Friday, 4 December 2015

Nak bebel

Salam cinta daripada hati..Salam rindu daripada jiwa..Salam kasih daripada hambaNya
kepada blog yang sentiasa mempamerkan apa yang tersurat di minda dan juga tersirat daripada segi bahasanya. 

Aku makin teruk dengan ujian dunia
Dan entah bila akan selesai daripada segalanya
Kesian pada diri yang tahu bahawa kasihkan dunia itu tak sepatutnya dilebihkan.
Tetapi tetap juga hati ini tertumpahkan kasih di situ melebihi RabbNya

Betullah.. 
Iman manusia ini ada naik dan turunnya.
Kadang di atas dan kadang di bawah.
Dan aku masih ragu-ragu dengan diri sendiri sama ada mampu untuk melawannya atau tidak.
Untuk menjadi hamba yang luar biasa itu sememangnya mudah kalau hanya meniti di bibir tetapi susah bila kau sendiri yang melakukan.

Dunia sekarang banyak fitnahnya wahai Nabi Allah...
Sungguh cemburu ku membaca kisah-kisah para sahabat yang sempat bersamamu.
Yang syahid perjuangkan agamamu.
Sanggupkah aku seperti itu?

Berdepan dengan manusia kini aku makin lemah
Tapi makin lemah untuk berdepan dengan diri yang boleh ku kata masih leka dalam menuju kepada jalanNya.
Happily ever after itu bukan di sini,
Bukan di dunia.
Tapi di akhirat sana.

Mohon izinkan aku mencapai ending yang bahagia.
Ending yang semestinya lebih bahagia daripada prince yang bertemu cinderella melalui sepatunya.