yg first tangkap cinta kamu?

if yes korg jatuh cinta tahap kat dia,(bagi boy lah) didik diri untuk jadi lelaki yg baik. mcm entri ak 'KESAH KAPEL' lelaki yg baik untuk perempuan yg baik , mcm tu jugak sbalik nya. korg baca r. and, cuba terapkan diri untuk ada ciri2 calon istri/suami yg dinyatakan dalam alquran.

-rupa yg sedap mata memandang
-baik agama
-baik keluarganya
-ada harta (mean,dpt tanggung fmily nnt)

soal sapa jodoh kita tu bukan hak kita. memang selalu menjadi pertanyaan. dia ke suami kita ? dia ke isteri kita? so,bykkan solat sunat istikharah. doa, pohon yang terbaik. pertayaan DIA? ATAU DIA? KE DIA!?
korang tak payah lah nak serabut fikir . DIA da tentukan. sejak kita dalam rahim ibu kita lagi. an3?

then , masuk minang. lebey indah kalau cinta korg tu semakin bertambah lepas kawen an?
fikirlah sendiri . ALLAH DAH JADIKAN KITA SEBAIK2 CIPTAAN.

(turut menasihati diri sendiri) ;)


nikah is the answer. no couple !

peraNcanG terbaek ?

asal tetbe aku nak kupas tajuk ni eh ? mungkin sebab sekarang ni aku teringat kat head prefect aku yg bengang + cuba bersabar bila dia and d geng da merancang mati-matian nak handle bg mantap,tapi  da dikucar kacir oleh seseorang . aku tengok and senyum . digoncangnya tubuh aku yg kcik nieyh . aku senyum lagi. memang jnis aty kring kut. HAHA . kdg2 sja buat2 kring , bab2 feeling ni aku mlaih nak layan sgt . kang mkn diri. an3? yg pling penting dia pandai kontrol emosi dia. sebab apa? sebab ayt ni yg kuar dri mlut dia

'BETUL,KAN? KITA PERANCANG YANG TERBAIK TAPI DIA YANG MENENTUKAN'

aku mengangguk, and cakap. relaxs lah ;) sudah terang lagi bersuluh dan betullah yang dikatakan , 'ALLAH TAK DATANGKAN UJIAN KEPADA HAMBA YANG TAK MAMPU NAK MENGHADAPINYA'


tapi, buat sesuatu tu jgn lupa . DOA , lepas tu , USAHA , then TAWAKAL ! nak apa2 pun mcm tu ,,

tak kiralah 

-nak stret A ka 
-nak dpt kerja yg mntop ka
-nak dpt hubby/wife yg diidamkan (cewahh!)

doa ja lah . tu kan senjata mukmin .ALLAH takan hampakan hambanya lah . if Dia ta makbulkan sekarang,mugkin satu  hari nanti. kalau Dia tak makbulkan jugak, mungkin Dia nk bagi yang labih baik daripada ap yg korg mintak.

akhirul kalam , dgn ini .. dri ni na menyeru semua pihak agr jgn ptus asa dan sentiasa bergantung padaNYA. siapa yg cipta kita? tepuk dada tanya diri .

wallahualam ~

saLAm mauliduR rasuL ~



Makna perkataan “Selawat”

  • Perkataan selawat ( bahasa Arabالصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arabالصلاة‎ ), doapujian].
  • Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
  1. Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
  2. Dan salawat malaikat ialah doa.
  3. Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad

heh , salam maulidur rasul kpd sluruh umat islam yg terbaca page nih . and,  saya menyeru untuk anda smua , sma2 berselawat ke atas junjungan besar kita , NABI MUHAMMAD S.A.W ,,
nak konsi juga pasal neyh ..

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!



Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"



Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."



Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." 
see! jangan lah kedekut sangat air liur tu nak slawat pada baginda. kita jugak yg untung , bukn org len. an3? sekali selawat , dibalas 10 . tanak ka?
 aku tahu byk drpd korg yg dah tahu tentang salasilah nabi kita. betapa tinggi dan mulianya akhlak nabi. and, dgn akhlaknya sendiri dpt trik org untk pluk ISLAM. so ? kita mcm mana,eh ? aku bg soklan ni kat korg .

SCAN HATI , UPDATE IMAN !

sma2 kita amalkan sunnah nbi . mla2 kn yg simple dulu. contoh , bersugi sebelum amek wudhuk . (klo kita,gosok gigi lah ) then, mulakan sesuatu dgn sebelah kanan. contohnya,pakai kasut. dan byk lagilah.

'BERUNTUNGLAH ORANG YANG BERIMAN DENGANKU MESKIPUN MEREKA TIDAK MENGENALKU'
-sabda rasulullah s.a.w-






SELAMAT BERAMAL!~







coOL la derr !

hum , stelah lma dri nieyh ta update blog yg sbenarnya tak ada ap ni , dapat juga aku nak merepek-repek buat sketika. mklum lah , tetbe tenet ak buat hal yg entah bape mggu dah.

hum , ap yg jadik dengan aku berminggu2 neyh ? haruslah dgn keadaan aku kat skolah yg byk dugaannya . mcm2 hal yg aku kena urus. macam-macam perkara yg aku kena tengok. macam-macam perasaan yg aku kena lalui.

KALAULAH semua orang faham kita . KALAULAH semua orang tahu isi hati ni. KALAULAH , semua orang tak cari masalah dgn kita .

# dalam hidup , jangan guna perkataan KALAU . tak baik!

so, aku mengambil keputusan untuk cool aje sepanjang apa yg berlaku . tak payah nak berpatah hati , hancur hati ,berkecai hati bagai . sebab kita manusia , yg bagi kita kucar kacir pun manusia jugak ,an ? dia ada masalah , kita ada masalah . dua-dua ada masalah . saling memahami lah . kita kan family .

family = usrah .

rukun usrah ,

1- TAARUF (saling kenal mengenali)

2- TAFAAHUM (saling memahami)

3- TAKAFUL (saling bantu membantu)

kan3! sudah terang lagi bersuluh .

so, MARAH ITU MUDAH , SABAR ITU INDAH .

kalau rasa marah ? duduk elok2 , fikirkan dgn rasional . KENAPA AKU KENA MARAH ? MESTI AKU ADA BUAT SILAP? KENAPA AKU JADI MACAM NI? MESTI AKU ADA BUAT DOSA APA-APA NI.]

and ,aku ada usha2 kat blog sapa tah .

' ORANG YANG BERKECIL HATI LEBIH BERDOSA DARIPADA ORANG YANG MEMBUATKAN INDIVIDU ITU BERKECIL HATI '

 SEBAB APA ? sebab , dia ta REDHA dengan ujian yg ALLAH beri .
istigfar banyak . kembali balik kepadaNYA . wallahualam .