Satu! Dua! Tiga!
“selamat hari jadi ! selamat hari jadi ! selamat hari jadi
Edrina .. selamat hari jadi !” Edrina tersenyum. Tak menyempat betullah
roommate aku ni. Baru nak tarik selimut.
“okey..okey.. terima kasih eh? Aku tuntut hadiah tepat 12.01
tengah hari pada tarikh 8 Disember iaitu besok!! Good night!”
“Ed! Awalnya kau tidur malam ni?”
“ngantok lah,Sal! Macam kau tak tahu prof buat apa kat aku
tadi. Disuruhnya aku susun kertas students dia ikut turutan nama. Sakit mata aku. Ngantok lah! Esok kita borak
lain eh? ”perlahan matanya dipejam rapat.
“Sal!”
“Apa?”
“kau tolong bagi assignment aku kat prof. aku kena baliklah.
Ada hal.”
“balik? Maksud kau? Balik Kedah?”
“a..ahh! mak aku telefon suruh balik. Nak buat surprise
party birthday aku kut. Hehe. Tapi,aku risau ni. Nasib baik sempat juga aku
suruh Jambu beli tiket. Tolong tau!”laju saja dia bersalaman dengan sahabatnya
itu. Terus mendapatkan taxi yang setia menanti.
***
Dia sudah berjaya menjejakkan kaki di kampong halamannya. Ah!
Sawah bendang ni lah yang menjadi sumber pendapatan ayah dengan mak. Sampailah
dia dapat hidup dengan sempurna sekarang. Sejuk mata memandang. Memang ramai
orang kata lebih selesa duduk di Kuala Lumpur. Tapi,bukan aku. Lama jugak aku
tak balik. Dekat empat bulan. Gara-gara sibuk dengan final exam. Tapi..
‘kenapa ramai orang kat rumah ni?’ hatinya mula rasa tak
enak. Tak! Tak mungkin! Mak! Cepat dia mengatur langkah ke pintu rumah. Usai
melangkah masuk ke dalam rumah,dia mengurut dada. Alhamdulillah. Mak masih di
situ. Perlahan tangan mak dicium. Mak memimpin aku duduk di satu sudut. Kenapa
ni?
“aku terima nikah
Edrina Farisya bt Talib dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai”
“hahhh!??”aku melihat muka mak. Apa ni!? Terbangun aku di
situ.
“Rina. Tu kan Hakim. Takkan Rina tak kenal kot?”sangat-sangat
kenai mak oii…
“Tapi pasaipa yang Rina kena kahwin pulak? Mak tak tanya
Rina pun!”semua mata memandang mereka. Hakim tersenyum sinis.
“sayang.. Ikut mak masuk dalam. Malu kat orang”aku hanya
mengikut langkah mak ke dalam bilik pengantin yang elok terhias.
“mak! Apa dia ni!!??”temperlak aku sambil mencerlung setiap
sudut bilik aku yang sudah bertukar wajah.
“kalau mak dengan ayah bagitahu Rin, mesti Rin tak mau kan?”
“tapi awat mak buat macam ni!? Tak kira! Rin tak mau kahwin
dengan budak tu”Ya Allah! Dugaan jenis apa ni? Pada hari ulang tahun
kelahiranku! Tidakk!!!!!!!!
“Rin dah sah jadi bini dia. Tak baik tau! Ayahkan wali
majbur. Dia berhak kahwinkan Rin tanpa izin Rin. Rin pun dah ada masa akad
nikah tadi. Rukun nikah dah cukup. Pernikahan Rin dengan Hakim sah. Rin
sekarang dah pun jadi bini orang. Tak baik cakap macam tu.”itu aku tahu… Tapi
..
“mak tau dak? Rin, berusaha balik kampong ni sebab risau
apa-apa jadi kat mak dengan ayah kat kampung. Tapi,bila Rin balik, ni yang Rin
dapat!? Mak tau dah mak dah musnahkan hidup Rin dengan kahwinkan Rin dengan
laki tu? Rin benci dia ! Rin nak balik KL!”
“Rin!”
***
Edrina menahan sebak. Geram. Marah. Sedih. Semua bercampur
baur. Apa tujuan mak dengan ayah buat macam ni? Sudah tiga hari dia ponteng
kuliah. Semuanya sebab perkara buruk
yang terjadi padanya tiga hari lepas.
“Ed?”
“emm?”
“sampai bila kau nak macam ni? Berapa hari dah kau asyik
terperap je dalam bilik. Makan pun tak nak. Janganlah buat macam ni. Kau
tahukan? Exam nak dekat?”
“aku hilang focus lah. Rugi je kalau aku pergi kuliah,tapi
otak aku langsung tak boleh nak menerima.”
“mak dengan ayah kau mesti ada sebab tau kenapa dorang buat
kau macam ni”
“sebab? Sebab apa? Nak seksa hidup aku?”
“entahlah Ed.. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Kalau kau
buat macam ni pun, bukan masa boleh berpatah balik. Kau dah pun sah jadi bini
Hakim tu kan? Kau dapat dosa je tau buat macam ni. Seorang isteri,perlu ada
disamping suaminya. Kau jangan lupa jugak. Syurga di bawah tapak kaki laki kau”
“Bagi aku,aku tetap bukan bini dia! Aku pening tahu tak
dengan dia tu? Apa yang dia nak? Serabut tahu tak otak aku! Hush!”
Salbiana sekadar menggeleng. Entah apa lagi yang harus
dikatakan. Edrina memang keras kepala.
“Ed. Ada orang nak jumpa kat bawah.”
“siapa?”
“Hakim”
“kau suruh dia balik!”
“Ed, suami kau tu. Tak baik buat dia macam tu”keluhan dari
bibir Edrina kedengaran. Terus dia mencapai tudung dari dalam almari dan menuju
ke bawah. Matanya menerkam wajah Hakim yang menyandar di kereta.
“kau nak apa?”
“nak jumpa isteri sendiri pun tak boleh ke?”perkataan isteri
itu ditekankan. Edrina menjeling.
“cakap lah cepat! Kau nak apa sampai datang sini cari aku!?”
“cuba kau berlembut sikit cakap dengan aku. Aku kan suami
kau”
“kalau kau tak nak cakap apa-apa,aku nak naik”
“okey! Abah nak buat majlis perkahwinan kita.”
“what!?”
“asal kau nak terkejut pulak? Ni kan memang adat. Segalanya abah dengan ibu dan urus. Ayah
dengan mak pun tak bantah apa-apa”Hakim masih berpeluk tubuh. tenang sahaja
reaksi dia. Suka ke?
“huh”
“eyy minah. Aku nak kau tahu eh? Aku pun kalau boleh,mintak
simpanglah nak memperisterikan perempuan murahan macam kau. Jijik tahu tak? Aku
takkan pernah lupa perempuan murahan macam kau. Even sesaat! My lovely wife!
Cuma satu sebab kenapa aku kahwin dengan perempuan murahan macam kau! Satu! Nak
tahu apa!?”hati Edrina seakan-akan disiat dengan pedang. Ni dah melebih lah ni!
Hakim Arsyad merapatkan diri dengannya. Senyuman sinis dilemparkan.
“sebab dia… Aku nak
hati kau tu terseksa macam mana aku terseksa. So,I just want to say,welcome to
the hell!”tajam bisikan itu masuk ke cuping telinga. Ya Allah! Ed,kau sabar
jap.
“aku rasakan. Kalau kau nak cakap bab ni,boleh suruh ibu
ke..abah ke..mak ke..ayah ke.. yang call aku. Kau tak payah lah datang sini!
Kalau kau datang sini nak hina aku bagai,tak payah! Aku pun jijik tahap la nak
mengadap muka talam macam kaulah!”
Pantas dia berlari ke tingkat atas. Geram! Ya! Itu yang dia
rasa sekarang! Air matanya disapu. Jijik untuk menangis hanya kerana Hakim
Arsyad!
***
Hatinya tak tenteram. Fikiran serabut. Otaknya buntu
memikirkan majlis yang sedang berlangsung dihadapannya sekarang.aku pernah angan-angankan
semua ni. Tapi bukan dengan dia! Bukan dengan Hakim Arsyad! Ya Allah! Aku
terlalu berharap agar ini semua mimpi.
“kenapa? Teruja kahwin dengan aku?”Hakim sekadar membisik.
“Jijik aku kahwin dengan kau” juru gambar masih setia
memberi arahan. Edrina sudah lemas
berada di sisi lelaki yang dipandang hina ini. Ingin saja dia terus lari dari
situ. Arghh!
“dah lah! Saya tak nak photo shoot lagi. Cukup je setakat
ni,eh?”
“dik,banyak lagi kena tangkap ni.”
“abang tangkaplah gambar dia ni sorang. Harap-harap kamera
tak rosaklah dengan adanya gambar dia ni eh? Pergi dulu! Panas!” saja
ditinggikan suara. Biar Hakim tahu. Dia bukan mudah nak dipandang rendah. Ni Ed
lah!
“Mak Cu”
“hey.. Sapa nama ni?”anak buah mamat tu kut.
“Alif”
“oww. Alif umur berapa?”
“empat tahun.”
“dah makan dah? Nak mak cu suap sikit tak? Sedap tau. Ini
nama dia bubur pulut hitam. Mak cu suka tau. Nak?”
“nak!”
“sini. Duduk kat mak cu.”
Hakim resah di situ. Bukan niat dia ingin mendera hati
Edrina. Tapi,dia masih belum boleh menerima apa yang terjadi dulu. Kalau tidak
kerana apa yang berlaku. Sungguh,Edrina orang pertama yang dia masuk meminang
sekarang tanpa perlu abah dan ibu memberi arahan. Siapa yang dapat dinafikan
kecantikan dan kelembutan edrina yang boleh menawan mana-mana mata memandang?
Tapi hanya kerana satu hal yang menyebabkan dia amat membenci gadis itu.
“oit!”
“bang long!”
“apa yang kau pandang-pandang bini kau macam nak makan tu?
Kalau kut ya pun.. sabarlah”
“tak adalah. Mana ada.”
“elleh! Aku ni dah kahwin tau. Dah selamat lima tahun dengan
Kak Aina kau. Aku tahulah. Cantik budak tu eh?”
“woi! Kalau Kak Aina dengar. Tak pasal-pasal kau tidur luar
pulak malam ni”Hilman sekadar ketawa. Kan? Aku dah cakap. Siapa yang tak nampak
kecantikan yang Allah anugerahkan pada Rina? Cuma ..
“Jelous ek? jaga isteri kau tu baik-baik. Kalau abanglah
dapat bini macam tu. Nak keluar rumah pun aku risau.”
“merepeklah kau,bang!”
“aku tengok dia pun pandai jaga si Alif tu. Boleh jadi ibu
mithali.”Hilman mengangkat-angkat keningnya. Hakim sekadar menggeleng.
“kau ni,bang!” entah kenapa hatinya terasa sakit. Kalau
abangnya boleh menilai Edrina sedemikian rupa. Macam mana pula dengan lelaki
lain?
***
“dah lah,Rin. Pergi naik atas tu ha. Rehat. Pergi
tengok-tengok laki hang tu. Pasang kelambu ka. Nyamuk banyak malam ni”
“ye,mak.”dengan malas dia meletakkan penyapu yang dipegang
ke tempat asal. Lantas dia menghayun kaki menaiki tangga ke bilik. Ahh! Malas
betul nak menghadap laki ni. Tombol pintu dipulas. Hakim leka dengan Ipadnya di
tangan.Tuala dicapai dan laju sahaja dia masuk ke dalam bilik air untuk
membilas badan.
Tudung masih setia di kepala. Dia masih belum bersedia untuk
menayangkan mahkota seorang wanita kepada insan yang bernama Hakim Arsyad. Dia
menuju ke almari dan mengambil tilam serta beberapa biji bantal. Dihamparnya
tilam di sisi katil yang enak menjadi tempat baringan Hakim.
“depan suami pun nak bertudung lagi ke?”sinis.
“kau bukan suami aku. Dah lah. Aku letih. Aku nak tidur. Kau
nak gaduh,tunggu esok eh? Nyte!”lampu di atas meja kopi ditutup.
Tik!
Lampu dibuka semula.
Edrina tersentak apabila ada yang menyentuh bahunya.
“kau nak apa ni!? Jangan cari pasallah!” mata redup milik
Hakim itu direnung tajam. Ah! Kenapa aku..aku kalah dengan pandangan tu.
Perlahan tudungnya disentap. Begitu juga dengan anak tudungya.
“tak payah nak rasa buat baik dalam bilik ni. Bukak je
tudung tu! Rimas aku tengok.”Edrina tersentak. Dia..dia..bukak tudung aku!
“kau apa hal hah!? Apa masalah kau. Mereng ke apa!? Diri
aku! Aku punya suka lah! Kira baik tahu tak aku tak maki hamun kau depan orang
ramai hari tu. Kira baik aku tak halau kau kat depan aspuri hari tu. And! Kira
baik sangat aku tak halau kau keluar dari bilik aku malam ni! Apa masalah kau
hah!?”
“masalah aku,kau! Dah r. aku ngantok!”lampu bilik ditutup
semula. Edrina makin bengang. Hakim tersenyum menang. Menang kerana dia lelaki
pertama yang dapat melihat mahkota Ed yang selama ni dia tahu dijaga rapi.
Kalau tidak,masakan Ed nak bertudung depan dia. Yang tak dianggap sebagai
suami? Kau cantik,Ed!
***
"well , kitaorang siap janji nak kawen."
"okay. then, what the problem?"aku memandang raut wajah yang tiba-tiba muncul kat library saat aku tekun menelaah pada saat-saat genting untuk menduduki SPM.
"tak adalah. aku just nak bagitahulah yang kau ni kawan dengan bakal suami aku."aku mula garu kepala. dasyat jugak minah ni. Periksa PMR pun tak lepas lagi. bakal suami bagai. adoyai. aku tersenyum memandang Salbiana yang dari tadi pelik melihat gadis tanpa diundang tersebut.
"adik,untuk pengetahuan adik,ya? Kak Ed dengan bakal suami adik tu,member sekelas je,dik. jangan risau eh? akak pun bukannya suka sangat nak rampas merampas ni. banyak lagi kerja boleh buat. SPM pun tak habis lagi. akak study dulu eh?"bahunya aku tepuk lembut. aku menggeleng.
"sayang!"
"sayang? kau memang cari fasal kan? kau tahu tak bakal isteri kau serang aku? weyh! aku ni SPM pun tak lepas lagi tau? kau suruh dia tu jaga mulut sikit. satu sekolah ni kata aku rampas boyfriend orang lah. apalah. kau tu,kalau dah berjanji sakan dengan dia. jangan nak rapat dengan perempuan lain. kalau tak,semua kena serang."Hakim memandang hairan. ketawanya berderai.
"wooooo! relaks ah! takkan aku langsung tak boleh nak jumpa kau? kitakan sekelas? kau ni"
"kau ni memang tak faham bahasa,kan? aku ni prefect tahu tak? aku tak nak bila gosip ni tersebar satu sekolah,nama satu barisan prefect buruk. SPM pun nak dekat. aku tak nak benda-benda bodoh kacau hidup calon SPM ni. aku dengar je gosip dengan kau lepas ni,memang siap kau aku kerjakan! kau nak playboy bagai dengan orang lain. bukan aku! faham?!"
"bajet baik konon minah ni. poyolah! aku kan atlet sekolah. mesti la famous sikit. alahai. susah betul."
"eh,mamat romeo. aku tak kesah sangatlah kalau kau atlet ke apa ke. aku layan yang pendirian mantap. bukan macam kau. tengok ni. rambut berkarat. pakai rantai. baju selebeh bagai. kasut kotor. mamat macam ni dorang gila-gilakan? memang tak cerdik betul."aku bangun dari kerusi. mula untuk bergerak masuk ke kelas. tiba-tiba tangan kiriku ditarik lembut.
"shhhh" jari telunjuknya berada di bibir. aku tersentak. dahiku kemudian dikucup lembut.
"edrina!" cikgu Hamdan!
satu tamparan hinggap di pipi kirinya.
"bodoh! kau orang pertama yang tampar aku!"
"memang patut orang bangang macam kau ni kena tampar!"
"dua-dua. masuk bilik saya!"
"okay. then, what the problem?"aku memandang raut wajah yang tiba-tiba muncul kat library saat aku tekun menelaah pada saat-saat genting untuk menduduki SPM.
"tak adalah. aku just nak bagitahulah yang kau ni kawan dengan bakal suami aku."aku mula garu kepala. dasyat jugak minah ni. Periksa PMR pun tak lepas lagi. bakal suami bagai. adoyai. aku tersenyum memandang Salbiana yang dari tadi pelik melihat gadis tanpa diundang tersebut.
"adik,untuk pengetahuan adik,ya? Kak Ed dengan bakal suami adik tu,member sekelas je,dik. jangan risau eh? akak pun bukannya suka sangat nak rampas merampas ni. banyak lagi kerja boleh buat. SPM pun tak habis lagi. akak study dulu eh?"bahunya aku tepuk lembut. aku menggeleng.
"sayang!"
"sayang? kau memang cari fasal kan? kau tahu tak bakal isteri kau serang aku? weyh! aku ni SPM pun tak lepas lagi tau? kau suruh dia tu jaga mulut sikit. satu sekolah ni kata aku rampas boyfriend orang lah. apalah. kau tu,kalau dah berjanji sakan dengan dia. jangan nak rapat dengan perempuan lain. kalau tak,semua kena serang."Hakim memandang hairan. ketawanya berderai.
"wooooo! relaks ah! takkan aku langsung tak boleh nak jumpa kau? kitakan sekelas? kau ni"
"kau ni memang tak faham bahasa,kan? aku ni prefect tahu tak? aku tak nak bila gosip ni tersebar satu sekolah,nama satu barisan prefect buruk. SPM pun nak dekat. aku tak nak benda-benda bodoh kacau hidup calon SPM ni. aku dengar je gosip dengan kau lepas ni,memang siap kau aku kerjakan! kau nak playboy bagai dengan orang lain. bukan aku! faham?!"
"bajet baik konon minah ni. poyolah! aku kan atlet sekolah. mesti la famous sikit. alahai. susah betul."
"eh,mamat romeo. aku tak kesah sangatlah kalau kau atlet ke apa ke. aku layan yang pendirian mantap. bukan macam kau. tengok ni. rambut berkarat. pakai rantai. baju selebeh bagai. kasut kotor. mamat macam ni dorang gila-gilakan? memang tak cerdik betul."aku bangun dari kerusi. mula untuk bergerak masuk ke kelas. tiba-tiba tangan kiriku ditarik lembut.
"shhhh" jari telunjuknya berada di bibir. aku tersentak. dahiku kemudian dikucup lembut.
"edrina!" cikgu Hamdan!
satu tamparan hinggap di pipi kirinya.
"bodoh! kau orang pertama yang tampar aku!"
"memang patut orang bangang macam kau ni kena tampar!"
"dua-dua. masuk bilik saya!"
“astagfirullah…”Edrina meraup wajahnya. Rambut panjang
mencecah pinggang itu diikat kemas.
“mimpi buruk?”
“sibuklah!”dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik
mandi. Renungan Hakim Arsyad tidak diambil peduli. Kenapa tiba-tba dia mimpikan
hal tu?
***
Mak tekun melakukan kerja-kerja dapur. Tersenyum aku melihat
mak. Kenapalah aku boleh marah mak macam tu sekali. Macam yang Laila
cakap,mesti ada sebab mak dengan ayah buat macam ni. Laju aku peluk mak.
“sayang mak!”
“apa pagi-pagi dah peluk-peluk mak ni?”
“lahh. Takkan Rin nak peluk mak pun tak boleh dah?Rin sayang
mak ni. Mak..”
“ermm?”
“orang nak mintak maaf. Marah mak waktu hari akad nikah hari
tu. Rin betul-betul tak ada niat nak marah mak macam tu sekali. Cuma..Rin
buntu mak. Mak tahukan kenapa?”
“sebab mak tahulah mak buat macam tu.”
“maksud mak?”
“suatu hari nanti kamu faham”berkerut dahinya memandang raut
wajah mak.
“apa-apalah. Janji… Rin nak tolong mak dulu masak. Mak buat
apa ni? Mesti sedap!”
“mak masak…..sambal sotong kegemaran Hakim. Dia mintak mak
masakkan semalam.”Edrina mula mencebik. Dah pandai pulak nak mengarah mak itu
ini.
“Buat apa mak buatkan kat dia? Orang nak mee goreng mak!”
“dua-dua mak buatlah. Hah! Kamu tolong buat sambal tu kat
laki kamu. Biar mak masak mee kat kamu. Boleh?”
“tak nak lah! Buat apa masak kat dia!?”
“Okey . kamu masak sendiri mee kamu”
“ya! Ya! Rin buat!”
“tahu pun.” Dalam paksa dia mengambil bawang dari atas
cabinet. Satu senyuman terukir di bibir. Nak sambal sotong eh ?
Semua berkumpul di meja makan. Yang paling bestnya,aku kena
duduk tepi mamat ni. Bila aku ingin mengambil tempat di sisi mak,mak mula
mengerutkan dahinya menyebabkan bertambah lagi kedutan di wajahnya. Aku seakan
mengerti dan mengeluh. Tak mati kut duduk kat tepi mamat ni. Lepas ni,kita duduk
jauh-jauh. Seminggu lagi nak habis cuti. Relax lah! Ni kan Ed! Kalau lah mak
tahu aku masih gunakan gelaran tu,mesti mak bising.
“Rin! Laki kamu nak nasi tu.”
“dia kan ada tangan,ambil sendirilah!”mata mak yang sepet tu
tiba-tiba tukar jadi bulat menyebabkan lagi sekali aku mengeluh. Sabar Ed!
Mangkuk nasi diambil. Ambik kau! Tiga senduk aku bagi. Senang! Tak payah mintak
dah. Tapi,kali ini aku tak menoleh ke arah mak. Takut-takut badan dia pulak
jadi incredible hulk.
“abang nak sambal tu”buekk!! Cair taik telinga aku. Apa dia?
Abang! Bangku adalah! Sambal eh? Kejap! Aku sekadar meletakkan sebanyak
mungkin. Inikan hari aku!
Satu..dua..tiga..
“mak!!!”
“kenapa ni,Kim?”
“pedas gila mak! Air..air..”
“air eh? Ala….siannya. pedas ek?”yezzza! tulah kau. Nak main-mainkan
aku lagi.
Pintu bilik dihempas kuat. Aku mengurut dada. Kalau
tiap-tiap hari macam ni,mahu tak tiap-tiap hari aku kena tukar pintu bilik.
Kalau tak pun biar tak ada pintu. Tak payah nak hempas-hempas. Membazir energy
serta mengurangkan pencemaran bunyi.
“puas hati kau!?”
“asal?”
“mak kata sambal tu kau yang buat”
“memang aku buat pun. Asal?”
“kau memang nak cari pasal dengan aku,kan!?”baju aku mula
direntap. Mak aihh! Agak-agak r!
“balasan untuk kau yang kurang beradab semalam! Aku tak
relalah nak buka aurat aku depan lelaki macam kau! Satu saat hidup aku pun,aku
tak nak langsung ada kaitan dengan lelaki yang bernama Hakim Arsyad. Kau
faham!? Kau yang nak perkahwinan ni kan? So,here you are. Bukan aku yang
‘welcome to the hell’ , tapi kau!”
“hey perempuan! Kau tak payah berlagak suci lah! Macam lah
semua yang kau buat betul,entah-entah.. Berapa jantan kau dah layan! Tak payah
tunjuk sucilah depan aku!”Hakim menolak tubuh genit Ed rapat ke dinding. Tangan
sasa lelaki itu membuatkan Edrina sukar untuk melarikan diri. Pandangan sinis
dilontarkan pada lelaki itu.
“jaga mulut kau,Kim!! Tak cukup kau hina aku depan public
dulu,sekali lagi kau nak hina aku!? Jantan macam apa hah kau ni!? Mulut macam
longkang! Ceraikan aku!”Hakim terpampan. Ed..
“aku kata,ceraikan aku! Cukuplah kau seksa aku. Aku tak nak
lagi ada kaitan dengan kau Kim! Tolong.. Ceraikan aku.”Edrina terduduk di atas
lantai. Dia mula teresak-esak. Sakit.. Hati ni sakit sangat.
“Diam! Kau boleh diam tak!?”
“ceraikan aku”
“Edrina Farisya,sekali pun aku takkan lafazkan cerai kat
kau. Dendam aku pada kau takkan pernah habis!”sekali lagi pintu bilik itu
dihempas kuat.
Mak..hati Rin sakit…sakit sangat…
***
“abang,awak dengar lah tu”
“kan Hakim dah cakap”
“saya risau Rin tu buat macam-macam”
“merepeklah awak ni. Tak adanya.”
“Kim?”Hakim yang baru turun dari tangga ditegur. Anak muda
itu terus keluar dari rumah. Puan Halijah sekadar menggeleng. Apa nak jadi ni?
“kau tak bagitahu dia yang kau datang sini?”Edrina sekadar
menggeleng
“cari nahas lah kau ni Ed”
“buatnya dia belasah kau macam mana?”
“baguslah. Boleh aku ada bukti yang dia melakukan perbuatan
ganas ke atas aku. Senang aku nak lepas dari dia.”
“cari maut namanya tu. Kau ni Ed.. Kalau tak mengalah tak
boleh ke? Api,kalau dipadankan dengan api jugak,bila nak padam,hah?”
“biar terbakar pun
tak apa. boleh dapat insuran. Kaya sikit aku.”satu cubitan hinggap pada
lenganku. Penat aku mengaduh sakit yang tak berapa sakit tu.
“mulut kau tu yang tak berinsurans lagi!”jelingan tajam
dilemparkan padaku. Garang betullah kawan aku ni.
“apa-apa pun,aku nak tidur sini malam ni! Tak nak balik!
Bukan ada beza pun aku ada ke tak”
“Ed,tak baik tahu tak kalau kau tak minta izin daripada
suami kau tu. Dosa besar!”
“hati aku masih belum terbuka untuk terima dia as husband aku. Tolonglah.
Kalau kau tak bagi aku tidur sini tak apalah Sal , aku faham.”
“cepat sensitive lah minah ni. Sini,duduk. Aku nak slow talk
sikit dengan kau”
“apa?”dengan lemah Ed sekadar menurut.
“Ed,masa lalu tu biarlah ia berlalu. Sekarang kau ada
tanggungjawab lain yang kau kena buat. Dia suami kau Ed. Suami! Sekali lagi aku
tekankan! Suami,Ed!”
“suami apa kalau langsung tak ada belas kasihan kat isteri
ni. Yang sambut aku dengan ‘welcome to the hell’ tu kau kata suami,Sal?”
“bagi dia peluang. Aku rasa,dia tak sekejam yang kau sangka.
Seriously.”
“kau tahu tak perkahwinan ni ada sebab dia nak perangkap
aku. Nak hancurkan hidup aku. Tahu!?”
“Ed, dosa besar nanti. Kau jalankan je tugas kau sebagai
isteri. Buat macam dia tak ada dalam rumah tu. Takkan kau nak kalah dengan dia?
Kat tangan dia? Macam tu? Kalau kau ambil tindakan macam ni, semestinya dia
anggap kau dah kalah. Kan?”Salbiana mula memancing dengan cara lain. Dia
tahu,kalau diikutkan Ed takkan balik ke rumah tu lagi. Dia tak mahu kawan dia
berdosa hanya gara-gara seorang lelaki. Dia sayangkan sahabatnya. Ya Allah, kau
bantulah sahabatku ini.
“kau betul. Biar dia tahu,yang aku ni tak lemah macam yang
dia fikir. Sebelum tu,jom! Teman aku shopping.”
“sempat lagi?”
“habis tu? Takkan aku nak balik dengan tangan kosong je. Nanti
mamat tu ingat aku ni lari untuk tenangkan diri. Kalau aku balik dengan benda
macam-macam,dia akan tengok yang aku happy ja. Kan? Cepat lah! Aku ada plan
baru ni!”
“Ed..Ed..”dia sekadar menggeleng.
***
Salam diberi. Usai membuka kasut dan meletakkannya di rak ,
dia masuk dengan senyuman yang lebar.
“assalamualaikum!”kedengaran salamnya berbalas.
“Ya Allah! Pi mana ni? Punya la mak suruh orang cari Rina.
Rina pi mana?!”
“Rina pi beli barang. Heh . Mak,abang mana?”
“abang? Abang mana pulak? Rina mana ada abang.”
“memanglah tak dak. Abang Hakim lah! Mak ni! Abang Rina lah
tu”
“hah?? Aaa.. err.. laki kamu kat dalam bilik. Kat atas lah”
“tak apalah mak, Rina naik dulu. Penat beli barang.”termangu
seketika wanita tua itu. Edrina tersenyum senang. Itu baru mak. Muka mamat poyo
tu pulak macam mana nanti. Dengan keayuan yang jelas terserlah ni, mesti
memikat hati. Dia berdiri sekejap di depan pintu bilik yang beberapa hari ini
sering menjadi edan peperangan antara mereka. Ed mula menarik nafas. Cuma
menenangkan diri untuk bersemuka dengan suami a.k.a musuhnya itu.
‘sabar Ed,kau akan menang punya’
“assalamualaikum. Abang….”Hakim tersentak. Majalah di tangan
terlepas dari pegangan. Dia mengurut dadanya yang kian sesak. Betulkan ni
isteri aku? Edrina semakin mendekatinya. Isterinya itu sudah menunduk mengambil
majalah yang elok berada di lantai. Hanya berapa meter antara dia dan Ed.
Pandangannya hanya jatuh pada isterinya itu. Tanpa berkedip. Hanya kerana
panggilan keramat yang baru sahaja dilontarkan dari mulut Edrina?
“abang? Abang kenapa ni? Tak sihat eh? Tak sihat,Ed nak
ambil ubat. ” Hakim masih terpaku. Terpaku melihat anugerah Allah itu. Dadanya
berdebar kencang.
“abang? Abang kenapa ni?”tangan halus itu menyentuh dahi
Hakim. “tak demam pun. Abang pening eh?”masih tiada sebarang respon daripada
lelaki itu. Hishh ! ini yang masalah ni. Aku baru panggil ‘abang’ sikit. Dah gaya macam nampak hantu la pulak. Ed,kau
tak boleh lebih. Dia lelaki Ed! Nanti dia bertindak luar jangkaan baru kau
tahu.
“Ed mandi dulu lah.”
Dia mencapai tuala dari penyidai. Mengambil baju dari dalam
almari. Sempt dia mengerling Hakim. Sepasang mata itu masih tidak lepas
memandangnya. Senyuman penuh pengertian
terukir di bibirnya. Senang sangat nak jatuhkan seorang lelaki. Asal lah
aku tak fikir dari dulu!? Ed….Ed….
***
“abang?”
“kau ni sihat ke tak? Kau ada kemalangan kat mana-mana eh
tadi? Ke.. Kau ni orang lain? Kau pun tertukar roh macam cerita Secret Garden
tu ek?”
“abang merepek apa ni? Ni Ed la..”hish mamat ni! Layan juga
korea tah apa-apa tu. Mamat jambu!
“kau asal yang baik sangat dengan aku ni?”
“abang kan suami Ed. Takkan nak baik pun tak boleh. Dengan
lelaki mana lagi yang Ed boleh baik selain ayah dengan abang. Boleh
manja-manja. Ya tak?”mak!! macam nak bawak keluar tekak aku nak garu-garu then
bawak masuk balik.
“Kau kena sampuk ek?”tangan kasarnya mula menampar lembut
pipiku.
“abang!”kedua-dua tangannya ku genggam. Air liur ditelan.
Makk! First time! Kau memang gila Ed! “Ed tak kena sampuk..Ed tak accident kat
mana-mana. Cuma,lepas ni,Ed janji untuk jadi isteri yang terbaik untuk abang.
Boleh? Izinkan Ed?”
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!”terus sahaja tubuh
kecil itu didakap erat. Seerat-eratnya. “abang sayang Ed!”terbuntang mata Ed
memandang lelaki di hadapannya. Gila apa mamat ni?
“abang.. sesak nafas lah”
“sorry..sorry..”
“abang tak marah Ed kan?”
“kenapa abang nak marah?”
“pasal dulu..pasal tadi.. pasal..”belum sempat Edrina
Farisya menghabiskan kata-katanya,jari telunjuk Hakim Arsyad sudah menekan
bibir halus miliknya.
“abang tak nak dengar apa-apa pasal kita yang dulu. Yang
penting,kita yang sekarang”dia mengemaskan lagi pelukan. Aku tersenyum penuh
makna.
‘maaflah Kim, bagi aku. Dulu,atau sekarang.. Semuanya sama.
Kalau tak ada dulu,tak adanya sekarang. Kau yang humban aku ke alam perkahwinan
yang aku benci ni,kau yang akan terima balasannya. Bukan aku!’
***
“Sayang!!”tangan Hakim mula melingkari pinggangnya. Ed mengeluh perlahan. Makin hari,makin dia tidak selesa dengan perbuatan lelaki ini. Dia menoleh melihat Hakim Arsyad yang tersenyum puas memandangnya. Sudah dua bulan dia dengan lakonannya. Dan banyak perkara berlaku antara dia dan Hakim Arsyad. Cuma satu perangai Hakim Arsyad yang dia rimas,gemar sangat nak bermanja. Dia? Sungguh dia masih malu dengan lelaki ini.
“Sayang!!”tangan Hakim mula melingkari pinggangnya. Ed mengeluh perlahan. Makin hari,makin dia tidak selesa dengan perbuatan lelaki ini. Dia menoleh melihat Hakim Arsyad yang tersenyum puas memandangnya. Sudah dua bulan dia dengan lakonannya. Dan banyak perkara berlaku antara dia dan Hakim Arsyad. Cuma satu perangai Hakim Arsyad yang dia rimas,gemar sangat nak bermanja. Dia? Sungguh dia masih malu dengan lelaki ini.
“abang kenapa ni? Balik-balik dah peluk orang ni.”dia masih
cuba berlembut. Tubuhnya cuba dijarakkan daripada badan Hakim Arsyad. Lemas!
Cubaannya gagal apabila Hakim Arsyad menguatkan lagi pelukan mereka. Edrina
mengeluh.
“rindulah. Abang balik awal hari ni”dia mengangkat kedua-dua
keningnya. Edrina mula gelisah. Makin rancangan ini dijalankan,dia pula makin
terseksa dengan perangai Hakim Arsyad yang mula menggila.
“abang,Ed tengah masak ni. Abang pergi mandi dulu,nanti
turun makan. Lagi sikit lagi nak siap. Boleh?”
“ala…Tak nak teman ke?”
“apa?”Hakim Arsyad mengangkat keningnya sekali lagi.
Terbeliak mataku memandangnya.
“abang jangan nak mengadalah. Dah! Dah! Pergi naik atas.”
Hey mamat ni! Nak je aku siat-siat terus campak dalam belanga ni. Perangai
macam apa entah.
“Ed ikut abang jugak! Jum!” api ditutup. Terus aku berasa di
awang-awangan.
“abang!”
***
“abang nak pergi kursus.”
“berapa hari?” wahh! Dah sampai dah hari yang membahagiakan
aku!
“dalam seminggu.”
“ala..Lamanya.” bagus Ed. Lakonan yang mantap.
Cepat-cepatlah kau pergi suamiku , kerana aku di sini tak sabar-sabar nak
merdeka daripada kau. Hari first aku nak shopping , second day tegok wayang ,
third day nak karaoke.
“sayang …”erk?! Kantoi termenung. Aku menggaru kepala yang
tak gatal. Belum pergi lagi kau dah anyam angan-angan Ed. Untungnya Hakim dapat
bini macam ni.
“ya..ya! kenapa?”
“abang nak ajak sayang pergi sana ni.”
“hah?!”
“sayang cuti sem kan?”
“ye la. Tapi…”mampus kau Ed. Rugi
satu minit kau menganyam angan tadi. Adoi! Macam mana ni? Fikir, Ed! Fikir!
“kenapa?”
“Ed… Ed dah janji dengan Nani. Ed
nak hang out dengan dia. Please..”
“no! Abang tahu bukan dengan Nani
seorang ja yang akan keluar nanti,kan? Ala.. Bukan selalu dapat jalan macam ni”
“bukan jalan pun. Abang kursus, Ed
duduk sorang-sorang dalam bilik. Malas lah.”hah! amekaw! Aku dah tak suka , tak
suka lah! Hakim masih memandang tajam ke arahnya. Kenapa entah, beberapa hari
ni dia asyik kalah dengan pandangan mata Hakim Arsyad. Entah bila juga dia nak
akhiri lakonan ni. Kadang-kadang rasa berat pula nak mengaku. Ataupun,dia
teruskan sahaja menerima Hakim sebagai suaminya. Dan lupakan segalanya seperti
apa yang Hakim lakukan? Tak! Dendamnya beluum terlaksana. Tak payah lah kau nak
mengalah dengan lelaki depan kau ni,Ed. Entah-entah dia pun dua kali lima
mainkan kau.
“abang tengokkan , sayang asyik
termenung ni kenapa? Ada masalah eh? Tak nak kongsi?”
“tak.. Tak ada apa. Ed Cuma
teringatkan janji dengn Nani. Itu aje. Ye la.. Hari-hari abang kurung Ed kat
rumah cuti ni. Takkan abang nak kurung Ed kat bilik hotel tu pula karang. Boleh
lah eh? Tak payah ikut abang lah.
Please………”
“okey! Tapi,kena janji dengan
abang , setiap kali lepas lima belas
minit,call abang. Boleh?”gila!?? setiap kali lima belas minit. Betul ke tidak
dia ni?
“abang..”
“I’ve give you two choice right?”
“okey , Ed pilih nombor dua.
Setiap kali lepas lima belas minit?”
“yap! Good girl!”kepalanya digosok
lembut. Terasa dirinya begitu diambil berat.
Tapi, entah kenapa dia masih belum terbuka untuk menerima lelaki ini.
***
“yang kau ni dari tadi aku tengok
asyik pegang handfone je kenapa?”
“err.. Tada apa. Guys,aku kena call someone la.”semua
mengangguk. dia mencari nombor telefon milik Hakim Arsyad.
“hello sayang!”
“ya ,abang. Assalamualaikum”
“waalaikumussalam. Sayang abang
tengah buat apa ni?”
“keluar dengan member la. Kan Ed
dah cakap kat abang.”
“ingat juga sayang kat abang eh?”
“ingatlah. Abang dah sampai
belum?”
“belum lagi lah. Traffic jam.
Abang pun dah boring redah sorang-sorang. Kalau sayang ada tak apa lah. Ni
abang sorang-sorang je”
“alala..siannya sayang Ed ni” erk?
Asal aku ringan mulut je ni? Kedengaran tawanya dihujung talian.
“abang macam nak patah balik ambil
sayang.”
“err,bang! Got to go lah. Drive
carefully.” Aku tak boleh berlama-lama macam ni. Nak menyulam kasih dengan dia?
No ! takkan pernah!
“abang rindu sayang”
“err Ed pun”
***
“Ed?”
“ya?”
“aku tengok kau tak lalu makan je.
Asal ni?”
“tak ada mood lah. Jap! Aku nak
buat call.”
“ni satu lagi masalah kau
sekarang. Tak lekang langsung dengan fone tu. Kau call siapa Ed? Ouh , Hakim?”
“tak.. Aku ..Aku call”
“dah lah. Kau dah tangkap cinta
dengan dia kan?”
“aku tak nak Sal! Tapi..”
“dah terr… Ala.. bukannya kau
tangkap cinta dengan laki orang, dengan laki kau jugak.”
“tapi dia…”
“kau nak balas dendam jugak ke?
Sudah-sudah lah tu Ed! Kau ni degil tahu tak!?”Edrina terdiam. Ya. Memang aku
degil . semuanya sebab Hakim jugak.
Bunyi telefon bimbitnya menganggu
suasana. Senyuman terukir di bibir.
“abang!”
“balik rumah sekarang!”suaranya
tegas kedengaran. Kenapa?
***
Perlahan pintu dikuak. Hati
berdebar memikirkan apa lagi yang bakal berlaku antara aku dan dia. Perlahan
salam diberi. Tiada suara yang menyahut.
“abang?”
“kau balik dah?!”
“a..abang. a..abang kenapa? Awal
abang balik? Kata seminggu?”
“nah! Sign cepat!”
“apa ni?”
“tak payah banyak soal. Sign jela
cepat.” Aku membelek kertas tersebut. Astagfirullah. Air mataku jatuh.
“kenapa abang buat Ed macam ni?”
“eh! Tak payah banyak soallah!
Sign je la cepat. Aku ada banyak lagi kerja daripada nak tengok kau melalak
macam ni! Cepatlah!!”
“Ed tak sanggup!”
“hey pompuan! Kau jangan cakap
banyak boleh tak . baik kau sign sebelum aku buat sesuatu yang tak sepatutnya
aku buat kat perempuan murah macam kau. Ada banyak perempuan yang boleh jaga
aku. Kau sign je la surat tu. Esok, kalau kau nak datang pernikahan aku kau
datang. Tak nak sudah! Yang penting sekarang kau sign!”
“tapi kenapa tiba-tiba?”
“kau nak tahu kenapa? Nih! Kau
tengok ni!”diari aku? Ya Allah. Hakim dah tahu semuanya.
“abang, ini duulu.. sekarang tak!”
“memang sekrang tak sebab kau
takut jadi janda,kan? Takut dah tak ada orang nakkan kau?”
“abang,Ed sayang abang. Demi
Allah!”
“berambus dengan sayang kau tuh!
Cepat!!”dengan terpaksa aku menurunkan tanda tangan. Ya Allah. Andai ini nasib
yang perlu aku tempuh,aku redha. Mungkin ini juga balasan untuk aku selama ni.
***
Result yang tertera di skrin
computer membuatkan aku tersenyum nipis. Kalimah syukur meniti di bibir. Aku
dah berjaya. Cuma tiba dunia pekerjaan pula yang aku perlu tempuh.
“wahhh . hebat tahap result kau
Ed?”
“haha. Tengok orang lah. Tu lah
kau asyik berkepit dengan Apit je. Buku malas pegang. Tengok macam aku. My
hubby is my book.” Hubby? Hurmm.
“Ed! Someone want to see you!”
“thanks Chua! Weyh! Aku tuntut
hadiah kau dengan Apit eh? Siap kau teman aku melantak malam ni!”
“Apit yang mula. Bukan aku!”
“tak kira-tak kira! Aku turun
dulu”selepas menyarung tudung,aku terus menuju ke bawah.
“Ed”
“Fir! Sihat?”
“sentiasa. Lagi-lagi tengok awak.”
“banyaklah awak. So,result macam
mana?”
“ada kantoii sikitlah. Tapi,boleh
lah kalau nak cari kerja then masuk minang awak.”
“merepeklah awak!”
“Ed,mummy dengan daddy nak jumpa
awak.”
“jumpa saya? For what?”
“tengok calon menantu dorang lah.”
“Fir.. Sebenarnya..”
“Sebenarnya dia isteri aku!”laju
tangan aku ditarik. Genggamanya yang kuat buatkan pergelanganku sakit. Sesakit
hati ni!
“kenapa ni!?”
“Ed tanya kenapa!? Ed tu siapa
hah?”
“siapa? Student of UPM. So?”
“abang serius lah!”
“tak ada benda yang serius dah
dalam hidup Ed. Awak nak balik,baliklah.”
“abang sayang Ed!”aku menghela
nafas.mudahnya ungkapan tu.
“sayang? Abang dah ada perempuan
yang boleh bahagiakan abang. So,kenapa abang cari Ed lagi? Still nak buatkan
hati Ed sakit!?”
“perempuan dalam hati abang cuma
ada tiga. First my mom,second you! Third , my mother-in-law.”
“nonsense!”
“tapi bila ada baby girl nanti.
Tambah lah lagi sorang dalam hati abang.”keningnya dijungkit-jungkitkan.
Terbeliak mataku memandangnya.
“mana abang tahu?”
“apa gunanya kawan Ed tu kalau tak
jadi spy abang?”
“anak ni bukan anak abang!”
“dah la Ed!”
“dah lah,bang!! Jangan disebabkan
anak ni abang datang jumpa Ed. Ed tak nak abang sakitkan hati Ed lagi. Ed tak
kuat sorang-sorang. Abnag pergilah jauh-jauh”esakan kau makin menjadi-jadi.
“shhhh. Jangan cakap macam tu.
Abang cuma nak uji kasih Ed. Lepas ni abang tak ragu lagi dah! Betul!”terus aku
berada dalam pelukannya. Belaiannya makin membuatkan tangisku makin kuat.
“abang tak kan sakitkan hati Ed
lagi?”
“tak!”
“abang betul tak kahwin lagi?”
“abang memanglah dah kahwin.
Dah nak ada baby pun.”dia tersenyum.
“hanya sayang tau”
“Ed minta maaf”
“abang yang sepatutnya minta maaf.”tangannya megusap lembut perutku
yang kian membentuk.
“abi akan jaga umi baik-baik lepas
ni. Baby kena duduk diam-diam. Jangan nakal-nakal. Nanti umi tak larat.”
“abang ni…”
“jum? Kita balik. Abah dengan ibu
nak jumpa sayang”
“Ed tak kemas apa pun”
“tak apa. Kita balik je. Baju
sayang pun masih ada lagi kat sana.”
“tapi purse semua kat atas. Ed
naik kejpa ambil. Abang tunggu sini”
“alaa.. Abang tak boleh ikut ke?”
“Abang ni! Kejap je la!”dia
tersenyum nakal.
“hati-hati naik tangga. Jangan
lari-lari.”
“eyya lah!
No comments:
Post a Comment