Memang terbaik bila panas-panas macam ni pekena air sejuk.
Air kotak perisa buah campur itu kembali disedut. Seperti biasa. Tidak seperti
orang lain. Udara ke dalam kotak minuman tersebut menggunakan straw terlebih
dahulu untuk memberikan tekanan kepada air untuk keluar. Macam ni baru best!
“jom balik! Makanan aku dah tapau!”aku mengangguk usai memandang
Anis yang menjinjit dua bungkus plastik. Anak dara terbaik punya. Malas sangat
nak masak. Teringin sangat nak duduk rumah sewa,tapi malas tahap apa.
***
Tudung bidang enam puluh itu disarungkan ke kepala. Sesekali
dia memuji tudungnya itu apabila terbentuk elok di kepala.
“Wa!”
“yup!”
“lambat dah! Cepatlah!”
“kejap-kejap. Give me five minutes!”aku mengeluh. Seperti
biasa. Menjadi orang yang terakhir bersiap. Dah korang guna bilik air dulu
siapa suruh? Daun pintu dikuak dari luar.
“woi! Elok dah tu. cepatlah!”
“ish! Tak lari mana lah kenduri tu. aku nak melawa sikit pun
tak boleh. Susah betul.”Hajar dah buat muka. Aku mencapai tas tangan dari atas
katil lalu menapak keluar. Kelihatan Aimuni dan Huda sudah setia menunggu
sambil menghirup beberapa teguk kopi.
“dah! Jom!”
“hish! Bersiap. Mengalahkan mak datin.”wooo! Muni dah marah.
Aku senyum.
“kau tu nak pakai tudung pun setengah jam nak bising kat
aku. Dah korang yang nak guna bilik air dulu tadi. Tunggulah kejap,kan?”aku
menyarung sandal di kaki.
Pin! Pin!
“tu. Mirah dah tunggu tak sangga dah tu.”
“aku tak nampak Aini pun?”Muni menjenguk ke dalam kereta.
“dia terus pergi tempat kenduri dengan abang dia”Mirah
menjawab.
“haa..cepatlah! tadi kata nak cepat sangat”okay. aku dah
mula nak membebel. Lantas aku memasuki perut kereta Alphard milik Mirah. Kelmarin
punya lah semangat sangat nak menumpang kereta baru Mirah ni. Budak Aini ni.
Aku mengerling ke luar tingkap. Memandang Huda yang mengunci pagar rumah. Kami
lebih memilih untuk menetap di rumah sewa berbanding di asrama. Malas mungkin.
Dan ada sedikit kebebasan. Lima orang satu rumah,kira okay lah. Dalam diam aku
mengukir senyuman. Alhamdulillah. Seorang daripada kawan aku sudah menjadi
isteri orang kelmarin. Kembali mengimbau peristiwa enam tahun yang lalu.
“eeee! Tak mau lah kahwin! Macam apa tah lagi. Kita ni masih
muda lah. Tak payah nak fikir-fikir pasal ni.”
“kau jangan,Midah. Karang kau yang first kahwin.”Aina
menyindir.
“mana ada! Aku tak kan kahwinnya.”
“weyh. Ustazah cakap,siapa yang tak nak kahwin,nabi kata dia
bukanlah umatku. Nak?”Mirah dah keluarkan ayat yang power hingga boleh
mencetuskan tepukan daripada sahabat-sahabat yang lain. Aku ketawa.
“kahwin juga Midah tu,kan?”aku tersentak. Kata-kata yang
terlafaz daripada mulut Hajar menyetap naluri aku buat seketika. Macam boleh baca
fikiran orang je minah ni. Dalam diam aku mengukir senyuman. Memang tak sangka.
Heh. Malik tu juga yang jadi suami dia? Penang mari. Aku dah kata dulu. Masin
sungguh mulut ni. Adoi! Parah!
“Weyh,Wa! Kitaorang sebenarnya waktu kau bersiap tadi,an.
Kitaorang mengumpat kau. Sorry”membulat mataku memandang mereka. Anis ketawa.
“mengumpat apa ha?”
“dulu kan yang beria-ia nak kahwinnya kau. asal pulak yang
tak kahwin-kahwin sampai sekarang ni?”okay. tak dapat dinafikan soalan Anis tu
cepumas ya amat.
“entah! Aku tak ada mood nak kahwin kot. Nanti-nantilah”
“tak kan frust lagi kot?”berkerut dahi aku memandang Hajar.
Frust amendanya? Oh! Hahah!
“bongek! Kan aku kata,aku suka usha dia je. Kau ni memang
nak kenalah!”pahanya menjadi mangsa cubitan aku.
“aku tengok cara kau usha dia tu lain macam. Dah lah dia tu
pengerusi MPP. Tulah! Minat kat budak famous. Ada dia nak pandang?”Muni dah
berceloteh. Aku mencebik. Dah minat! Nak buat macam mana.
“aku minat je makcik-makcik sekalian. Nak tangkap cinta tu
tak lagilah. Tu nasib baik aku tak terfall in love lagi dengan mamat tu. kalau
tak,keding lagi kawan korang ni tahu tak?”kata-kata aku dibalas dengan ‘booo’
dari mereka. Pecah ketawa aku. Dengan dorang ni tak boleh nak menang langsung.
Parah-parah!
“pengantin lelaki sampai pukul berapa Mirah?”pertanyaan
daripada Huda memberhentikan mulut-mulut kawan aku.
“Midah kata pukul tiga.”
“ala.. asal kita pergi awal sangat ni? Baru pukul dua. Nanti
tunggu dulu,eh? Aku nak tengok jugak si Malik tu.”Huda mula memberi arahan.
Semua mata memandang ke arahnya. Lalu menggeleng. Aku pun tak tahu apa penyakit
member aku seorang ni. Kalau pergi kenduri,tak tengok pengantin lelaki tak sah.
Apa punya perangai lah!
“Wa! Handfone kau bunyi daripada tadi tu. mengelamun lah
pulak”sempat aku mencubit lengan Muni. Aku tengah mengata oranglah. Hish! Siapa
ni? Nombor dari utara?
“hello?”
“hello? Azwa eh?”
“ya.”okay. aku memang tak biasa cakap dengan lelaki. Harap
maklum.
“ni Abang Nal lah.”
“Lahh. Abang Nal. Kenapa?”
“Abang Nal kat rumah tok ni. Tok nak cakap dengan Wa.”
“okay-okay. Meh!”lama jugak aku bersembang dengan tok. Okay.
Alhamdulillah tok sehat. Cuma tok pesan untuk ajak kawan-kawan aku balik sana.
Musim durian dah datang. Maka,rumah tok aku akan bau dengan segala jenis
durian. Tok pun ada bagitahu yang anak Mak cik aku yang sulung tu dapat masuk
asrama. Sekolah agama jugak. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya menuntut di
sekolah agama,sedikit sebanyak ilmu dunia pun dapat, ilmu akhirat pun dapat.
Yang lawaknya,dia dapat sekolah aku yang dulu. Heh. Cikgu mana lagilah yang
stay kat situ,eh? Rindu betul. Usai tok meminta untuk mengundur diri ,aku turut
menamatkan panggilan.
“derr , tok aku kirim salam. Dia pesan alang-alang turun
Perlis,balik rumah dia sekali. Durian satu lori”
“aku tahu mesti Aini akan surrender dulu.” Okay. Aku lupa.
Member aku sorang tu alah pada durian.
“balik jelah. Tak suruh pun si Aini tu makan., buah lain pun
ada. Tapi,durian lah jadi juaranya.”
“hah! Yang tu cantik! Aku dah lama tak ngap manggis,langsat
dengan cempedak rumah tok kau tu. sedap-sedap! Tapi kan,aku rasa untuk
Aini,satu bakul buah tak cukup. tiga bakul okay.”
“dasar Aini cibam!”gelaran untuk Aini yang terletus dari
mulutku membuatkan satu kereta penuh dengan gelak ketawa. Cibam? Kecil +
Tembam. HAHA . yang pasti. Aini tetap comel.
“***
“tahniah Midah!”tubuh tinggi lampai itu dipeluk erat. Ada
air jernih yang mengalir di pipi sahabatku itu. Aku memandang langit.
Mengelakkan daripada air mata yang dah lama bertakung ini jatuh.
“Azwa?”aku tersenyum memandangnya. Tubuh kecilku ditarik
kedalam pelukan.
“kau cantik. Barakallah!”erat sekali pelukan tersebut. Aku
gembira untuk dia. Dan,sangat aku percaya pada Malik untuk jaga sahabat aku
sorang ni. Alah! Siapa tak kenal dengan Malik? Penterjemah buku-buku bahasa
lain ke dalam bahasa arab. Kenalah dengn member aku ni. Sama-sama cenderung ke
arah tu.
“kau peganglah tangan aku,Anis! Sejuk gila ni!”kata mempelai
itu kepada Anis yang berada di tepinya. Berderai tawa kami di situ. Cuak sangat
minah ni. Tidak,berani tak sangga-sangga. Yalah. Belajar sorang-sorang kat
Maghribi tu boleh pulak. Nak kahwin kena takut ke? Adakah kahwin ni spesies
Vampire yang menakutkan? Aku pun tak faham.
“kau cuak apa,Midah?”Mirah mengangkat-angkat kening.
“Ayamlah dia ni. Kau fikir apa ha?”
“tak ada. Aku tak cakap apa-apa.”Mirah ketawa mengejek. semua
mata memandang ke arah kami yang rancak menyembang dengan mempelai. Aku tahu.
Mesti dalam kepala dorang tengah set yang kami semua ni pelik ya amat. Tudung
labuh. Tapi,perangai. Gila-gila. Memang pun. Dari dulu macam ni.
Kitaorang,ustazah rock! Kalau ustaz rozk pun ada,ustazah rock pun kenalah
ada,kan?
“pergilah makan. Aku nak kena masuk dalam ni. Kejap lagi
baru Malik sampai.”
“yaya! Bab makan,kau jangan risau. Kitaorang no problem. Tapi,kau tak nak ajak kitaorang
masuk bilik kau dulu ke? Nak jugak usha bilik pengantin”Muni dah semangat
berbicara. Hajar menggeleng.
“okay. Jom! Hish! Bukan cantik sangat pun. Aku buat habis
simple je ni. Pelamin-pelamin pun tak ada”
“bagus-bagus. Tak payah pelamin-pelamin. Kita kahwin simple
dah lah”Aisyah member pendapat lantas menimbulkan kehairanan di benak fikiran
kami.
“kita?!”
“hah? Eh! Tak. Kau!”tersenyum kambing kawan aku sorang ni.
“Aisyah! Ada apa-apa ke ni?”aku menyiku lengan.
“ish! Mana ada! Tak ada-tak ada! Merepek!”
“aku dah bau naasik minyak rumah lain lah”aku buat gaya
menghidu sesuatu.
“weyhh! Tak baik!”semua ketawa. Midah pun join sekaki.
Mentang-mentang dah selamat.
***
Aku dah boring nak mengusha rumah pengantin yang sesak
dengan tetamu. Perut pun dah bunyi. Terus aku mengorak langkah ke khemah
kenduri. Dalam aku sibuk mengambil lauk,ada suara yang menegur. Lantas aku
menoleh. Sebab suara dia tak sama dengan member-member aku yang lain.
“Ecah!”aku cam benar muka kawan lama aku ni. Memang tak
berubah. Cuma satu yang berubah. Ada seorang bayi kecil dalam kendongannya.
“Wa! Lama gila tak jumpa kau!”
“tulah! Serious lama. Ni apa cerita ni?”aku mengundur.
Memberi peluang kepada tetamu yang lain mengambil makanan. Kami mengambil
tempat di kerusi yang berhampiran.
“Aku nikah dua tahun lepas. Ni baru masuk tiga bulan.”
“ala…comel nya. dengan?”
“Farislah”
“I see. Alhamdulillah eh? Jodoh panjang.”dalam hati aku
memanjatkan doa. Nasib baik tak kena main lagi sekali. Dia ni dah lah senang je
nak tangkap cinta. Last-last kekal jugak,eh? Last aku dengar cerita pasal dia
dengan Faris,Faris carikan dia kerja sementara nak tunggu result SPM. Itu je.
Lepas tu,satu cerita pun aku tak follow dah.
“baby girl eh?”
“a..ah! cuba teka nama dia.”aku ketawa kecil. Perangai manja
Siti Aishah ni tak pernah berubah.
“banyak weyh nama kat dunia ni. Aku nak teka macam mana?”
“ish! Tak best lah kau ni. Nurin Asshifa Mohd Faris.’”
“wahh! Terujanya aku! Nama aku!”aku menutup mula tanda
teruja ya amat!
“aku suka nama Asshifa’ tu. Tu yang pinjam kejap.”aku
mencubit geram bayi kecil tersebut.
“hai Asshifa’ junior. Ni Umi Azwa Asshifa’ ni. Salam
perkenalan”Ecah menghulurkan Nurin Asshifa’ kepadaku. Pinggan di tangan
diletakkan di atas meja. Pipi gebu Nurin Asshifa’ kukucup syahdu. Comel
sungguh!
“Eh,Faris panggil dah tu. aku sebenarnya lama dah sampai.
Siap makan dah pun. Ada kenduri lagi satu pulak ni. Tu yang nak cepat ni.
Sebelum aku terlupa.”dia mengambil sesuatu dari dalam beg. Satu kad dihulurkan.
“Ni, minggu depan aku nak buat kenduri kekah anak aku ni.
Datang tau!”
“alright! Nanti aku bawak rombongan Cik Kiah pergi rumah
kau. sediakan je lauk satu periuk. Macam kau tak tahu kitaorang melantak macam
mana.”
“aku buat catering lah. Malas nak sibuk-sibuk. Semua dorang
yang prepare.”
“okay-okay. Nanti kita stori-mori lagi,eh? Bye!
Bye,sayang.”dahi bayi kecil itu pulak menjadi mangsa bibirku. Terkejut betul.
Mana tidaknya. Dia ni lagilah tak nak kahwin langsung. Ada pulak nakmain
cinta-cinta je. Kahwin tak nak? Penat juga aku ceramah kat dia dulu. Nasib baik
kahwin juga. Adoi! Hidup-hidup.
“Woi! Kau borak dengan siapa tadi?”aku menoleh ke arah Mirah
yang berkurung biru.
“Lah! Kau lupa ke? Muka sejibik tak berubah tu kau lupa
sudah?”
“yelah! Siapa?!”
“Ecah lah!”
“Ecah mana pulak ni?”dia meletakkan jari telunjuk di dagu.
Tanda berfikir habis.
“Ish! Kawan kita dululah. Kau ni!”
“Baby Cha?”Huda cuba meneka.
“hah! Ya la tu!”
“ada anak weyh?”Muni dah
muka tak percaya. Aku nak tergelak dah. Tapi,memandangkan perut aku ni
lapar yang amat sebab tak ambil breakfast tadi,aku tangguh sekejap ketawa
tersebut.
“yup! Dah lah. Sana. Aku lapar dah ni”
“Lah. Asal dia tak jumpa kitaorang?”
“dia tak perasan korang kot. Dah duk sibuk melilau dalam
rumah pengantin. Lagipun dia nak cepat tu. dah lah! Aku nak makan. Jom!” aku
kembali mengambil makanan dan duduk di meja yang disediakan. Cawan yang berisi
air oren di hadapanku ditatap. Penuh. Tapi,tuan dia tak ada pun. Rezeki aku ni.
Aku mengambil cawan tersebut untuk membasahkan tekak.
“ehem!”siapa pulak dah yang nak buat sesi jejak kasih lagi ni?
“air saya tu”aku memandang gelas tersebut sebelum
melemparkan pandangan pada tuan empunya suara. Gulp! Alamak! Pegerusi MPP !
Mampus!
“sorry.”aku menghulurkan gelas tersebut kepadanya. Aku
menunduk lalu meneruskan suapan. Dia berlalu pergi.
“ada orang dah ambil tempat lah. Duduk je lah kat hujung
sana tu”suara dia tu. adoi! Buat malu je kau Azwa! Okay. Salah yang kedua. Aku
duduk tempat diaorang. Tapi,salah dorang jugak kan. siapa suruh tak jaga? Aku
buat muka tak bersalah. Kisah apa aku? Janji perut aku kenyang. Dalam diam aku
duk mengusha jugak pengerusi MPP aku tu. Handsome. Syabab Muhammad Kusyairi .
Actually,lama dah aku duk buat kerja ni senyap-senyap. Dia tak berapa putih dan
tak berapa gelap sangat. Of course pakai cermin mata. Agama pun. Alhamdulillah.
Sebab tiap-tiap hari bila aku solat Maghrib kat surau taman aku tu,dia yang
imamkan. Bacaan dia. Memang sedap gila! Aku pun selalu jugak tengok dia layan
budak-budak kat taman permainan petang-petang lepas aku balik kuliah. Then,aku
nampak jugak yang dia memang banyak cakap bila dengan member-member dia. Dan
selalunya,asal dia cakap sikit,konfem kawan-kawan dia bantai gelak.
So,konklusinya dia ni jenis yang happy go lucky. Semua orang senang dengan dia
sampaikan boleh dicalonkan sebagai Pengerusi MPP. Dia study jurusan akaun.
Memang jauh lah daripada nak jadi pilot atau doctor. Sebab,kalau itu cita-cita
dia memang aku reject hundred percent! Haha! Yang paling aku suka pulak. Dia bukan
daripada negeri Terengganu,Kelantan,Sabah dan Serawak. Yay! Eh! Apasal
tiba-tiba aku menilai mamat tu. cari nahaslah kau,Wa. Adoi! Tersenyum aku
sorang-sorang.
“woi! Sengih sorang-sorang. Dah tak ada keja?!”Mirah menepuk
lembut bahuku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Dah tak pasal-pasal kantoi
dengan dorang ni. Kejap lagi sure mulanya sesi nak mengata aku.
“oh. Tengok cik abang MPP eh?”kan? nak mula dah lah ni. Aku
masih selamba menyuap nasi ke dalam mulut.
“mana ada”
“alah! Macam aku tak tahu dengan kau. pantang nampak
dia,mesti senyum. Masalah betul!”Hajar mengomel. Dia orang sedar ke aku mengusha
dia? Mampus! Rosak program aku. Ya Allah! Duhai cik mata yang comel,jaga
pandangan anda.
“Wa,dia pandang kau.”aku buat tak tahu. Kena control,der.
Kantoi lah karang. Entah-entah dia duk mengumpat aku tak? Mana tak nya. Dah lah
nak terminum air dia. Cilok tempat duduk dia pulak tu.
“Eh! Tadi dia yang cakap dengan
kau,kan?”Aina pandang aku. Aku toleh ke belakang untuk melihat tong air.
“tolong boleh? Ambilkan air kejap.
Aku nak tercekiklah”sibuk ja budak USIM ni. Hish!
“ada je nak ubah topik. Aku ambil.
Tapi,kau hutang aku satu cerita.”
“ya! Cepatlah!”aku meneruskan
suapan. Hailah ayam. Asal kau tak bagitahu aku tadi yang ni tempat Mr. Perfect tu? masalah betullah.
Sah lepas ni aku kena attack selalunya. Apalah nasib.
“nah!”
“thanks,dear.”satu senyuman paling
manis dilemparkan.
“kau tak payah nak dear sangat.
Cepat cerita!”Anis sudah mula memaksa. Aku menarik nafas. Fuhh! Lepas!
“ni sebenarnya tempat dia.”
“what?!”perghhh! serentak kot!
Tapi,baru aku sedar. Semua mata memandang. Adoi! Lupa. Diaorang jerit kuat
sangat. Aku dah garu kepala. Jap! Err. Syabab pun tengok sekali ke? Aisehman!
Bikin aku malu jelah.
“ish! Buat malu aku jelah. Diamlah
sikit.”
“betul ke?” Muni mencuit bahuku.
Aku mengangguk perlahan. Dia menepuk dahi.
“mana aku tahu. Dah siapa suruh
dia tak jaga? Ni public okay? Aku duduk jelah. Siap hidang air oren lagi kat
aku. Baru nak menikmati air oren dengan seenak-enaknya aku dengar orang berdehem.
Sekali air Syabab Muhammad Kusyairi daa” kata-kata aku mengundang ketawa
mereka.. aku garu kepala. Terdengar orang terbatuk. Okay. Syabab dah tersedak. Dia
tersedak sebab aku sebut nama dia ke? Haha! Sorry,awak. Saya pinjam nama jap.
Betul jugak cakap orang tua-tua eh? Toing!
“eh,dah pukul tiga. Asal Malik tak
sampai lagi.”Aini membelek jam di tangan.
“amboi! Macam kau pulak pengantin
perempuan,kan?”Aina bercekak pinggang. betul lah cakap Midah. Dorang berdua ni
macam kembar dalam Alice In The Wonderland tu. adoi! Bergaduh je tahu. Nasib
baiklah Aini lepas pergi Mesir. Aina stay USIM dengan Aisyah. Kalau tak,aku
rasa bergaduh selalu gamknya dorang ni.
“weyh! Azwa! Midah panggil.”aku
menoleh ke khemah pengantin. Midah melambai-lambai ke arahku. Aku bingkas
bangun daripada kerusi menuju ke arahnya.
“Ya pengantin baru. Nak apa?”
“nah!” satu kotak air minuman
dihulurkan. Yay! Buah campur!
“Wah! Terbaik punya pengantin.
Mana kau rembat ni? Ada pulak air kotak waktu kenduri?”dia mengangkat kening.
“aku suruh anak menakan aku beli
semalam kat kedai apek belakang tu. favourite kau,kan?”aku mengangguk laju. Dia
tersenyum puas.
“takkan satu je? Bagilah sedozen.
Baru mantap. Kau nak biar kawan-kawan kau yang lain tu jelous tengok aku minum
sorang-sorang ke?”
“ecceh! Yelah! Tu. ambil atas meja
tu”aku tepuk tangan.
“tapi,untuk angkat
sorang-sorang,aku tak nak. Kejap!”aku berlari-lari anak menuju ke meja yang
kududuk tadi. Lantas tangan MIrah dan Anis ditarik.
“nah! Tolong angkat!”Haha!
kotak-kotak minuman tersebut bertukar tangan.
“kureng asam betullah minah ni”aku
tayang gigi. Lantas straw dicabut dan aku menuju kembali ke meja makan. Air
kotak itu disedut seperti biasa. Dengan caraku tersendiri.
“weyh! Buat malu jelah minum macam
tu. tempat kenduri ni”aku menjelir. Huda dah menggeleng. Kisah apa aku?
“ibu aku cakap. Dorang bukan kenal
kita. Esok tak jumpa dah.”
“masalahnya,ada juga yang kenal
kita. Kau ni!”Aina dah buat muka marah. Hehe. Comel. Tapi,disebabkan Azwa
Asshifa’ ni memang degil orangnya aku buat jugak. Mereka sekadar menggeleng.
Malas melayan mungkin. Aku pun malas. Ish! Malik ni tunggang penyu ke?
***
“ala,tok wan! Boleh lah. Lagi
lapan biji je lagi. Lepas tu Wa stop. Okay?”aku menarik lembut lengan tok wan.
Tok wan tetap menggeleng.
“nanti batuk. Tak payah lah. Wa
tu dah lah senang sangat nak batuk.sat gi kat rumah makan pulak.”aku dah
memuncung.
“tak sportinglah tokwan ni. Tok
kat rumah dengan siapa?”aku menoleh ke arah rakan-rakanku yang masih seronok
menikmati keenakan buah rambutan. Dorang tersenyum mengejek. Geram betul!
“sorang ja. Pergilah balik rumah
dulu.hey,cucu bertuah. Ada pulak dia teruih ke kebun. Orang balik rumah
dulu.”aku tersenyum.
“orang excited lah tok wan.”
“apa ted?”kawan-kawan aku dah
bantai gelak.
“excited tok wan. Teruja. Adoi!
Ni tok wan nak balik bila?”
“sat lagi tok wan baliklah. Nak
kutip buah-buah ni dulu.kamu jugak yang nak makan.”aku memaut bahu Huda yang
berada di sebelah. Aku menjeling ke arah Hajar yang dari tadi sibuk dengan
telefon bimbitnya, apasal pulak dia ni?
“Hajar,kau contact siapa tu? ada
prob ke?”ringan mulut aku bertanya. Malas nak menyimpan pelbagai soalan dalam
kepala.
“tak ada apalah.”
“dah. Pergi balik.”
“okay,tok wan”
***
“eh! Abang Nal tak balik lagi
ka?”
“tak. Petang ni baru balik.”
“tok mana,bang?”
“ada kat dapur tu”
“okay. Line clear.”Aku
menunjukkan isyarat pada kawan-kawanku supaya mengekoriku dari belakang secara
perlahan. Baru nak melangkah masuk,ada suara menegur.
“hang pa tok sah lah nak
mengendap lagu tu.”aku tepuk dahi. Tak menjadi pulak nak sergah tok. Instinct
to kuat lah. Adoyai.
“tok! Hehe. Long time no
see,tok!”tubuhnya ku tarik dalam pelukan.
“apa dia? Lapaq nasik?”terburai
ketawa member aku.
“apa-apa jelah tok. Rindu
tok!”pipinya ku cium lalu kubiarkan teman-teman yang lain pulak yang bersalaman
dengan tok kesayangan aku ni.
“dah! Jom! Kita makan nasi. Tadi
kata lapaq nasik kan?”
“erkk! Baik tok!”aku tersenyum.
Nasik pun nasik lah.
***
“der,abang Nal tu siapa?”
“sepupu aku lah. Merangkap bakal
suami best friend aku. Haha!”
“best friend kau? siapa?”
“korangkan best friend aku.
Rasa-rasa siapa?”aku dah tengok minah tu blushing.
“siapa weyh?!”Huda yang menyiku
lenganku.
“alala. Blushing dah member aku
ni”bahu Muni kupeluk. Satu sorakan timbul di bilik tersebut. Bahuku dicubit.
Aku mengerang kesakitan. Alahai mak ketam ni.
“sayang oi! Sakit kut. Macamlah
aku tak tahu kau duk usha dia kat meja makan tadi. Haa. Aku tau lah. Kau syok
kat Abang Nal,kan?”
“woi! Aku mana main usha-usha
ni.”
“alalalala.”aku tutup telinga.
Muni tipu. Aku kenal dia sepuluh tahun dah. Tak payah nak tipu!
“weyh! Mana ada!”dia dah buat
mulut muncungnya.
“okay-okay. Stop! Sekarang time al-Mulk.
Pakai tudung cepat!”Anis dah bising. Aku tengok jam. Oh. Dah pukul sepuluh
malam. Okay. Pakai tudung. Kami berhalaqah seperti biasa. Inilah salah satu
daripada surah hafalan kami berlima.surah yang telah didik dari bangku sekolah
untuk dibaca sebelum tidur. Penyelamat daripada azab kubur. Masha-Allah. Usai
bacaan habis dialunkan, Hajar mengetuai bacaan doa pada malam itu.
***
Fuhh! Selesai sudah presentation
aku. Kan best jadi orang yang kedua. Aku dah tengok orang yang first present
so,dah tahu lah nak buat macam mana. And,tak adalah rasa cuak sangat. Yelah.
Buatnya jadi yang the last person,kan dah gementar nak present. Bukan tu je.
Prof pun malas dah nak dengar. Kan? okay. Aku nak pergi mana eh? Muni tak habis
kelas lagi kut. Erm. Dorang yang lain semua kelas petang. So,still kat rumah
lah kan? nak balik ke tak? Ish! Kalau nak balik,aku nak balik dengan siapa? Bab
bawak motor ke kereta ke bukan akulah! Okay. Kena jugak tunggu Muni supaya aku
boleh merempit dengan dia. So,kita lepak kat café!
“hai cik adik. Nak beli air kotak
lagi ke?”aku menjeling lalu melemparkan senyuman sinis. Aku benci betullah
pakcik ni.
“yalah ! bak satu!”not seringgit
kuhulurkan. Air kotak perisa laici dihulurkan.
“buah campur eh? Laici tak main
lah”suaraku masih mengendur. Hari lain tahu pulak nak bagi perisa buah campur.
Tak minta lagi dah bagi. Hari ni lupa pulak eh?
“tulah. Adik tak cakap tadi. Mana
abang tahu.”baru air kotak perisa buah campur dihulurkan. Baru sahaja aku nak
mengambil,dia menariknya kembali. Hai pakcik ni. Nak kena sembur dengan aku ke?
Aku dah lama tak sound orang ni.
“pakcik, Nak kerja buat cara kerja
boleh? Saya ni nak minum. Tak kenyang pun kalau melayan kerenah pakcik.”laju
tanganku mengambil air kotak dari tangannya. Lantas aku meninggalkan tempat
tersebut. Buat semak kepala je melayan. Kubur dah panggil mari tapi,perangai
gaya macam orang tak sedia nak mati .
Aku duduk bersila di atas rumput.
Elok aje bawah pokok. Nak duduk kat kerusi batu tu? Mahu rentung aku.Aku tak
tahu lah pihak pentadbiran ni pikir macam mana. Ada ke patut letak kerusi
tengah-tengah panas? Letak lah tempat strategic sikit. Bawah pokok ke. Bawah
bumbung ke. Yang pasti,tempat orang boleh berlindunglah. Tapi,aku pun satu. Ada
je member penolong MPP si Hajar tu. Tapi satu habuk cadangan pun aku tak
usulkan. Adoyai.
Dari jauh aku lihat ada satu susuk
tubuh yang sedang berjalan ke arahku. Gaya macam lelaki. Cehh! Perasaan.
Entah-entah dia nak pergi tempat lain kau dah perasan terlebih,Wa.
MP3 yang berada di dalam beg ku
bawa keluar. Mencari beberapa surah yang menjadi hafalan aku dan teman-teman
serumah. Takut terlupa. Lagi-lagi aku ni jenis yang ketawa bagai nak rak.
So,ilmu cepatlah keluar,kan? kenalah sentiasa ulang. Aku menyandarkan diri pada
beg yang telah kuletak di pokok. Fail ditangan dipeluk. Mataku pejam. Alah!
Tempat ni susah student nak lalu. Aku buat je lah apa yang patut.
Dalam aku sedang mengikut bacaan
di MP3,ada yang menyentap fail di tangan. Ni siapa pulak nak cari gaduh ni?
Saat mata dibuka aku dah pandang pelik. Berkali-kali mata digosok. Biar betik?!
Earphone dicabut.
“yes?”aku memandang Khalid yang
bercekak pinggang. berani pulak budak skema ni main tarik-tarik fail dengan
aku. Aneh!
“Lah! Patutlah tak dengar.” Dia
menggaru kepala.
“nak apa?”
“pengerusi MPP nak jumpa
awak.”lagi melopong aku. Dah tadi terkejut kehadiran Ketua Kelab Bola Tampar
aku ni. Ini terkejut dengan pengerusi MPP pulak dah.
“buat apa?”
“pasal perlawanan persahabatan
antara UPSI dengan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim tu lah. Cadangan
awak,kan?”
“Ya. Tapi,awak kan boleh handle.
Hari tu awak juga yang cakap awak nak uruskan semua tanpa campur tangan siapa
pun. Ni apasal pula cari saya?”
“Syabab tak bagi saya urus
sendiri. Dia suruh penolong pengerusi kelab uruskan sekali. Lagi-lagi bila saya
cakap ini semua idea awak”aku garu kepala. Yang mamat ni pergi cakap buat apa?!
Memang skema betul.
“nak kena jumpa sekarang ke?”dia
mengangguk. aku mengeluh.
“okaylah. Dia nak jumpa kat mana?”
“kat bilik MPP lah.”
“awak? Tak pergi sekali?”
“saya dah settle dengan dia. Ni
nak pergi kelas. Hajar pun ada kat dalam tu.” aku tersenyum mengurut dada.
Nasib baik ada penyelamat. Thanks a lot Hajar!
***
Pintu bilik itu kuketuk perlahan.
Mana tahu diaorang tengah discuss apa-apa yang penting. Kedengaran satu suara
yang menyuruh aku masuk. Aku tarik nafas sebelum pintu dikuak. Lantas salam diberi.
Usai salam aku berjawab,aku di suruh duduk di kerusi yang mengelilingi meja
bulat tersebut.
“Azwa,awak penolong Kelab Bola
Tamparkan?”
“yup!”okay. aku tunduk. Tak
sanggup nak tengok mata dia. Tengok curi-curi tak apa lah. Heh.
“paper work yang Khalid bagi ni
idea awak kan?”
“ya saya”
“awak nak melibatkan semua ahli
kelab ke?”
“err. Entahlah. Saya cadangkan je
supaya adakan perlawanan persahabatan dengan Maktab sultan Abdul Halim. Tu je.
Yang lain,Khalid kata dia yang nak uruskan.”
“okay. Objektif awak?”
“objektif?”
“ya.”
“entah. Actually,spontan je
cadangan tu diusulkan. Sebab,saya minat pasukan bola tampar maktab tu. diaorang
punya skill bagus”dia tersenyum sinis. Aiseh! Kata tak nak tengok. Aku usha
sikit je lah. Melalui lirik mata.
“saya pun”
“hah? Apa?”
“tak ada apa.”Lah! tadi baru aku
dengar dia cakap something. Kau ni kenapa pulak,Wa? Bilik ni berhantu kut. Aku
menggosok tapak tangan untuk menyedapkan hati. Mataku meliar memandang
sekeliling. Lahh! Baru aku perasan. Hajar tak ada!
“Hajar mana?”dalam hati aku memarahi
mulutku sendiri. Selambanya aku tanya pasal Hajar tiba-tiba.
“Hajar? Oh! Tunang dia panggil
tadi.”aku mengangguk. jam di tangan dikering. Rasanya Muni dah habis kelas.
“ada apa-apa lagi ke?”
“Tak. Tu je. Terima kasih.”
“sama-sama”aku pantas menapak
keluar. Perghh! Jantung! Macam marathon ni asal? Sabar-sabar! Dia memang
handsome,kau tak payah lah nak lari macam larian 200 meter cik jantung oii!
***
“Wa! Turn kau masak hari ni”
“alaa… malasnya! Aku blur. Tak tau
nak masak apa.”televisyen di hadapan masih menjadi tatapan aku. Cerita Setia
Hujung Nyawa tengah bermain di kaca tv. Waktu cerita best-best jugak lah
diaorang ni nak suruh aku masak.
“tak payah duk blur sangatlah.
Cepatlah!”
“apa kata,kita makan luar malam
ni. Nak tak?”aku semangat member cadangan. Tapi,
“tak nak!” semua serentak member
kata putus. Aku mengeluh.
“korang bagi lah aku chance nak
melayan feeling SHN ni dulu”
“aku bukak sound kuat punya bagi
kau dengar,okay”Anis menarik aku turun dari sofa. Muni, Hajar dan Huda dah
tersenyum melihat. Aku buat muka. Malas betul!
Punya lah aku tekun memasak kat dapur, dorang bukak DVD?
Carita SHN aku! Hey! Memang nak kena budak-budak atas umur ni. Sabarlah duhai
hati. Dah lah panas! Aku minta suruh pasang air cond kat dapur ni dorang jawab
dengan meluku kepala aku. Haishh!
“oii! Makanan dah siap. Berapa kali korang nak ulang 3 idiot
tu? aku bakar jugak tv tu karang”semua ketawa.
“relaks,wa. All is well.”Huda selamba rock cakap macam tu.
Bikin gua panas je!
“banyaklah korang punya all is well. Cepatlah makan. Lapar
sangat kan?”
“ala Wa.. nanti aku tolong download kat kau eh? Jangan
marah. Serupa the owl sejibik lah muka kau. dengan mata bulat macam tu”
“the owl tak masak kat korang. Tak payah banyak songeh.
Tutup tv tu then makan. Sebelum the owl korang ni tukar jadi shrek!”
“comel apa. Hijau je.” Aku dah bercekak pinggang. hai
kawan-kawan aku ni. Memang nak kena kot.
Diaorang terus tutup tv. Tahu takut. Lauk yang hanya ada
empat hidangan itu menjadi alas perut kami berlima. Aku? Main campak je. Rahsia
masakan ibu. Campak je. Janji perut kenyang. Haha!
***
Tikar di tangan kuhamparkan di atas tanah. Menziarahi kubur
umi Mirah memang menjadi rutin mingguan aku dah sahabat-sahabat yang lain. Walaupun,Mirah
di Jordan,kami tetap ke sini.Sekurang-kurang kubur ni terjaga. Yang paling
bagusnya,mengingatkan kami semua pada lumrah kehidupan iaitu mati. Surah Yaasin
dikumandangkan. Sebak pula hati. Alhamdulillah aku masih dikurniakan keluarga
yang sempurna. Tak seperti dua orang daripada sahabat aku. Mirah dan Anis.
Entah macam mana lah aku nanti,kalau ditakdirkan Allah mengambil nyawa kedua
ibu bapa aku terlebih dahulu. Acap kali aku meminta,biarlah aku yang pergi
dulu. Sebab,untuk hilang orang yang aku sayang,memang cukup susah. Aku takut
aku tak kuat. Mungkin sebab Allah tahu aku tak mampu,jadi Allah masih kekalkan
kedua orang tua aku sekarang. Sebab,sesuatu ujian yang Allah kirimkan kepada
hambaNya adalah mengikut kemampuan hamba itu sendiri.
“okay. Dah! Jom!” Mirah tersenyum. Aku merenung raut wajah
itu. Tabik betullah aku dengan budak ni. Kau tabah,Mirah. Aku tak mampu nak
jadi macam kau. seriously. Aku menepuk lembut bahu kirinya. Dia ni. Sebijik
macam Midah. Pandai bawa diri. Sampai Jordan! Turun Malaysia sebab cuti. Aku
tersenyum.
“asal?”dia pandang aku dengan kerutan di dahi.
“nothing. Jom! Aku belanja makan.”
“serious?” Muni dah buat muka teruja.
“serious lah. Aku belanja,korang bayar. Haha!” aku berjalan
medahului mereka menuju ke kereta.
Bukkk!
“sorry!”
“tak apa”aku memanggung kepala. Alamak! Apa romantic punya
tempat aku jumpa mamat ni?
“eh. Syabab. Buat apa datang sini?”aku garu kepala. Alahai.
Apa punya soalan aku tanya ni? Sah-sah lah dia nak menziarah kubur siapa-siapa.
“nak ziarah kubur tok aki.”aku mengangguk.
“okay. Tumpang lalu.”aku buat isyarat untuk dia memberi
laluan memandangkan jalan itu sangat-sangatlah kecil. Dia pusing ke sebelah
kiri sedikit.
“syukran ‘ala kulli hal” aku terus menapak ke kereta. Boleh
pulak terspeaking bahasa arab kat sini. Mulut oh mulut.
Tanganku dicuit. Hajar tersenyum. Ni apasal pulak dah. Adoi!
“jangan nak buat interview kat sini. Cepat masuk kereta.”
Mirah menekan punat dikunci automatic miliknya sekali gus menyebabkan pintu
kereta dapat dibuka. Aku terus memboloskan diri ke dalam perut Alphard
tersebut. Mataku curi-curi memandang Syabab dari jauh. Mulutnya sedang
kumat-kamit membacakan sesuatu sambil mencabut rumput di atas . Aku seakan-akan
faham apa yang sedang dibacanya. Surah Yaasin. Dia membaca tanpa melihat
sebarang buku Yaasin. Aku sedikit kagum. Astagfirullah halazim. Tak habis-habis
mengusha. Anak teruna orang tu.
“sudah! Tambahlah lagi seorang nak bertunang karang.” Ni apa
kes bertunang pulak ni?
“berminat tak beerti jatuh cinta ya,Cik Hajar. Tu tunang
orang. Cukup-cukuplah kau dengan Aina yang bertunang dulu. Aku tunggu lah dua tiga
tahun lagi. I’m only twenty two okay?”
“habis? Kitaorang ni twenty five ke?”aku mencebik.
***
Perlawanan persahabatan antara UPSI dan Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim dijalankan seperti yang dirancang. Aku duduk di kerusi
penonton. Untuk main,seganlah. Kalau lawan antara member-member aku tak apa
lah. Aku lebih suka tengok daripada bermain. Lagipun,Syabab tiba-tiba join
sekaki nak tengok perlawanan ni. So,malaslah aku nak main. Buat terjatuh ke apa
ke. Malu aku. Dia kata,dia sebagai pengerusi MPP sepatutnya turun padang dalam
apa apa jua aktiviti dalam U ni. Tapi,aku tengok aktiviti kelab kebudayaan hari
tu tak pulak dia join. Eh. Macam aku mengintip dia pulak eh. Tak ada,sebenarnya
aku terpaksa gantikan si Muni tu. dia tiba-tiba kena food poisoning. Aku
tolonglah edarkan risalah amenda tah. Bila aku tanya Tasha,nak kena bagi kat
ketua MPP tu jugak ke? Tasha cakap dia tak pernah datang aktiviti kelab
diaorang. Hum,tak suka pun datanglah sekali dua. Mahu tak terasa si Syamir tu
karang.
“ehem!”aku menoleh ke sebelah kiri. Syabab Muhammad
Kusyairi. Dia ni memang perlukan strepsils ke? Asyik berdehem ja daripada hari
tu. aku tengok dia kejap .lepastu aku lontarkan kembali pandangan ke arah
gelanggang bola tampar. Tak boleh tengok lama-lama. Karang jantung ni buat larian
empat kali seratus pulak tak ke naya?
“kata nak tengok taktik power MPSAH? Takkan tak nak main.
Waktu main lagilah syok tengok taktik diaorang.” Dia yang jauh lima belas
sentimeter dari aku tu dipandang hairan. Aku toleh kanan dan belakang. Dia
cakap dengan aku ke?
“saya cakap dengan awak ni”aku tersenyum.
“ohh. Heh” okay. Itu je yang aku mampu cakap sekarang.
“saya nak lawan dengan awak satu hari nanti”aku pandang
pelik. Nak lawan dengan aku. Apa?
“nak lawan apa?”
“valley ball lah Cik Azwa oii”
“saya main dengan makhluk yang pakai tudung ja. Tak pakai
tudung saya tak layan”gulp! Aku toleh kanan. Mulut ditampar perlahan. Asal
lancang sangat mulut aku ni? Dia ketawa kecil.
“saya akan buat awak main juga dengan makhluk tak pakai
tudung ni. Got to go. See you then” aku tengok dia pelik. Apasal tiba-tiba je
mamat ni?
Aku tengok dia dari jauh. Dia tengah seronok ketawa dengan
Khalid tentang isu apa pun aku tak tahu. Mengumpat aku kut. Cehh! Perasan
pulak. Dia nak cakap ke pasal kau? eh. Tapi tak mustahil. Kalau tak,dia tak
datang sinilah cakap dengan aku kan. tiba-tiba dia menoleh ke arahku. Aku
kembali melihat perlawanan yang sedang berlangsung. Erk! Scary betul lah mamat
ni.
Aku bingkas bangun dari kerusi. Serious mood aku nak tengok
perlawanan ni terganggu. Tapi,terganggu sebab apa? Err. Sebab hati aku ni tak
keruan sejak tadi. Haishh! Tulah kau. pergi minat kat tunang orang siapa suruh?
Yang mamat ni pun satu. Dah jadi tunang orang,nak cakap dengan aku apasal?
Hadoih! Kau ni ,Wa. Dia tu pengerusi MPP. Takkan nak tegur student pun tak
boleh. Ish!
***
Aku dah kenapa ni? Pusing kanan tak boleh. Pusing kiri pun
tak boleh tidur jugak. Haih! Takkan cair terus dengar suara dia sembang dengan
kau tadi. Ya Allah. hambaMu ni pohon keampunan kerana telah mengingati hambaMu
melebihi ingatan aku padaMu. Ampunkan aku Ya Allah!
“Wa,asal kau ni?”Hajar menoleh ke arahku. Lupa pulak yang
dia ni mudah sangat terjaga. Aku pergi pusing merata pulak. Hum,
“err. Aku tak boleh tidur.”aku duduk mengikat rambut.
“asal? Daripada kat meja makan tadi aku tengok kau gelisah
semacam. Kau ada prob ke?”aku garu kepala yang tak gatal. Nak cerita ke tak?
Cerita jelah. Mana tahu minah ni ada jalan penyelesaian.
“aku tiba-tiba teringat kat SMK lah.”
“SMK? Siapa?”
“ish! Syabab Muhammad Kusyairi!”
“ohh! Sorry-sorry . aku mamai lagi ni. Hum,kenapa
tiba-tiba.”
“dia tegur aku kat gelanggang pagi tadi”
“pastu?”
“entah! Aku tak boleh lah nak kawal hati ni. ”
“suka je. Alah! Normal lah tu”
“ish! Masalahnya aku tetap rasa bersalah”
“apa kata kau bagitahu je dia”membulat mata aku renung
manusia depan aku ni.
“memang bernas idea kau. dari mana kau kutip ni? Tak ada
idea lain dah nak bagi kat member kau ni?”
“habis tu. daripada kau tanggung perasaan suka kau tu. baik
kau bagitahu je kan?”
“tak nak lah! Kau ngantuk sangatkan? Tidurlah! Aku nak solat
jap.”
“kau tak takut mengantuk ke dalam kelas besok?”
“hati aku tak tenang lah! Nak tidur pun susah. Aku solat
dulu. Nanti,baru aku tidur”
“tak apa lah. Jom. Aku join sekali. Kau imam!”
“aku nak buat panjang ni. 3 in 1”
“you’re my friend right? 5 in 1 pun aku sanggup teman kau
lah”dia menepuk lembut bahu aku. Aku tersenyum. Tiba-tiba hati aku macam
dicurah salji. Sejuk.
***
Buku Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf itu ku belek
sepuas-puasnya. Hum, macam menarik. Nak beli ke tak? Ah! Beli je lah.
Bukkk!
“adoi!” apa benda pulak yang aku langgar ni. Sakit semacam
dahi aku.
“hoishhh!”aku mengurut dada. Astagfirullah halazim! Aku
menunduk. Ada ke pergi langgar dagu dia. Kau dah gila,Wa. Tapi,seriously tak
sengaja!
“asal keras sangat dahi awak ha?”
“yang pergi duduk belakang saya buat apa?”dah terbatal wudhuk
aku. Aisehman. Sejak bila aku berwudhuk?
“bila masa saya duduk belakang awak.”dia masih mengurut
dagunya. Macam sakit sangat je. Mampuslah aku.
“sorry. Saya tak perasan.”aku menunduk mengambil buku yang
sudah terjatuh atas lantai MPH tu.
“sebelum aku bernikah?”dia pandang aku dengan riak hairan.
Aku tengok buku tersebut kemudian aku tengok dia. Mengundur sedikit daripada
tempat dia berdiri.
“yup!” Aku berjalan menuju ke
kaunter.
“nak kahwin dah ke?”see! aku agak
dah. Kalau orang tengok aku beli buku ni mesti dah fikir pelik. Adoi!
“ya! Nak kahwin dah”ambil kau.
syok pulak aku kelentong. Heh. Memang suka pun.
“bila?”banyak tanya pulak dia.
Aku tengok dia. Aku berlalu macam tu je. Malas nak melayan. Karang hati aku
jugak yang berdolak dalih. Baik aku yang lari dulu. Kan?
***
“nah! Macam biasa.”
“bagus! Pandai pun kau”
“memang. Takat nak belikan air
untuk kau ni kacang jelah. Tak habis-habis air kotak buah campur ni. Tak bosan
ke apa?”Muni merungut.
“tak! Sedaplah!”aku meniupkan
udara ke dalam kotak minuman itu seperti biasa. Sedang syok-syok aku
meniup,sekali aku nampak kelibat seseorang menuju ke arah tempat duduk aku dan
Aini.
Uhuk! Uhuk!
Adoi! Ni lah satu kelemahannya. Air
terlebih keluar lah pulak. Tersedak aku dibuatnya.
“tulah. Sopan sangat minum.”aku
tengok pelik tuan empunya suara. Sejak bila dia pandai hadir tiap-tiap hari
dalam hidup aku ni? Aisehman. Jiwang pulak ayat. Aku mengambil tisu yang Muni
hulurkan dari tadi kemudian mengelap mulutku yang sudah basah. Bikin malu
betul.
“MPSAH minta pasukan valley ball
UPSi pulak pergi sana”
“awak berurusan lah dengan
Khalid. Dia yang volunteer hari tu nak uruskan semua.”
“awakkan penolong dia.”
“ya. Tapi,bila orang tu sendiri
dah kata dia nak uruskan semua,saya nak buat macam mana. Lagipun,lebih manis
kalau awak settle dengan dia,kan?”dia menjungkit bahu.
“Fine”dia belalu pergi. Tak faham
aku dengan makhluk seorang ni. Adoi! Aku menarik lengan Muni yang dah tersenyum
daripada tengok aku. Aku bercekak pinggang.
“yang kau ni dah kenapa?”
“saja.”dia pantas berjalan
mendahului aku. Main ‘saja-saja’ pulak.
***
Aku menghabiskan assignment yang
diarahkan oleh Prof.Alis sebelum cuti.
Angin yang bertiup di meja rehat luar ini sedikit sebanyak member ketenangan
kepadaku menyiapkan tugaan yang diberikan. Seronok betul! Member-member aku tu?
hurmm. Seronok sangat shopping.. Aku malas nak melenguhkan diri. So,duduk rumah
buat kerja. Tiba-tiba mood rajin datang,kan?
Beep!
Satu mesej masuk di telefon
bimbitku. Khalid?
-Nak join tak game dengan MSAH?
Nak join ke tak? Ish! Malaslah.
Nak pergi pun aku malas. Terus mesej tersebut ku balas pendek.
Beep!
Cepatnya balas mesej? Kacau
betullah!
-awak diprintahkan untk pegi jugak
Dengan cepat jugak mesej itu aku
balas.
Beep!
-Syabab suruh.
Gulp! Okay. Aku rasa macam tekak
aku nak keluar. Syabab suruh? Biar betik Khalid ni. Nak buat lawak siang-siang
ni. Tapi,control-kontrol. Meseg tersebut dengan tenangnya ku balas.
“ada aku nak pergi? Kalau dia
suruh mesti dia pergi kan? apa punya Syabablah!”aku bermonolog seorang diri.
“hahh!”satu sergahan membuatkan
aku jatuh daripada pangkin.
“woihh! Apa ni sergah
orang?!”bahu Anis ditampar lembut.
“kau cakap apa tadi,ha? Syabab
eh?”Anis dah mencucuk-cucuk pinggang ku. Aku menolak tangannya. Geli kot! Tak
layanlah cucuk mencucuk ni.
“mana ada! Aku kata aku lapar
kebab. Hish! Sibuk je. Beli tak shampoo
aku?”
“belilah! Nah!”satu plastic
dihulurkan kepadaku.
“aku dengar ada nama Syabab
tadi.”Huda duduk di sebelahku. tengok,kan dah masuk lagi seorang ungkit bab
manusia nama Syabab. Hadoih.
“tak. Kau salah dengar. Aku masuk
dulu.”laptop ditutup. Lantas aku membawa diri ke dalam rumah. Malas nak
memanjangkan isu.
“Wa,aku ada masalah dengan
Hafiz.”aku menjongket kening. Masalah?
“apa,Hajar? Sebelum ni tak ada
apa-apa masalah pun.”aku memusing badan mengadapnya.
“mak dia minta tangguh”
“minta tangguh? Sebab?”
“tak tahu.”
“asal kau tak tanya dia kenapa?”
“dia kata dia pun tak tahu”
“ada pulak macam tu?”
“actually,aku pun tak faham. Sama
ada dia sengaja tak nak bagitahu aku or dia betul-betul tak tahu”
“kau explain lah elok-elok kat
mak dia tu. korang dah lah satu kampus. Jumpa pun naj hampir selalu. Tak elok
kalau ikat dengan tunang lama-lama. Still tak halal untuk dua-dua macam orang
yang dah nikah. Kau pujuklah elok-elok”
“aku rasa nak hantar mak akulah”dia
memegang erat tanganku. Meminta persetujuan. Aku mengangguk.
“orang tua sama orang tua lagi
bagus. Tak adalah nak kecil hati nanti. Insya-Allah. Kau minta petunjuk dia.
Yang penting,kau tu kena kuat. Dalaman mesti mantap!”
“ya lah. Kau? bila lagi?”aku
bangun dari katil menuju ke meja solek.
“bedak ni nak habislah,Hajar.
Tadi lupa nak suruh Anis beli.”
“mulalah tu. macam-macam lah dia
ni.”
***
Satu sampul berwarna coklat
tiba-tiba diletakkan di atas meja aku. Aku memandang tuan yang memberi dengan riak
kehairanan. Sampul tersebut dibuka. Maklumat dalam sampul itu ku hadam dengan
sebetul-betulnya. Sudah!
“saya kurang jelas.”lebih tepat
lagi. Saya tak faham. Tapi,aku rasa aku buat-buat tak faham.
“Prof Nadid suruh awak pergi
jugak.”
“Khalid,saya bukan sengaja tak
nak pergi. Tapi,”
“awak jumpa Prof sendiri lah”itu
memang perkara yang paling aku tak suka. adoi! Asallah diaorang ni pilih Khalid
ni jadi pengerusi dulu. Baik sangat! Nak defend aku pun tak boleh. Ish. Tak
boleh jadi. Daripasa aku pergi jumpa Prof,better aku pergi perlawanan tu.
haish! Mati kutu aku macam ni. Dah lah mata ni tak boleh tengok sikit muka SMK
tu. dia terus connect dengan hati. Masalah iman ni. Ya Allah! Kuatkanlah!
***
Seperti biasa,aku sekadar
menempatkan di kerusi penonton. Sengaja aku mengambil tempat jauh daripada
orang ramai. Malas nak bersesak dan tersepit antara sorakan orang ramai. Buat
bingit telinga,susah! Baik aku anggap,datang Kedah ni nak enjoy. Dah lah dua
hari je datang. Kalau lama sikit,sah aku lari balik rumah kejap. Adoyai!
“Wa!”
“yup!”
“nah!”
“memang awak ni posman ke apa?
Asyik bagi surat memanjang. Kita ka nada setiausaha,asal semua awak yang
uruskan? Janganlah jadi kaku kena buli. Kenalah gentleman sikit”
“ni bukan surat sebarangan. Nah!
Saya nak uruskan team kita tu. suruh main tak nak”aku sekAdar tersenyum. Surat
tersebut diambil. SMK? Aisehman. Patutlah bukan sebarangan surat. Aku tengok
sekeliling. Nak pastikan line clear. Dia ada ke tak,eh?
“don’t worry lah. Dia mana
datang”erk! Khalid ni kan. bukan tadi di kata nak tengok team ke? Adoi ! tapi,asal
tak datang eh? Aneh pulak. Heh. Aku rasa aku je perasan ni. Haishh! Tu lah,Wa.
Bermimpi di siang hari. Adoyai! Aku dah terfeeling lebih ni. Macam mana? Hish!
Sampul surat dibuka. Hum. Cantik
tulisan.
***
“Huda! Kau kena tolong aku. Ish!
Anis sekalilah.”dua-dua dah tengok aku lain macam. Aku tersenyum lalu cuba
memeluk bahu kedua-dua kawan aku yang tinggi lampai ni. Almaklumlah. Saya ni
kecil.
“kau kenapa ni? Manja semacam dah
aku tengok.”Huda mula merenung. Aku tutup kedua-dua belah matanya. Lantas
ketawaku berderai di situ.
“beli air kat aku jap. Haus kot.
Aku tunggu kat sini,eh?”
“alah,Wa. Kau tak kesian ke kat
pakcik kafe tu? dia mesti rindu kat kau”Anis menolak lembut lenganku.
Sudahnya,satu cubitan hinggap di pipi gadis itu.
“kau nak ke anak angkat kau
perangai macam tu? tak nak,kan? dah lah! Tak payah nak mengarut. Aku nak air
macam biasa. Aku tunggu kat sini”majalah Q&A yang masih tak habis
dikhatam,kubelek sebentar. Macam-macam buku aku kena belek. Sampai majalah-majalah
ilmiah macam ni aku tak sempat nak khatam. Rasanya,macam alasan je tu.
novel,boleh pulak kau khatam? Nama pun Azwa. Pakai ikut mood je kan? segmen
dalam ni macam menarik je. Rasanya bukan ‘macam’ ,memang menarik pun.
“nah!”aku sedikit melompat di
situ. Buat malu je kalau orang nampak. Budak-budak ni lah.
“asal cepat sangat korang beli?
Aku tengok macam ramai je kat café tu”
“haa.. Kitaorang dapat kat café
baru.”mereka tersenyum penuh makna dan aku semestinya malas nak ambil tahu. Ni
sah-sah pak cik kantin tu punya pasal. Ada je dia nak cari pasal dengan aku.
“duduk kejaplah. Panas sangat lah
nak naik motor balik”
“hum. Lain kali kau beli yang ada
bumbung eh?Tak payah nak berpanas bagai. Macam puteri lilin!”aku tersenyum
melihat muka Anis yang dah cemberut lain macam.air kotak itu disedut seperti
biasa. Aku melemparkan pandangan ke arah café. Pakcik tu! ewah-ewah! Sesedap
buah campur dia lambai kat aku. Aku baling buku rujukan ni ada tak dia nak
boleh senyum macam tu balik? Tangan Huda dan Anis ditarik laju.
***
“Anis,ni. Ada surat layang”
“surat layang? Surat apa pulak?”
“Zahra suruh aku bagi kat kau
tadi. Aku tak baca,so aku tak tahu surat apa. Harap maklum.”surat tersebut
bertukar tangan. Anis pantas membuka.
“makkkK!!!!!!”satu rumah
mendapatkannya.
“asal weyh?!”Muni dah mula
merampas surat yang berada di tangan gadis itu. Aku pun tunggu dengan penuh
debaran.
“tawaran ke Turkey?! Tahniah!!”
“tu lah! Aku kan dah kata. Kalau
ada rezeki tak ke mana punya. Bidang ekonomi ni kalau betul-betul kau hadam,gerenti
senang nak terbang pergi overseas.”belakangnya kutepuk manja.
“mabruk ya rouhi!”
“syukran-syukran. Pergh! Macam
tak percaya!”
“percaya jelah! Macam-macam buat
apa?”jari jemari Huda mula mencuit pinggang sahabat kami itu. Gembira atas
kegembiraan orang lain kan dapat menambahkan lagi kegembiraan. Dalam diam aku
mengukir senyuman. Sangat-sangat gembira. Tak sabar nak bagitahu member aku
lagi lima orang tu. mana tak nya,lagi seorang kawan aku berjaya menapak kaki di
luar Negara.
***
“air buah campur tak ada?!”okay.
first time dalam hidup aku duduk kat UPSI ni air kesayangan aku tu habis. Ini
satu situasi yang amat tak boleh masuk akal. Apasal habis eh?
“apasal yang kau buat mimic muka
macam Detective Conan tu?”
“ganjil kut. Macam mana boleh habis.
Kuping telinga aku ni enggak bisa terimanya.”nah! keluar indon terus. Adoi! Dah
lah tengah panas macam ni.”
“weyh! Tak matinya kalau kau tak
minum air tu”
“mati mengidam. Ha?
Boleh,kan?”Anis menggeleng. Muni dah menghadiahkan cubitan paling best kat lengan
aku. Aku mencebik. Aku rasa ni mesti ada something wrong dengan pakcik café tu.
“Anis! Teman aku pergi cafe!”
“buat apa?”
“aku tahu ni mesti pakcik gatai
tu punya kerja. Jom!”
“betullah tak ada! Aku dah jenguk
dalam peti ais tu”
“ah! Tak ada! Ni mesti kes sorok
air! Apa kau ingat,gula je boleh sorok? Sini! Ikut aku! Aku tetap nak menuntut
hak aku sebagai pembeli. Mana boleh habis. Tadi baru van hantar air. Penipu
besar punya pakcik!”sempat lagi aku membebel tengah-tengah panas sambil
mengheret budak ni ke café. Ramai lah pulak yang beratur. Apasal eh?
“weyh,Wa!Aku lupa nak bagitahu.
Hari ni,Syabab buat pemantauan kat kantin!”aku tepuk dahi. Asallah minah ni tak
bagitahu awal-awal?
“virus nyanyuk kau datang balik
ke? Sampai perkara paling penting pun kau boleh lupa? Hish! Dahlah! Jom balik!”
“Nor Azwa Asshifa’!”gulp!
automatic langkah aku terhenti. Nak toleh belakang ke tak? Toleh jelah. Aku
tengok dia dengan penuh selamba.
“saya nak jumpa awak lepas ni”
“saya?”aku tunding jari ke arah
muka ku sendiri.”dia mengangguk. semua mata memandang kea rah aku. Okay. Dah
famous sebentar. SMK memang macam ni. Ikut sedap dia je nak cari publisiti.
Bengang tahap aku! Yang lain semua dah perfect dah. Bab ni pulak yang sangkut.
Masalah betul!
***
Bukkk!
Aku terkejut! Mak aiii! Banyaknya
kotak?!
“asal banyak sangat ni?”
“saya beli semua dah tadi. Lepas
ni tak payah datang café semata-mata nak cari air kotak buah campur awak.”dia
terus bangun menuju ke luar bilik mesyuarat MPP tersebut. Aku tercenggang
seorang diri. Apa ke cerdik ketua MPP aku ni? Agak-agak lah kalau ya pun. Dah
lah sampai berkotak-kotak. Nak bawak macam mana.
Dummm!
“oo mak kau!”
“lawanya latah!”aku menggigit
bibir. Dia ni memang nak cari pasallah. Tapi,aku sempat mengerling kea rah
tangan kanannya. Ada dua plastic. Okay. Aku tarik balik apa aku cakap tadi.
“nah!”plastic tersebut bertukar
tangan. Agak-agak perlu tak aku tanya
berapa ringgit? Kalau aku tanya,takut kena bayar balik. Hish! Nak tanya
ke tak? Tak payah! Hahah! Jimat duit dengan air liur aku. Baik diam. Eh! Jap!
Aku rasa aku patut tanya soalan ni.
“maaflah kalau saya tanya,kenapa
saya tak boleh pergi café?”
“abang Budin selalu kacau
awak,kan?”aku tak tahu apa yang menyebabkan automatiknya aku mengangguk tanpa
sebarang kata.
“itu sebabnya. Saya tak
suka”secara drastiknya mata aku tengok dia. Dia melemparkan pandangan pada arah
lain. Dan sebenarnya aku nak sangat tahu sebab apa. Dia ni penuh dengan
misteri. Pelik! Selalu buat aku tertanya-tanya.
“surat tu?”
“ya?”asal dengan surat tu? oh!
Dia nak aku balas ke?
“saya betul-betul maksudkannya.”
“insya-Allah.”
***
“nah! Kau baca ni”telefon Samsung
itu ku ambil. Mesej tersebut direnung perlahan. Aku tutup mulut. Tahan gelak.
Hajar dah terkena.
“apa kes Hafiz ni? Takkan sampai
nak kahwin pun still nak main-main? Kesian kau eh?”Hajar mencebik.
“kenapa,weyh?”Muni berada
betul-betul belakang aku.”
“sini aku baca. Ehem! Ehem! Hajar,
sorry. Saya lawak je hari tu. gimmick birthday awak. Mana boleh tangguh. Maaf,eh?
Hanya gurauan semata-mata. Perghh! Hahah!”hajar mula menghentam aku
habis-habisan. Amekaw! Sekali kena! Mahu tercabut bahu aku. Mek ni lah.
“aku buat tangguh betul baru
tahu. Main aje tahu. Meluat aku”
“elleh! Meluat konon. Dalam hati,ada
taman”Huda mencapai telefon Samsung Hajar dari tangan aku. Mungkin giliran dia
kut nak gelak. Adoyai! Bertuah sungguh tunang orang seorang ni. Macam-macam.
***
Bismmillahirrahmanirrahim.
Saya sebetul-betulnya tak pandai nak bagitahu macam mana.Kisah Syabab
dan status tunangnya? Itu rekaan saya sendiri. Nak menjauhkan diri daripada
perkara tak sepatutnya saya terjebak dalam usia ni. Sekarang,saya dah bersedia
untuk pikul satu tanggungjawab baru. Sebab itu saya berharap, tolong. Letakkan nama
saya dalam istikharah awak sekali.
Wallahulam.
-SMK-
Segala-galanya terserah pada Dia
yang menentukan. Aku tak tahu. Aku hanya boleh meminta pertolongan dari Dia
untuk memberi petunjuk. Dan sebenar-benarnya,aku masih menunggu jawapan yang
tepat dari Sang Pencipta.
p/s : cerita ini hanya rekaan
semata-mata. Tak ada kena mengena antara hidup dan mati ;D