Friday, 24 February 2012

perkonGsiAN iLMu

Aku kembali menerokai blog yg tah pape ni . Alhamdulillah. Allah permudahkan aku untuk balik minggu ni. Walaupun ada sedikit kesulitan yang berlaku.  HAHA. Terpaksa naik bas yg dua jam lamanya nak turun kat alor staq. Dugaan. Kan ALLAH takkan uji hambaNya yang tak mampu. An3?
Pegang selalu :
‘YAKIN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI KITA DENGAN PERKARA YANG KITA TAK MAMPU. ALLAH TAK ZALIM. MANUSIA YANG SERING MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI’
Even, bapa kali da aku bawak keluar statement ni. Ta slah,kan? Kitakan perlu sentiasa memberi peringatan. Manusia biasa. Bukan perfect.  Lagipun, statement ni sgtlah dekat dengan diri kita. Kadang2, saat ada dalam emosi yang mungkin tak terkawal. Macam kita nak salahkan Dia. Patut ke? So, kenyataan yang aku keluarkan ni. Sangat2lah perlu ada dalam diri korang yang membaca.
Aku hanya insan biasa. Yang berasa ,aku bertanggungjawab untuk menyampaikan. Mahabbah dan ukhuwah tu kan penting. Iblis itu tak pernah berhenti untuk menyesatkan anak-anak adam. Ukhuwah diganggu agar ianya goyah. Mahabbah dikacau agar bertukar menjadi benci. Dengan rasa kemanisan mahabbah dan ukhuwah tu kat korg,ak pun nak share sumting yg ta sberapa ni.
‘BILA KITA MERUJUK KEMBALI BERKENAN DENGAN UKHUWAH,
 KITA AKAN DAPAT MELIHAT BAHAWA,
UKHUWAH YANG BAIK ITU,
TIDAK DAPAT TIDAK ,ADALAH DIBINA DARIPADA KEIMANAN YANG BENAR KEPADA ALLAH’
                                                                                                - TERASING-
Aku bermain dengan perasaan sendiri bila baca buku tu. Banyak karya Hilal Asyraf yang menekankan pada konsep ukhuwah. Dan sejujurnya aku mengaku,aku masih lemah dalam menjaga ukhuwah serta masih perlu dibantu oleh sahabat2 seperjuangan.. Simpang malaikat 44!! Aku tak nak menjadi sebahagian  dari orang yang rugi. Ukhuwah tu hadiah daripada Allah. Sama-sama berpimpin tangan mencari mardhotillah. Yang salah,ditegur dengan berhemah. Yang baik,dijadikan contoh. Dan sama-sama bertmu di syurga Allah.
‘KEBIJAKSAAN MERAKA TIDAK MEMBUATKAN MEREKA MAMPU BERFIKIR AKAN KEBESARAN ALLAH DAN MENGAJAK HATI MEREKA UNTUK TUNDUK KEPADA-NYA. BUKANKAH ITU MEYEDIHKAN? AKHIRNYA DUNIA BERJAYA DITATANG,AKHIRAT BERCICIRAN HILANG’   -TERASING-                                                                                                     
Nauzubillah !
Sedih?  Hati terasa pedih? Kecewa?
‘AKU SEKADAR MEMBACA DOA RINGKAS. BUKAN TIDAK MAHU MEMOHON KESELAMATAN. TETAPI AKU SUDAH  TIDAK MAMPU SEBENARNYA MENAHAN SEDIH’    -TERASING-
Sedikit pengajaran yang aku boleh share ngan korg melalui buku Terasing :
1.       Janji perlu dikotai
2.       Andai sahabat anda tersalah atau terpesong ,tarik dia kembali! Jangan biarkan diri mereka berasa terasing daripada masyarakat lain.
3.       Tujuan kita kahwin bukanlah untuk memiliki orang yang kita sayang. Tetapi kerana ALLAH!! Perbaiki diri,mantapkan aqidah. Perbaiki akhlak! Dan, ikhlaskan hati. Betulkan niat. HANYA KERANA ALLAH! Kita nak memperkembangkan ummat nabi Muhammad s.a.w . yang bakal memimpin Islam. Yang bakal menjadi khalifah. Dan ,sudah terang lagi bersuluh. Ibu bapa sebagai uswatun hasanah(contoh yg baik) kpd ank2.  So, tanya hati, tanya diri.
4.       Jangan cepat menghukum! Soal-siasat ataupun perbincangan perlu dilakukan. Tak semestinya apa yang kita sangka tu betul. Kita bukan Tuhan yang boleh mengetahui isi hati orang.
5.       If korang yakin pada Allah dalam setiap perkara. segala urusan,Allah akan aturkan dengan mudah. Semudah-mudahnya. Bergantung hanya pada Dia!!!! Itu penting!
6.       Jaga ukhuwah tau!
‘SELEMAH-LEMAHNYA UKHUWAH ADALAH BERSANGKA BAIK’



Kepada sahabat2 aku ,
Aku masih memerlukan kawan seperti kamu.
Aku bercakap,bukan kerana hati ni dah full dengan ilmu. Seperti yg aku cakap . aku hanya insan biasa. Masih perlu dibentuk. Masih perlu dibimbing. Kalau aku jatuh,tariklah aku supaya aku mampu untuk berdiri tegak kembali. Andai diri ni salah,tegurlah aku. Jangan di sisihkan. Sebab aku takut,bila aku goyah,aku akan terjun ke lembah kebinasaan. Nauzubillah.
Kalau nak tunggu diri kita perfect then baru nak menyampaikan ilmu pada orang, mesti ta ada orang yang nak menyampaikan dan memberi peringatan. Kita menyampaikan sambil mengislah diri kita (memperbaiki diri). 
2 in 1.

# ak suggest kat korg untk bca buku2 karya hilal asyraf . VT (Valley ball team) , HERO, SINERGI, LANGIT ILAHI. heh .

ukhuwah fillah abadan abada ;)

Wallahualam. Harap,serba sedikit ilmu ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada yang membaca 


No comments:

Post a Comment