Salam Ramadan blog
yang terbiar.
Dah ramadan ketiga
aku kat sini. Walaupun dah kali ketiga pun rasa tu masih ada.
Apa nak buat?
Perasaan datang bukan
dipaksa. Tapi untuk memaksa ia pergi pun cukup punya payah.
Keunikan hati dimana
hanya kita dengan Allah je yang tahu.
Sebab tu Allah itu
Maha Berkuasa.
Jangan rasa diri
macam tuhan sebab hati manusia pun bukan kau boleh baca.
Yang kau tahu hanya
menghukum tanpa mengetahui apa yang terkandung dalam hati.
Akak kata, mungkin
dia fikir aku lari sebab aku tak suka.
Tapi dia tak tahu yang
sebenarnya aku tengah berkomunikasi dengan perasaan yang tak sepatutnya tiba
kerana datang pada masa yang tak sepatutnya.
Akak pun kata, biar
saja masa yang tentukan. Allah tak hadirkan perasaan itu sia-sia.
Kadang-kadang Dia
menguji sama ada aku lebih bergantung pada Dia atau pada manusia.
Salah aku juga. Masih
ada perasaan cintakan dunia.
Allah.
Moga hati ni qawiy.
Aku cuba untuk
selamba. Dan moga keselambaan ini dapat menghakis segala rasa yang tak
sepatutnya ada pada masa yang aku masih belum bersedia.
Mohon bantu aku sentiasa.