..KEMATIAN ..
satu perkataan sudah mampu menggetarkan hati aku . jodoh , maut .. semua di tangan DIA .yap! itu dia . tapi .. mampu dah ke aku nak hadapi sakaratul maut? yang rasulullah sendiri sakit menghadapinya. sampaikan baginda rela untuk tanggung kesakitan maut ini daripada umatnya kepada dirinya. mampukah aku?
aku dah berjaya menjalani kehidupan di alam roh , alam rahim , dan kini aku berada di pentas dunia untuk menjalankan tanggungjawab yang Allah berikan padaku . untuk menjadi khalifah di muka bumi ni , berjayakah aku menjalankan tanggungjawab tu? apa pula nasib aku di alam barzakh nanti? apaah balasan yang bakal aku terima ketika hari pembalasan itu tiba?
sungguh , aku tak layak berada di syurgaMu
tapi , aku tak sanggup menanggung seksa nerakaMu
bantu aku untuk kuatkan keazaman bagi menjalankan amanah yang Kau berikan ,
tetapkan hati ini ,
jangan kau tutup pintu hidayah bagiku
perjalananku masih panjang . entah apa yang akan terjadi pada seminit selepas ini , entah apa akan terjadi pada sejam selepas waktu ini , apa yang akan terjadi pada hari esok . semuanya menjadi satu tanya . kehidupan yang penuh misteri . tapi,bila ia dirungkai , insyaallah . hati akan mantap padaNya. wallahualam
No comments:
Post a Comment