Tuesday, 26 February 2013

Bila capai angka 18 :')



Even umur aku tak genap betul2 lapan belas tahun aku hidup kat bumi wakaf ni, tapi kita genapkan je la. Angka tu tak penting sangat. Act ,aku mengalami kebuntuan yang sebenarnya. Sangat buntu. Tapi, bila pikir balik,apa yang aku buntu? Rasa macam tada apa ja. Dia macam nak korek otak ni then bawak kuar pastu check tengok apa sebenarnya yang mengganggu otak aku. Hish! -,,-

Aku rasa aku mengalami kerinduan yang melampau! Yeah! Agaklah. Rindu kut kat skola. Huhu~
Dulu , bila sibuk dengan jadual yang padat gila time jadi candidate SPM rasa macam nak serang menteri pelajaran je suruh batalkan SPM buat semua warga Malaysia. Mansuhkan juga macam PMR. Huh. Memenatkan. Tapi,tu lah. Sapa lah kita? Hanya orang bawahan ja. Okay. Sangat POYOS di situ.
POYOS= persatuan orang yang osem sangat ;)
HAHA. Jangan pandang sebelah mata,k? Kang juling. Heh.

Tapi , bila duk changok kat umah. Tengok adek aku kemas buku skola. Iron baju skola. Pakai kasut skola. Pakai stoking skola. Buat keja skola. Semua skola lahh!aku jadi rindu gila gila gila kat skola (ni mau kalo ibu baca , sah2 dia cakap , “hebat nooohhh sampai gila?” peace *tanda aman* ) Aku rindu nak duduk dalam bilik bacaan. Rindu nak amek buku kat loker aku. Rindu nak duduk kat meja yang aku slalu stadi. Err. kadang2 stadoq gak. Taley nak deny yang tu. kitakan letey. Wajeb ah! Mana tak letih. Nak tengok jadual aku? Sat2!

5 pagi (poyos sangat. Kadang2 lewat jugak): bangun. Mandi. Buatlah apa2 yg patut dibuat time ni
6 lebey2 : solat subuh berjemaah
6.45 : siap ke sekolah
7 pagi : makan (tunggu nak makan tu bratoq lagi. Panjang ooooooooo )
7.15 pagi : rokol (time aku btugas kena check bilik hari khamis. Kita round satuu ostel . see!!!)
7.30 pagi : baca quran kat dewan
7.45 : blaja……………………………………………………………………..(pnjang sikit titik sebab banyak blaja :P )
10.45: rehat
11.05 : blaja……………………………………………………………………….(aku brank. Rehat kjp sgt. Dh r kantin jauhh . mcm mana aku tak kurus ? habaq maiii )
2.30 : solat zohor berjemaah satu kolah (time ni bergenak gila. Surau ta pebesaq lagi an)
3 ptg : balikkkkkkk!!! (tp ta bes punnnn) . pastu , kita makan. Time ni kalo dapat makan ayam. Mmg aku hepi gilaa . sebab lapaq ya amatt .
3.15 : kelas ……………………………………..
5 ptg : balik ostel. Pegi solat asar baru mandi (sebab ap? Adik2 baru pulun nak mandi lepas prep petang ==’ )
6 ptg : makan lagii (tp berat aku still maintain sbb asyik turun nek bangunan) kita bratoq lagi waktu nii . yeahhh. Buat keta api dalam DM.
6.45 petang : baca mathurat
7.30 mlm : maghrib time …. Lps maghrib tazkirah or tadarus or perjumpaan. Whateva jelahh.
9 malam : prep
10.45 : supper . pegi bilik bacaan . kemas jadual. Nek bilik bacaan al-mulk . tido. *light off wajib 11.45

#pfffffffffttttttttttt. Padat ark?syok kutt list semua ni. rasa macam roh aku tengah berjalan2 buat semua benda ni. perghhhhh ! ayat ! puiiii . taley blah!

Tapi,ni pun kalau tak selitkan dengan perjumpaan dengan warden. Tak selitkan dengan apa2 program yg diaturkan. Tak diselitkan dengan homework yang bertimbun dalam certain2 hari. Stay up sampai dua pagi.  Yeahhh . inilah kehidupan di aspuri SMKAP.

Tapi ,bila dah capai angka 18 ni , means aku tak blaja kat situ lagi la (buat sementara waktu. Mana tau kut2 dapat form 6 an. Nauzubillah. Nak maktab!)  aku rasa macam rindu nak menyibukkan diri dengan semua benda tu. rasa macam tah! Maybe aku pun orang jauh. Yang tak menetap di bumi Indera Kayangan. So,rindu pada kawan-kawan kian mendalam di dasar hati yang paling dalam. Pada cegu2. Pada warden2. Pada penyelia asrama. Pada macik DM . pada macik/pacik guard. Pada macik cleaner.  Semua lahhhh!

Aku rindu nak dengar ayat :
“lepas ampa sapa?” kat dobi ka.  Kat bilik ayaq ka. Kat bilik iron ka. Pendek kata banyak tempat ah.
Aku pun rindu nak dengar gosip2 panas budak asrama tentang sumone yg menjadi topic bualan pada musim2 tertentu. HAHA
Biasalah . ni la pompuan an?

Semuanya indah walaupun disertakan dengan suatu yang pahit. Kenangan. Tak lengkap lah kalau tak rasa pahit skit. Baru la umphhh ! kan?

Pada adik2 yang teriak gila2 nak masuk asrama , chill lahh. Aku dulu lagi teruk, bonda dan ayahanda tersayang jauh sangat dari mata. Huhu. Nanges tu ta payah kata ah! Dalam bilik, dengan kegelapan malam , aku menangis mengenangkan naseb seorang diri. Nanges waktu terang benderang MALU. :p Cehhhh! Eyy , tapi seyes lah . see! Sekarang aku ada sumting yang aku rasa kenangan yang paling indah yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Bumi SMKAP yang menerapkan iklim dini, sangat memberi sesuatu yang penuh bermanfaat buat hamba Allah yang satu ni. know what ? aku dengan otak yang agak biul sekarang ni selalu terfikir “asallah SMKAP ni tak buat U persendirian. Seriously aku yang fes check in kat situ”
Sekolah perempuan semua? Mmg kebanyakan pompuan akan kata “eeeeeeeeeeeeeeeeee!”
Kenapa eeeeee pun aku tatau. Dy taley nak sebut huruf ‘F’ kot. Wekkkk :P
Korang tak merasa betapa nikmatnya skola pompuan semua. Ia sangat menjadi satu kepuasan dan satu kenikmatan!! Ta payak kontrol2 apa. Alaah . tak yah nak tipu r. korang kalau bercampur laki pompuan , semua benda nak control . kitaorang? Bedal je ah !aurat suara ? hoho . tayah jaga pada sapa2. Ustad ngan cegu laki ? jarang sangat ah nak jumpa .dalam kelas , diam je ah. Bila tanya,baru jawab.yang lagi bes, cegu laki semua spuluh org je. Dun wori , semua da kawen.dorg pun slalu duduk dalam bilik guru lelaki je. So,ikut suka hati kitaorang lah nak buat apa. HAK SEBAGAI WANITA ;D

Sangat bebas! Yeahhhhh! SMKAP tetap terbaik di mata! Luv u!
Inilah perasaan budak lapas belas tahun yang mengalami penyakit rindu yang kronik .

Ubatnya , kena turun peghelih tengok bangunan skola ;D


2 comments:

  1. kenapa menangis x cakap kat aq?boleh join skali..x aci ar nangis sorg2
    hahaha..lawak..ustaz ada byk tmpat kosong g kalau nak isi..lg2 ustaz zack..keh3

    ReplyDelete
  2. bhahaha . ta habeh2 dengan ustad zack dy. hadoihh . tapa lah . aku lebey memilih nak isi kekosongan ustad waseem ;D #gataiiiii

    ReplyDelete