Friday, 4 December 2015

Nak bebel

Salam cinta daripada hati..Salam rindu daripada jiwa..Salam kasih daripada hambaNya
kepada blog yang sentiasa mempamerkan apa yang tersurat di minda dan juga tersirat daripada segi bahasanya. 

Aku makin teruk dengan ujian dunia
Dan entah bila akan selesai daripada segalanya
Kesian pada diri yang tahu bahawa kasihkan dunia itu tak sepatutnya dilebihkan.
Tetapi tetap juga hati ini tertumpahkan kasih di situ melebihi RabbNya

Betullah.. 
Iman manusia ini ada naik dan turunnya.
Kadang di atas dan kadang di bawah.
Dan aku masih ragu-ragu dengan diri sendiri sama ada mampu untuk melawannya atau tidak.
Untuk menjadi hamba yang luar biasa itu sememangnya mudah kalau hanya meniti di bibir tetapi susah bila kau sendiri yang melakukan.

Dunia sekarang banyak fitnahnya wahai Nabi Allah...
Sungguh cemburu ku membaca kisah-kisah para sahabat yang sempat bersamamu.
Yang syahid perjuangkan agamamu.
Sanggupkah aku seperti itu?

Berdepan dengan manusia kini aku makin lemah
Tapi makin lemah untuk berdepan dengan diri yang boleh ku kata masih leka dalam menuju kepada jalanNya.
Happily ever after itu bukan di sini,
Bukan di dunia.
Tapi di akhirat sana.

Mohon izinkan aku mencapai ending yang bahagia.
Ending yang semestinya lebih bahagia daripada prince yang bertemu cinderella melalui sepatunya.

Friday, 3 July 2015

Tiada Tajuk



Salam Ramadan blog yang terbiar.

Dah ramadan ketiga aku kat sini. Walaupun dah kali ketiga pun rasa tu masih ada.

Apa nak buat?

Perasaan datang bukan dipaksa. Tapi untuk memaksa ia pergi pun cukup punya payah.
Keunikan hati dimana hanya kita dengan Allah je yang tahu.

Sebab tu Allah itu Maha Berkuasa. 

Jangan rasa diri macam tuhan sebab hati manusia pun bukan kau boleh baca.
Yang kau tahu hanya menghukum tanpa mengetahui apa yang terkandung dalam hati.

Akak kata, mungkin dia fikir aku lari sebab aku tak suka.
Tapi dia tak tahu yang sebenarnya aku tengah berkomunikasi dengan perasaan yang tak sepatutnya tiba kerana datang pada masa yang tak sepatutnya.

Akak pun kata, biar saja masa yang tentukan. Allah tak hadirkan perasaan itu sia-sia.
Kadang-kadang Dia menguji sama ada aku lebih bergantung pada Dia atau pada manusia.

Salah aku juga. Masih ada perasaan cintakan dunia. 

Allah.

Moga hati ni qawiy.

Aku cuba untuk selamba. Dan moga keselambaan ini dapat menghakis segala rasa yang tak sepatutnya ada pada masa yang aku masih belum bersedia.

Mohon bantu aku sentiasa.



Sunday, 14 June 2015

DELETE

Bukan permulaan yang baik untuk entri pertama 2015.

Tengok laptop ni tetiba terfikir..

Terasa nak jadi komputer ke laptop ke yang ada butang delete.
Mana-mana folder ingatan yang aku nak buang aku tekan delete.
Mana-mana fail perasaan yang aku rasa tak nak ingat aku padam.
Pastu bila rasa nak ada and ingat balik baru pergi recycle bin then restore balik folder dengan fail tu.

Ini tidak.. 

Terasa sakit kepala memikir.
Hati berat dah tak tahu bapa kilo kalau timbang.

Allahu..
Balik kepada Rabbmu.
Ingatan ni Dia yang beri.
Perasaan ni Dia yang kurniakan.

Hmm. Noted :)