Friday, 4 December 2015

Nak bebel

Salam cinta daripada hati..Salam rindu daripada jiwa..Salam kasih daripada hambaNya
kepada blog yang sentiasa mempamerkan apa yang tersurat di minda dan juga tersirat daripada segi bahasanya. 

Aku makin teruk dengan ujian dunia
Dan entah bila akan selesai daripada segalanya
Kesian pada diri yang tahu bahawa kasihkan dunia itu tak sepatutnya dilebihkan.
Tetapi tetap juga hati ini tertumpahkan kasih di situ melebihi RabbNya

Betullah.. 
Iman manusia ini ada naik dan turunnya.
Kadang di atas dan kadang di bawah.
Dan aku masih ragu-ragu dengan diri sendiri sama ada mampu untuk melawannya atau tidak.
Untuk menjadi hamba yang luar biasa itu sememangnya mudah kalau hanya meniti di bibir tetapi susah bila kau sendiri yang melakukan.

Dunia sekarang banyak fitnahnya wahai Nabi Allah...
Sungguh cemburu ku membaca kisah-kisah para sahabat yang sempat bersamamu.
Yang syahid perjuangkan agamamu.
Sanggupkah aku seperti itu?

Berdepan dengan manusia kini aku makin lemah
Tapi makin lemah untuk berdepan dengan diri yang boleh ku kata masih leka dalam menuju kepada jalanNya.
Happily ever after itu bukan di sini,
Bukan di dunia.
Tapi di akhirat sana.

Mohon izinkan aku mencapai ending yang bahagia.
Ending yang semestinya lebih bahagia daripada prince yang bertemu cinderella melalui sepatunya.

Friday, 3 July 2015

Tiada Tajuk



Salam Ramadan blog yang terbiar.

Dah ramadan ketiga aku kat sini. Walaupun dah kali ketiga pun rasa tu masih ada.

Apa nak buat?

Perasaan datang bukan dipaksa. Tapi untuk memaksa ia pergi pun cukup punya payah.
Keunikan hati dimana hanya kita dengan Allah je yang tahu.

Sebab tu Allah itu Maha Berkuasa. 

Jangan rasa diri macam tuhan sebab hati manusia pun bukan kau boleh baca.
Yang kau tahu hanya menghukum tanpa mengetahui apa yang terkandung dalam hati.

Akak kata, mungkin dia fikir aku lari sebab aku tak suka.
Tapi dia tak tahu yang sebenarnya aku tengah berkomunikasi dengan perasaan yang tak sepatutnya tiba kerana datang pada masa yang tak sepatutnya.

Akak pun kata, biar saja masa yang tentukan. Allah tak hadirkan perasaan itu sia-sia.
Kadang-kadang Dia menguji sama ada aku lebih bergantung pada Dia atau pada manusia.

Salah aku juga. Masih ada perasaan cintakan dunia. 

Allah.

Moga hati ni qawiy.

Aku cuba untuk selamba. Dan moga keselambaan ini dapat menghakis segala rasa yang tak sepatutnya ada pada masa yang aku masih belum bersedia.

Mohon bantu aku sentiasa.



Sunday, 14 June 2015

DELETE

Bukan permulaan yang baik untuk entri pertama 2015.

Tengok laptop ni tetiba terfikir..

Terasa nak jadi komputer ke laptop ke yang ada butang delete.
Mana-mana folder ingatan yang aku nak buang aku tekan delete.
Mana-mana fail perasaan yang aku rasa tak nak ingat aku padam.
Pastu bila rasa nak ada and ingat balik baru pergi recycle bin then restore balik folder dengan fail tu.

Ini tidak.. 

Terasa sakit kepala memikir.
Hati berat dah tak tahu bapa kilo kalau timbang.

Allahu..
Balik kepada Rabbmu.
Ingatan ni Dia yang beri.
Perasaan ni Dia yang kurniakan.

Hmm. Noted :)



Tuesday, 2 December 2014

Pertama kali 2014

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

03122014

Tarikh keramat dalam 2014.
Sebab tarikh ni baru terdetik hati nak mengepost sesuatu dalam blog yang bersawang tahap apa.
(bayangkan ada labah labah lintas)
HAHA
Ketika tarikh ni juga aku tengah cuti yang tak berapa nak best kerana beberapa kejadian.
Dan tarikh ni juga mmm.  Takyah sebut la. Kontoversi.

See. Bukan ada benda ilmiah pun yang aku nak kongsi. Ni semua spontan dari kepala.
Ok la aku stori sikit pasal isu semasa sekarang di mana pada waktu cuti panjang gegilos ni ramai yang dirikan masjid. 
Sorang schoolmate aku dah selamat. Senior maktab aku yang sama course pun dah naik pelamin. Sempat jugak la aku menyelit duduk bergambar atas pelamin jugak kan.
Walaupun bukan aku yang berpakaian pengantin dan ada pengantin lelakinya.
Ayat yang kena pffttttttttttt
 
Oi diri. Sedar la sikit tak layak lagi nak tempah katering. Tak layak lagi nak cari baju pengantin bagai.
Tapi kalau ada laki memana masuk minang. Muka macam Adi Akmal. Agama tip top. Suara sedap. Mengaji pandai. Abah terima aku kawen ahh. HAHA
 
Tengok. 
Manusia kalau berangan. Macam ostad tu cakap. Kita ni memang suka berangan benda yang terlalu hebat. 
Siapa tak harapkan pernikahan yang kebommm kebabommm kau!
Siapa tak inginkan pasangan yang cun melecun?
Ye dokk?
 
Tapi kan ke bagus awak awak ni fokus pada sesuatu yang perlu difokus. Sedangkan kalau kita tak fokus dalam solat pun tak dapat khusyuk. Tak dapat feelnya.
Kalau tak fokus pada matlamat utama awok, ada ke nak dapat capainya?
Cer pikir cer pikir..... 

Abeh doh ler cite ambe. Nak undur diri sebab tada apa isi nak bagi.
Memang tak berisi pun. HAHA.
Cuti bagi bermanfaat supaya tak menyesal nak sambung belaja lagi tahun depan.
 
wassalam :)

Monday, 5 August 2013

Hidup Bagai Di Oversea

 

Salam penghujung ramadan.
24 July yang lalu aku mendaftarkan diri di IPG kampus Batu Lintang.
alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan sebelum ke sana dan ketika di sana. 
tiket flight ada promosi.
MAS sendiri tinggal 90 hinggit sekepala.
terus membuatkan ibu abah angkut adik sekali turun sarawak anta aku. 
heh. ta penah2 adik aku tu ponteng skola. 
tapi disebabkan ta penah jejak bumi kenyalang , diturutkan juga kaki melangkah.
sedih juga kalau dia ta ikut. siapa nak teman aku bergaduh kan?
lagipun , waktu masuk UIA haritu dia ta ikut sebab skola.
sedih la jugak kalo IPG ni pun budak tu tak ikut anto =P

dalam proses pendaftaran ,
Allah hantar hambaNya untuk membantu segala urusan. M namanya
penolong kelas PI ( Pendidikan Islam) rupanya.
dalam masa memproses, kawan2 kelas datang menjenguk aku dalam pejabat.
alahai. comelnya kawan2 aku. kecik2 ja smua. mcm aku. HAHA.
ketawa turut terbit dari mulut ibu.
alhamdulillah. bab asrama pun settle. dapat roommate cukup pakej sekali dgn classmate.
Kak N,tua setahun. lepasan matrik labuan.

kelas aku? 
smua 23 org. (9 ustad, 14 ustazah)
lima orang ja semenanjung.
ustad dari perak sorang , kelate sore.
ustazah dari perak , terengganu and ceq, kedah. heh

duk sini macam duk overseas. 
kena blaja sesuaikan diri. banyaknya non muslim
muslimnya minoriti jak
kalo kat asrma pun , 'golongan2 tu' siap gantung tanglung dorang. 
mcm dah tada agama len duk situ.
sabo jelaa.

bulan puasa lagi dapat dugaan besar.
nak kunci jam loceng nak bangun sahur pun dikatakan pencemaran bunyi
hailaa -,,-

kalo perempuan tu bole cam lagi la mana satu melayu mana satu bukan.
dari tudungnya laa.
kalo laki , memang susah.
muka sarawakian ni mcm cina maaaa

kalo masjid tu...
satu saf jaa. sikit kan?

aku tak tahu la kalau IPG kat semenanjung mcm mana.
tapi kat sini, sangatlah aku tatau nak buat apa
ruang masa tu mcm kat UIA dulu jugak
rehat memanjang
dan disebabkan aku budak baru,
assignment sikit jela
yg lepas tu aku fotostat jaa. HAHA.
untung kan?? pfffttttttt~
ringan jela keja.
subjek pun blaja apa yang blaja kat skola dulu
apa yang ada dlm syariah dan quran sunnah jaa
so,
bila belaja aku akan terimbau kembali kenangan kat skola dulu.
heh. sedih pun ada. teringat ustazah ruswati crita. ustad zack berkongsi sirah


bila adanya situasi macam kat IPGBL ni baru aku terasa memikul satu tanggungjawab.
tanggungjawab untuk lebih memperbaiki diri.
bila dah perbaik diri,
rasa pulak tanggungjawab untuk bangunkan islam kat tempat yang sikit sgt org islam
tanggungjawab untuk mengimarahkan masjid.
tanggungjawab untuk berdakwah.
tanggungjawab untuk menunjukkan anak2 muda islam itu tak lemah
di sini salah satu tempatnya.
biar mata mereka tercelik luas
melihat anak2 panah islam
memajukan islam di mata dunia

bukan senang. tapi bukan susah.
kalau kita semua berganding bahu
sama sama membantu
KALAU BUKAN KITA , SIAPA LAGI??

#moga ALLAH bersama kita :)



 

Friday, 19 July 2013

Aku Terima Lamarannya.




Khamis.

18072013

Senyum.

Tak henti henti aku senyum lepas keluar dari kelas 2006.
Sir2. Seriously saya sendiri pun tak tahu kenapa yang keluar dari mulut tu nama Hilal Asyraf.
Tokoh? Memang tak la nak ada tokoh2 kat Malaysia ni yang saya minat,Sir. HAHA. Nasib baik tak kata tokwan saya. Ayah ta bole, tokwan bole lah kan? :P Sebelum tu sir asyik bercerita tokoh2 yang dorg sebut kan.Mai tang nama Hilal, terkejut Sir. Sampai aku pun garu kepala. Niat di hati,Sir mesti kena baca jugak buku HA. Heh

Cepat kaki aku melangkah ke mahallah(asrama)Pintu bilik dibuka. Kedua2 roommates tada. Buku hilal dicapai.Sir ta layan cintan cintun. Simfoni cinta ni sesuai ke?Macam TAK!

Asma Allah by sami Yusuf kedengaran. No. IPG (nama yang aku save lepas dapat dri seorg sahabat)
Makk! Dia dah kol daaaa!
 Alhamdulillah aku dapat. Kampus IPG Batu Lintang Sarawak. Gulp! Jauhnyaa. Tapi,Wa. Bukan senang nak dapat. Mcm ibu kata,nnt posting kalo dapat belah2 sarawak tada la tekejut sgt. At least dh ada pengalaman. Aku terima. Aiseh. Macam aku terima nikahnya. Tapi betullah. Satu lamaran yang ditunggu2.
Aku pandang katil. Aku pandang siling. Aku pandang sekitar bilik. Dahhh! Berjurai air mata. Aku kena tinggalkan semua ni. keadaan ni. situasi ni. persekitaran ni. kawan2 aku? Lecturers? Senior? Ya Allah! Sebaknya hati. 

Ona,roommate masuk.

“Ona,Wa dapat IPG” tupp! Air mata jatuh lagi.

“tipu! Wa tipu ni!”

“bukak fon , tgok mcg ibu”aku tersenyum hambar.

“waa! Pegi la pegi! Pegi2! HAHA. Gud luck tau ,wa. Dh dapat , blaja rajen2”

“sedeynyaa nak tinggal Ona.” 
Sumpah air mata taley di tahan. Ona balik sejam kemudian. Bakal menduduki MUET 20July ni di temerloh. ,Pahang. Aku dapat IPG. Dia balik. Hanya sejam dpt jumpa. Allah. Kuatkan hati ni. kerana aku telah serah padamu. Andai jodoh aku dengan UIA,jangan pernah bg aku IPG. Moga apa yang Kau beri ni terbaik buat aku kerana Kau beri jugak IPG.

Usai solat Zohor,aku curi2 menangis lagi. Alang2 tada manusia selain yang lemah ni dlm bilik. Sah! Hati ni berat, dah digam kuat pd bumi UIA. Tapi pengorbanan. Itu penting. Demi masa depan aku. Demi keluarga. Demi cita-cita. Aku sapu air mata. Kuat, Wa. Kuat!

Terbayang wajah setiap ahli kelas. Lagi2 sahabat2 kelas BI
Ain. Izzatti. Ina. Shakirah. Arfa. Syaima. Yana. Aqma. Izni. Nazifa. Tikah. Dayu.
Korang sahabat baru, dan sahabat yang akan jadi lama dalam ingatan! Terima kasih atas segala kenangan yang terukir. Ucapan yang pelbagai jenis ucapan yang korg coretkan. Manis. Sangat.

Ta lupa pada brothers penceria kelas ,
Soleh. Amin. Fahmi. Syahmi. Afiq. Hanif. Hazmi. Zaidi. Masuk pi laa Anas. Alang2 :p
Insya-allah korang smua bakal2 imam terbaik pada masa akan datang. Atau mgkin juga pada masa ini. Jadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik!

Pada group members kelas madam Linda+Safida,
Ina,ain,izzati,arfa,sha… maaf kalau diri ni terkurang kat mana2 dalam masa kita sama2 menjalankan tugas. Hamba Allah ni hanya insan biasa. Hanya buat apa yang mampu.

Group for Sir daud’s class,
Soleh,hazmi,izni,aqma.. sori jugak ada salah apa2. Diri ni lemah dalam memberi ideas. BI lagi laaaaa lemah. Seyesly ta pandai. Blaja rajen2 ehh?

-Mun, aku sayang kau! kakak aku. Sahabat aku :’) Terima kasih atas segalanya weyhhh. Takan jumpa pengganti yang loghat perak mcm hang!

 -Sofia,Aisyah,Sham.. gud luck! Kuatkan hati+semangat. Insya-
Allah boleh!

Tak dinafikan. Hamba Allah ni jugak sentiasa ketawa dalam kelas arab. Tak ketawa secara zahir,ketawa dalam hati. Hai laaa ustad,going miss u. HEHE. Fes time kot blajo ngan foreigner. Para penceria kelas menjalankan tugas. HAHA. Mcm2 la korang. Tapi baguslah. Membuatkan diri ni tak lelap dalam kelas tuuu. Macam lawak ja kelas BA. Aku sampai tatau ustad tu tengah marah ke hape. Dah arab ja semua. Intonasi dia marah ke hape aku pun tak tahuu. Layan jaa~

Rindulah :’)
Sekarang. 0158 am.
Aku dah rasa rindu yang menggunung, pffttttttttt
Tanak ayat gula sangat.
Tapi setulus hati.
Aku tak tahu apa yang korg rasa.
Tapi apa yang aku rasa,aku yang kehilangan lebih kurg 30orang lebih sentap dari korg. Apa la sgt andai aku sorg ja tada? Heh.
Blaja rajen2 smua :’) kasi examted! Buktikan student IRK the best! HEHE. 

Ukhuwah.
Ini kemanisannya. Bila kita letakkan sesuatu itu kerana Dia,lagi betambah kemanisannya.
Jangan pernah sesekali lagi kata aku akan lupa korang semua. Jawapan aku. Semstinya TAKK! 
Dan takan pernah!

salam ukhuwah dengan lafaz assalamualaikum
#moga Allah redha.



Bumi CFS IIUM







بسم الله الرحمن الرحيم
 
Salam sakinah mawaddah warahmah.
At-10-tion.
At-10-tion to all new students.
Bla..bla..bla..

MZJ (mahallah zainab jahsy) punya announcement acap kali kedengaran sejak pertama kali kaki aku melangkah ke mahallah tersebut. Mengumumkan pengumuman demi pengumuman tanpa jemu. Lebih-lebih lagi ketika minggu orentasi dijalankan. Dan aku difahamkan UIA satu satunya university yang menjalankan minggu orentasi lain dari yang lain. Bukan dipanggil minggu orentasi,minggu suai kenal atau ice breaking.

Tapi, TAARUF WEEK!

Sedikit sebanyak meringankan telinga aku untuk mendengar kalimah tersebut. Sebab apa?
Sebab aku adalah orang yang paling tak suka dengan perkataan ICE BREAKING. Lagi lagi kalau buat dalam satu skola. Haihh. Memang la kadang kadang kita duduk dlm satu bilik pun kita still tak kenal dia secara total. Tapi, entah! Aku mmg tak suka ICE BREAKING. SANGAT!!!

Tapi Alhamdulillah. Taaruf Week sdikit sbanyak memberi kelainan. Sebab kitaorang bukan taaruf sngat pun. Tahu dah kalau kitaorang tak kenal pun kitaorang boleh bercinta laa. Oihhh. Bercinta antara saudara seislam dan yang pastinya sama jantina. Bercinta kerana Allah. Bercinta dalam skop persahabatan. Insya-Allah.
Dan kitaorang yang jalankan minggu orentasi paling lama! Seminggu!

Sebab dalam minggu ni lah kitaorang kena settle segala borang. Amek exam EPT ngan APT.
Haaaa.. ni lagilah U len tadak. Sebab bila aku kata esok aku nak amek exam ja member2 aku smua tanya. Exam menda??
Ini English placement test and Arab  placement test daa. Nak tengok kitaorang ni layak amek stahun or dua tahun kat CFS ni. dan kitaorang ni dalam level mana.
Aku? Sangat sangat mengharapkan DUA TAHUN aku duduk dalam CFS ni. sebab nak memantapkan diri dulu before pegi kampus kat Gombak yang lebih mencabar uhh. Dan,aku ni bukan suka stadi gila gila. Relaks2 dah r. kalau dapat yg sthun,konpem teruk tahap kena stadi -_-
Dan Alhamdulillah, aku dapat dua tahun. HAHA. Ehh,tapi aku still do d best exam hari tu eh? Dah tahu dah kemampuan diri ni takat tu jaa. 

Syoknyaa tuleh dalam BM!!!!!
Rindu taap nak blajo BM, nak buat karangan dalam BM! Aku penchenta BM kott. Darah seorang guru BM mengalir dalam badan membuatkan rindu aku makin meluap nak mengarang dalam BM! Warghhhhhh~
Sini tada malay malay language ni. English+Arab jaa. Ko tayah mimpi la nak anto mesej kat lecturer dalam BM sbb dorang takan layan. Huhh. Cekiangg kott
Tayah pegi overseas dah,Wa.
Lagi lagi aku dapat sir dari Sudan bagi subjek arab. Memang perghhhhhhhh aku cakap
Bukan perlu cakap banyak dalam kelas. Dia je cakap. Kitaorang tak na’am , kholas. HAHA. Brothers laa tu.
Kadang2 aku rasa tak lama lagi aku speaking English ngan arab pun akan ikut makhraj sudan. HAHA.
Len tahap bunyinyaa. Haihh. *garu kepala*

Tapa la,Wa. Naseb2.

Wahai adek2 sekalian, kat IPTA ni tayah lagi la nak brangan cegu yang bagi korang semua . even jadual kelas pun korang kena usaha dapatkan sendiri. Tada dah nak bagi kat ketua kelas macam sekolah dulu.
Solat jemaah pun tada dah pengawas ke hape ke yang nak check ko solat ke tak. Mathurat terus tinggal atau masih amalkan tiap pagi petang? Tadarrus pun dah tak buat halaqah macam dulu dik. Nafsi nafsi dah kat sini. Blaja pun kena usaha sendiri.  Duet  tu tayah kata laa. Kalau tak pandai arrange dari skola menengah,tada maknanya. Pada yang pernah menetap di asrama,kat sinilah medan untuk anda praktik segala benda. Sangat sangat berguna. Apa yang warden tegur dulu. Pengawas control dulu,korang akan ingat dengan seingat2nya. Kadang2 korang nak dorang ada untuk marah dorang kat bumi university ni. percayalah. Saya sendiri sampai macam tu. 

Rindu sekolah. Rindu sahabat. Rindu segalanya tentang dulu yang jauh beza dari sekarang. Sebab kita masuk U, kita baru nak mengenal. Bukan macam dduk skolah dulu,kawan2 dah kenal. Dan jarang sekali dapat bersama sahabat sahabat yang kita akrab dulu untuk melangkah ke medan baru. Persiapkan diri dari awal whai adik2 yang dikasihi. Perjalanan anda sebenarnya dah lama bermula.
Tetapkan jati diri. Kuatkan semangat. Sebab kita bakal pembimbing ummah.
Kita nak ke university bukan pusat serenti.
Hidup dan mati kerana Allah.
Medan ilmu ni jihad kita.
Wallahua’lam.
Moga Allah bantu :)